Bab 21

Romance Series 11163

Pejam celik, pejam celik, akhirnya hari yang dinanti-nanti kan telah tiba.

Keluarga, saudara-mara sedang sibuk menyiapkan majlis kecil-kecilan untuk pasangan pengantin muda iaitu Ayna dan Alief.

Beberapa orang jiran telah datang untuk menjadi saksi pernikahan mereka.

Ayna memandang dirinya di hadapan cermin panjang itu. Wah, hari ni lah harinya. Benda yang tidak dia sangka langsung akan terjadi bakal terjadi dalam beberapa jam lagi.

Ayna meramas jarinya. Ada terfikir jugak nak lari seperti yang disuruh Alief. Tapi, dia tidak begitu bodoh. Nak lari kemana pun?

"Ayna?" Puan Suraya menjenguk ke dalam. Dia tersenyum. Cantiknya lah anak buahnya yang seorang itu. Sangat cantik.

"Ayna dah bersedia?" soal Puan Suraya. Jantung Ayna mula berdetak. Dia mengemam bibir. Dari tadi jari tidak henti diramas.

Puan Suraya menarik tangan Ayna lalu digenggam. "Its okay Ayna. Everything will be fine" pujuknya lembut. Rambut Ayna yang disanggul tinggi dibetulkan.

"Jom, pengantin lelaki dah sampai." tukas Puan Suraya menarik tangan Ayna. Mata Ayna terbeliak. Dah sampai? Waduh, cepatnya!

Ayna menelan air liur. Saat dia melangkah turun ke tingkat bawah, semua mata memandangnya. Termasuk Alief Danyel. Lelaki itu nampak segak dengan baju melayunya. Fuh.

"Cantik menantu mama ni" puji Datin Marziah tersenyum memandang Ayna. Ayna tersenyum juga membalas senyuman itu. Mama? Mampuih..

Ayna kemudiannya duduk di tempat yang disediakan untuk pengantin. Dapat dilihat Alief yang berada tidak jauh darinya. Tok kadi juga sedang bersedia.

Tapak tangan Ayna terasa berpeluh.

"Baiklah, pengantin lelaki dah bersedia?" Tok kadi mencuba mikrofon. Beberapa jurugambar membuat kerja mereka dengan mengambil gambar sana sini.

Rimas Ayna dibuatnya. Ada juga yang masuk berita pasal kena terajang dengan pengantin kang. Tak pasal-pasal.

"Erm, Auzubillahiminnasyaitonirajim. Bismillahirahmanirahim." tok kadi memulakan dengan bacaan Al-fatihah.

Selesai membaca beberapa bacaan doa, tok kadi menghulurkan tangannya. Alief menelan air liur seketika. Nafas ditarik lalu huluran tangan itu disambut.

"Alief Danyel Bin Ahmad Kasri"

"Ye saye" sambut Alief dengan debaran di dada.

"Aku nikahkan dikau dengan Tengku Ayna Maisarah binti Ku Hisyam dengan mas kahwinnya RM2000 tunai"

Debaran di dada Alief semakin gila.."Aku terima nikahnya Tengku Ayna Maisarah binti Ku Hisyam dengan mas kahwinya RM2000 tunai"

Tok kadi memandang beberapa saksi di situ lalu semua mengangguk.

"Sah"

Ayna memandang Alief. Dan akhirnya, dia telah menjadi isteri yang sah kepada Alief Danyel. Budak gengster sekolah. Gila.

Puan Suraya menggengam erat tangan Ayna dengan senyuman. Ayna tersenyum kelat. Mummy daddy, Ayna dah kahwin.

Alief kemudiannya berdiri lalu dia berjalan ke arah dimana Ayna sedang duduk.

Setiap langkah Alief membuatkan jantung Ayna berdegup kencang. Alahai, dia dengan baju melayu putih dia tu. Kasi cair lah semua peminat dia yang tengok.

Alief melutut di hadapan Ayna. Mata mereka bertentangan. Alief merenung Ayna lama. Baru sedar yang sebenarnya Ayna ni lawa juga.

Ayna terus menghulurkan tangannya. Tidak mahu tangannya disentuh Alief. Mengada. Terus Alief menyarung cincin di jari Ayna.

Ayna juga lakukan benda yang sama. Dia sarungkan cincin ke jari Alief dengan selamba.

Alief menghulurkan tangan. Ayna mengetap bibir. Dia memandang Alief seketika. Buat apa ni?

Perlahan-lahan Ayna menyambut tangan Alief. Saat kulitnya bersentuhan dengan tangan Alief, bagaikan ada arus elektrik yang mengalir. Lampu camera bernyala sana sini untuk merakam memori yang terindah lah sangat ni.

Ayna mencium tangan Alief. Alief memandang Ayna. Tangan Ayna digenggam erat. Mak aih, sejuknya tangan minah ni.

"Alief, cium dahi Ayna." bisik Cikgu Nurul. Alief membuat muka lalu menggeleng perlahan. Tak nak! Terus Cikgu Nurul menjegilkan matanya. Memang nak kena budak ni.

"Cepat!" bisik cikgu Nurul lagi. Alief menelan air liur. Tidak pernah-pernah dia cium anak dara orang. Eh? Dia dah jadi bini kau lah tiangg.

Alief mendekatkan wajahnya ke dahi Ayna. Semakin dekat dan semakin dekat. Ayna terus menggerakkan tubuhnya ke belakang. Mengelak dari Alief. No!

klik! klik!

.
.

Ayna menjenguk masuk ke dalam bilik pengantin. Matanya tertoleh-toleh. Ok Alief tiada. Line clear!

Dia pun tidak tau Alief pergi mana. Tetamu ramai sudah pulang. Cuma ada beberapa jiran saja yang lepak di sini. Boleh lagi lepak.

Ayna menapak masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu dan kunci. Dia mahu tukar baju dan mandi. Rimas! Muka pun dah penat asyik duk senyum je dari tadi.

Ayna menghempaskan tubuhnya di atas katil. Cincin yang tersarung di jari manisnya dipandang. Hailah, dah jadi bini orang dah dia.

Apa yang akan jadi padanya dan Alief di masa hadapan? Aduh. sempat pula dia fikir pasal masa hadapan.

Tiba-tiba tombol pintu dipulas dari luar. Terus Ayna bangun dari baringannya. Dia memandang pintu yang ditolak-tolak dari luar.

Dia sudah kunci. Memang tak boleh bukak lah.

Jantungnya berdegup kencang. Siapa tu? Pencuri ke?

Ayna melompat turun dari katil. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu yang masih ditolak-tolak dari luar.

Tangan Ayna perlahan-lahan memulas tombol pintu. Sebaik sahaja kunci dibuka, orang luar terus menebus masuk ke dalam bilik merempuh Ayna.

"Argh!" Tubuh manusia itu dan Ayna sama-sama jatuh terlupok ke atas karpet bilik itu.

Aduh!

Terus Ayna membuka mata. Terbeliak matanya apabila melihat tubuh Alief betul-betul di atasnya. Jantung berdegup lebih kencang.

Wajah mereka sangat dekat.

Ayna ingin menolak Alief tetapi tangannya terus dikunci Alief. Ayna tersentak. Dia membalas renungan mata Alief. Apa tiang ni nak ha?

"Kenapa kita selalu end up langgar each other eh?" soal Alief dengan senyuman. Dari mula pertemuannya dengan Ayna, mereka asyik berlanggar sahaja.

Kira jodoh ke ni??

Ayna menelan air liur. Terus dia menolak tubuh Alief lalu dia terus berdiri. Damn it! Nasib baik suami. Kalau tak, dah terajang sampai ke London.

Eh? Ingat pulak ye pasal suami.

Ayna membetulkan bajunya. Baru nak mandi, ada tiang bertandang dekat sini.

"Aku nak mandi." ujar Ayna pantas mengambil tuala yang tersangkut di ampaian itu. Tuala siapa tah dia rembat. Lantak kau lah!

Alief tersengih lagi. Dia melangkah mendekati Ayna. Ayna mengetap bibir. Ala dah mula dah si Alief ni. Suka main langkah ke depan dengan dia.

"Kau nak mandi? Aku join boleh?" soalnya tersengih nakal. Ayna menjeling. "Jangan harap kau tiang." tukas Ayna ingin berlalu.

Namun, belum sempat Ayna dapat mengelak daripada lelaki itu, Alief terus menarik tuala di tangan Ayna sekaligus menarik tubuh Ayna lebih dekat dengannya. Pinggang Ayna dirangkul.

Ayna tersentak. Jantungnya kembali berdegup kencang.

"Cuba kau panggil aku dengan panggilan yang sweet sikit." tukas Alief sengaja ingin mengusik gadis itu.

"Ke- kepala hotak kau lah panggilan sweet. Kau nak aku panggil kau kambing ke?" sindir Ayna pula. Terus dia menolak tubuh Alief.

Susah lah dia macam ni. Alief is too touchy. Sedap-sedap dia je tarik pinggang aku tadi. Siot punya tiang.

Alief tersenyum sinis kemudiannya. "Aku kambing? Kau kerbau" terus Alief merampas tuala di tangan Ayna dan menapak masuk ke dalam bilik air.

Ayna mengetap bibir geram. Dah teruk kena buli dekat sekolah, sekarang kena buli dekat rumah pulak. Nasib kau lah Ayna.

Nasiblah suami kau tu gengster celup Ayna!

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience