Bab 20

Romance Series 11197

"Kak! Are you crazy?"

Bergegar satu rumah banglo besar milik Dato' Ahmad pada malam itu.

Cikgu Nurul masih beriak selamba. Wajah tidak puas hati adiknya dipandang tenang. "Nope. Akak sihat walafiat lagi" jawab Cikgu Nurul selamba.

Alief merengus. Terus dia menghempaskan tubuhnya di atas katil milik kakaknya. Mahu bergegar katil milik cikgu Nurul itu.

"Kenapa kakak kasi Dany satu group dengan minah-minah tu? Kalau Dania tu takpe lagi. Ni, satu kumpulan dengan Ayna?" Protes Alief geram. Cadar merah kakaknya di gentel-gentel.

"Apa salahnya? Bukannya akak letak kau satu kumpulan dengan beruk-beruk sama spesis macam kau pun" jawab Cikgu Nurul lagi.

Alief membuat muka. "Kak sengaja kan? Saja nak kasi Alief satu group dengan minah tu" tukas Alief lagi tidak puas hati.

Cikgu Nurul menjungkit bahu. "Kakak tutup mata pastu main pilih je nama. Dah korang terjodoh pulak satu kumpulan. Nak buat macam mana" balas kakaknya pula.

Alief menghentak-hentak kakinya di atas katil itu. "Alaa kak. Nak tukar please" pinta Alief dengan muka seposennya tu. Terus Cikgu Nurul tersenyum mengejek.

"Never" jwbnya mengejek dalam masa yang sama, tegas.Alief mengeluh. "Kalau mcm tu, kak tukar genre kitaorang" tawar Alief lagi. Main tawar-menawar pulak.

Pantas Cikgu Nurul menggeleng. "Mana boleh macam tu. Tak adil" jawabnya lagi.

"Kitaorng nak buat apa dengan romance kak" protes Alief lagi. "Buat drama lah. Takkan nak kunyah pulak benda tu" sekali lagi diberi jawapan bodoh bin bangang.

Alief mengusutkan rambutnya. Kenapalah dia dapat kakak yang sengal macam ni.

Cikgu Nurul tersengih. Sorry my brother!

.
.

Suasana di taman pada petang itu sunyi sepi. Cuma kedengaran burung-burung berkicauan.

8 pasang mata bertentangan dengan pandangan benci dan menyampah.

Wani dan Hariz berpandangan. Kemudian mereka berdua menoleh ke arah Alief, Faris, Ameer dan Dania berlawan mata dengan Ayna, Hasya, Iqa dan Ilham.

Dari tadi mereka tidak berhenti bergaduh. Orang datang sini nak bincang pasal kerja yang diberi cikgu, tetapi akhirnya semua berperang mulut.

"Kau ingat, aku nak sangat ke satu kumpulan dengan kau?" soal Ayna benci. Alief tersenyum sinis. "Kalau dah jodoh, tak kemana" jawab Alief selamba. Terus Dania menepuk bahu Alief. Dijegilkan mata pada lelaki itu.

"Heh. Jodoh ke bodoh?" balas Hasya pula. "Yang bodoh tu engkau" jawab Faris pula tersenyum sinis. Dia berbalas high five dengan Ameer.

"Diri sendiri pun bodoh tak sedar diri." tukas Iqa mengangkat kening. Ameer terdiam. Dia menelan air liur seketika.

Faris menolak bahu Ameer. "Balas ah" ujarnya. Ameer menggeleng perlahan. "tak boleh do" jawab Ameer pula. Faris membuat muka.

"Er korang, bila kita nak mulakan perbincangan kita?" soal Wani berhati-hati. Memang susah lah kalau satu kumpulan dengan musuh ni.

"Bila-bila kau nak lah" jawab Alief selamba. Pantas dia bangun dan berlalu. Terus Ayna berdiri. "Hoi! Nak pergi mana tu?" soal Ayna pula.

"Balik ah" jawab Alief lagi. Selamba badak dia je. Ayna mengetap bibir. "Tak payah nak mengada. Kau duduk balik." Arah Ayna sesuka hati.

Alief membuat muka. "Kenapa aku kena ikut cakap kau?" soalnya sinis.

"Sebab kalau ikut cakap kau, alamatnya ke laut lah kita" jawab Ayna selamba. Hariz ketawa besar mendengar kata-kata Ayna.

"Woi" tegur Faris mencerlung ke arah Hariz. Terus Hariz tunduk. Dia berdehem seketika. Tergelak kuat sangat lah pulak.

"Tak nak. Aku nak balik" Alief meneruskan langkahnya. Terus Ayna mengejar langkah lelaki itu. "Hoi tiang!" jerit Ayna. Tidak puas hati betul lah dengan mamat acah gengster ni.

"Tak boleh!" pantas Ayna berdiri di hadapan Alief sambil mendepakan tangan. Menghalang Alief daripada terus melangkah.

"Kau ni memang tak faham bahasa kan?" Alief melangkah setapak mendekati Ayna. Ayna masih tidam berganjak.

"Kau ke aku yang tak faham bahasa?" soal Ayna semula. Dia mengigit bibirnya. Menahan debaran apabila Alief semakin mendekatinya.

"Aku kena balik awal lah perempuan. Aku kena jumpa bakal isteri aku" ujar Alief pula tersenyum memandang Ayna.

Ayna mengangkat kening. Bakal isteri? "Maksud kau?" soal Ayna semula. Cakap macam keling betul lah tiang ni.

"Aku kena pergi rumah kau la! Bebe" balas Alief. Dia menolak tangan Ayna lalu meneruskan langkah. Ayna terus mengejar.

"Kenapa pulak?" Ayna memandang Alief meminta jawapan. Buat ape pulak dia nk datang rumah aku? Raya lambat lagi. Eh? Terus Alief memberhentikan langkahnya.

Alief menoleh memandang Ayna.

"Buat apa lagi? Dorang nak bincang pasal majlis kahwin kita lah" jawab Alief lagi.

Ayna terdiam.

"Kah- kahwin? Already?"

"Ha ye kahwin. Huh! Dah lah, gerak lu. Jumpa nanti future wife!" Alief terus melompat naik atas motornya. Ayna dipandang seketika sebelum helmet dipakai lalu deruman enjin motor laju meninggalkan kawasan taman itu.

Ayna termenung seketika. Jadi, dia bakal berkahwin dengan Alief tak lama lagi?

.

.

"Jadi Ayna, kamu dah buat keputusan?" Dato' Ahmad dan Datin Marziah memandang bakal menantunya itu.

Ayna mengemam bibir, jarinya diramas dengan resah. Dia mengangkat kepala. Wajah Dato' dan Datin dipandang seketika. Mereka lah bakal mertua dia. Kemudian dia beralih pula pada nenek dan mak Su nya.

Nenek dan Mak su sangat berharap yang dia akan setuju. Akhirnya pandangan Ayna terhala ke arah Alief. Dia bertentang mata dengan Alief.

Dia berpindah ke Putrajaya tanpa ada ragu-ragu langsung. Tidak pernah dia terfikir yang dia akan kahwin pada usia semuda ini. Dengan Alief Danyel pula tu. Lelaki yang baru dikenalinya hampir 2 bulan.

Boleh ke dia percaya Alief? Boleh ke dia bahagia?

"Ayna?" Panggil Mak Su. Terus lamunan Ayna lesap dari fikiran.

Dia memandang Dato' Ahmad dan Datin Marziah. Menanti.

"Ayna setuju" jawab Ayna sepatah mampu membuatkan empat orang dewasa di situ tersenyum lega. Dia bertentangan mata dengan Alief lagi.

Sukar untuk dia baca apa yang berada di dalam kepala Alief sekarang ni.

"Kau takkan menyesal dengan keputusan kau?" Alief merenung pasu-pasu bunga yang ditanam elok di halaman rumah Ayna.

Ayna menghela nafas. "Nak menyesal pun tak guna dah. Dorang dah tetapkan semua benda dah. Malam Selasa minggu depan kita nikah jugak" balas Ayna redha. Ini lah keputusan yang telah dibuatnya.

"Macam mana aku nak pikul tanggungjawab aku sebagai suami?" soal Alief menguak rambutnya ke belakang.

Ayna membuat muka.

"Kau tak payah nak bertanggungjawab sangat lah. Bukannya kita kahwin sebab suka sama suka pun" jawab Ayna pula.

"Habistu? Kau tak nak ke tunaikan tanggungjawab kau sebagai isteri?" Alief tersenyum nakal. Kening diangkat-angkat sambil memandang Ayna.

Ayna menjeling. "Banyak lah kau!" tukasnya. "Tak nak dan tak akan!" sambung Ayna lagi. Semangat bhai.

Alief mencebik. "Okey then, perkahwinan kita tak akan ubah apa-apa langsung okay?"

"Maksud kau?"

"Means, aku takkan jatuh cinta dengan kau dan kau takkan jatuh cinta dengan aku. Kita cuma teruskan hidup macam biasa. Macam kita bukan suami isteri" terang Alief.

"Just 2 years right? Tak lama pun. After that, you go on with your life, and i'll go on with my life"

Ayna hanya diam mendengar. Hidup macam bukan suami isteri? Boleh ke tu? Cuba untuk tidak jatuh cinta. Senangnya tiang ni cakap. Ingat perkahwinan ni apa? Macam makan nasi dengan kicap? Huh!

"Deal?" Alief memandang Ayna.

"Deal"

~BERSAMBUNG~

< Hai reader, sorry sepatutnya sya publish kemarin (semalam). Tapi sya ada masalah sikit dgn keluarga. So mlm ni sya akn bgi extra 2 bab. So nanti 2 bab tu mlm nih. And lagi satu klau ada typo mohon ampun ya.. nnt aku betulkan balik. Tata>

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience