Bab 13

Romance Series 11197

Sebaik sahaja doktor keluar dari wad Ayna, terus Puan Suraya dan Haysa meluru ke doktor tersebut. Wajah masing-masing risau. Alief pula sudah balik selepas menghantar Ayna ke hospital.

"Doktor, Ayna okay ke?" soal Puan Suraya. Hasya juga memandang doktor itu penuh harapan mengharapkan yang Ayna tidak apa-apa.

Doktor wanita itu tersenyum. "Puan jangan risau. Keadaan dia sekarang stabil. Dia cuma perlukan rehat yang secukupnya." terang doktor itu dengan jelas.

Puan Suraya mengangguk lega. Dia menoleh ke arah Hasya dengan senyuman.

"Doktor, apa yang menyebabkan Ayna tiba-tiba jadi macam tu? I guess it's like some kind of allergic reaction isn't it?" soal Hasya.

Doktor itu mengangguk. "Tepat sekali. It's allergic reaction. Sebelum dapat sakit-sakit tu, Ayna ada makan apa-apa yang dia alergi?"

Hasya berfikir seketika. Almond. Satu-satunya benda yang Ayna alergik ialah kacang badam. Tetapi Ayna tiada pula makan apa-apa yang intinya kacang badam. Bagaimana dia boleh tiba-tiba mendapat allergic reaction pula?

"What allergic reaction that she get?"

"Almonds and other varius kinds of peanuts." Jawapan doktor itu mengundang rasa pelik Hasya. Cuba sedaya upaya dia mengingat semula apa yang dimakan Ayna tengah hari tadi.

"Along with almonds and other kinds of peanuts, it is also one of the food allergens most frequently linked to anaphylaxis, a potentially life-threatening reaction that impairs breathing and can send the body into shock"

Hasya mendengar dengan teliti. Puan Suraya pula cuma diam dan dengar.

"Badan Ayna sudah lama tidak menerima kejutan seperti alergi atau sebagainya. Jadi allergic reaction dia agak teruk. Kalau tidak dibawa ke hospital dengan cepat tadi, mungkin keadaan Ayna tidak terlalu stabil seperti sekarang." terang doktor itu lagi.

Hasya mengangguk faham. "Baiklah. Terima kasih doktor" ucapnya. Dia menghela nafas seketika.

.
.

Alief mengeluh. Dia menongkat dagu. Tempat duduk Ayna yang kosong di sebelahnya ditenung. Ayna tak datang hari ni. Guru yang sedang mengajar di depan tidak di endahkan.

Fikirannya melayang memikirkan Ayna. Ayna okay ke? Masih di hospital ke? Sakit lagi ke? Kenapa kau kesah pulak Alief?? Alief mencebik pada diri sendiri.

Tuk tuk

"Alief??"

Lamunan Alief terus terhenti. Alief memandang ke hadapan. Cikgu Jamilah bercekak pinggang. Orang penat bebel kat depan, dia boleh pulak mengelamun.

"Cantik sangat ke kerusi tu sampai kamu tak beri perhatian dekat saya kat depan ni??" soal guru itu sinis.

Seisi kelas sudah menayang sengih. Ada juga yang ketawa kecil.

Alief pantas menoleh merenung seisi kelas. Terus mereka senyap. Berani gelakkan aku??

"Tolong beri perhatian Alief Danyel" arah guru itu tegas sambil mengetuk papan putih di hadapan.

Alief cuma diam. Dia menghela nafas.

Selepas tamat waktu Cikgu Jamilah, terus Alief bangun lalu dia bergerak ke tempat Hasya. Dia berdiri di hadapan meja gadis itu.

Hasya mendongak. Ha sudah, ada apa pulak Alief bertandang ke tempatnya ini?

"Erm.." Alief menggaru kepalanya. Dia juga tak tahu apa motif dia tiba-tiba datang ke tempat Hasya.

Semua pelajar telah keluar untuk waktu rehat mereka.

Hasya dan Iqa berdiri.

"Yes Alief? Anything?" soal Hasya dengan berhati-hati.

Alief diam seketika. Nak tanya ke tak nak? Nak ke tak nak? Nak ke tak nak?

Hasya masih menunggu.

"Takde apalah" Alief terus melangkah keluar dari kelas. Hasya dan Iqa berpandangan. Pelik dengan perangai lelaki itu.

"Aku rasa aku tahu dia nak cakap apa" ujar Hasya tersengih. Iqa mengangkat kening. mereka berjalan beriringan menuju ke kantin.

"Ayna tak datang harini. So, i think he is curious? or maybe worried?" tekaan Hasya membuatkan Iqa ketawa. "No way la. He is Alief Danyel kot. Buat apa nak risau pasal Ayna pula" balas Iqa yakin dengan jawapannya

"Dia bosan tu sebab tak dapat nak buli Ayna" sambung Iqa lagi.

Hasya terdiam seketika. Setuju dengan kata-kata Iqa. Ada betul jugak kan? Kenapa Alief ingin buang masanya untuk risau tentang Ayna pula? Rasanya lagi dia suka ada lah kot.

"Tapi kan, macam mana Ayna boleh dapat allergic reaction kalau dia tak sentuh sikit pun almond?" soal Iqa. Macam tak masuk akal.

"Entah lah weh. Aku cuba ingat balik bila masanya dia termakan something with almond. Tapi serius takde" balas Hasya. Dia juga hairan bagaimana Ayna boleh dapat alergi itu.

.
.

"Aynaaa" Hasya menjenguk ke dalam wad Ayna. Ayna tersenyum menyambut kedatangan rakannya itu.

"Hasya, masuk la" pelawa gadis itu mesra. Tangan kena cucuk pun dia boleh tersenyum lagi.

"How are you?" Hasya meletakkan buah-buahan yang dibawa bersamanya di atas meja bersebelahan katil Ayna. Klise sangat datang melawat bawak buah-buahan.

"Good! Doktor kata malam ni dah boleh check out" balasnya.

Hasya mengangguk faham. Lega melihat keadaan Ayna. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan katil.

"Ayna, kau ada tak makan apa-apa yang aku tak tau haritu?" soal Hasya menongkat dagu memandang Ayna.

Ayna berfikir seketika. Kemudian dia menggeleng. "Apa yang aku makan, itu jugak lah yang kau makan" balasnya jujur.

Hasya menghela nafas. Sungguh! dia tak faham. Bagaimana situasi ini terjadi. "Last makanan kita makan, dekat restoran tu kan?" soal Hasya lagi. Seolah-olah menyoal siasat Ayna seperti detektif gayanya.

Ayna mengangguk.

"Sebelum kita makan, kita order pastu baca bismillah. Then, waktu nak makan tu, ada orang langgar meja kita macam gempa bumi lepastu-" Hasya terus memotong kata-kata Ayna.

"Jap jap, Apa kau cakap tadi? Ulang balik." arah Hasya. Dia mendekatkan dirinya pada katil Ayna.

Ayna mengangkat kening. Kau nak aku ulang semua balik ke??

"Sebelum kita makan, kita order pastu-"

"Bukan yang tu. Lepas baca bismillah, lepastu?" Ayna berfikir lagi. Lepas baca bismillah apa? Amin kan lah hahaha. k tak lawak.

"Lepastu, ada orang terlanggar meja kita?" Ayna mengulang semula apa yang dikatanya tadi.

Hasya memejamkan matanya. Cuba sedaya upaya mengingati semula kejadian itu.

Perempuan pakai topi.

Langgar meja.

Beg hampir tersangkut.

Beg! Hasya terus berdiri. "Bingo!" jeritnya. tersentak Ayna dibuatnya. Apakah?

"Kau sedar tak Dania bawak beg apa haritu?" soal Hasya. Ayna menggeleng. Buat ape pulak dia nak kesah?

"Longchamp! Pink longchamp!" tukasnya tersenyum lebar.

"So?"

"Beg yang sama juga yang langgar kita! Langgar meja kita." ujarnya lagi. Ayna mengerutkan dahinya. "Aku rasa, bukan minah tu sorang je kot yang ada pink longchamp" balas Ayna selamba.

Hasya menggeleng.

"Kau tak rasa ke Dania tu tiba-tiba muncul out of nowhere pastu tiba-tiba tegur pakwe dia tu?" Hasya sudah mula menjadi ala-ala detektif.

"Then?" Ayna cuba mengingat semula. Memang Dania tiba-tiba muncul di restoran itu haritu.

"Lepastu, dia buat tak tau je dengan kita. Seolah-olah dia dah tahu kita ada dekat situ. Kalau tak mesti dia melenting tengok pakwe dia lepak dengan kita. Am i right?"

Ayna menggaru kepalanya. Apa blur sangat kau ni Ayna??

"Jadi?"

Hasya membuat muka. Lampi betul lah rakannya yang seorang ini.

"Jadi, aku syak orang yang langgar meja kita tu Dania. Dia sengaja langgar meja kita lepastu letak something dalam makanan kau" Hasya tersenyum memandang Ayna.

Ayna terdiam..

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience