Bab 16

Romance Series 11163

Hari cuti menjelang lagi. Pada pagi sabtu itu, Ayna menapak turun ke tingkat bawah untuk sarapan. Nek Jah yang sudah berada di meja makan itu di sapa mesra.

"Morning nek!" Ayna menarik kerusi bersebelahan Nek Jah lalu dilabuhkan punggungnya. Nek Jah tersenyum. Dia mengambil pinggan lalu diletakkan di hadapan Ayna.

"Nasi goreng ke french toast?" soal Nek Jah memberi pilihan. Tanpa ragu-ragu, Ayna terus menjawab "dua-dua!"

Nasi goreng terus dicedok lalu diletakkan di atas pinggannya kemudian sekeping roti bakar disalut telur diletakkan di atas nasi goreng. Ayna tersengih gembira. Siapa je tak suka makan?

Nek Jah menggeleng perlahan. Dia juga ikut tersenyum.

Ayna terus menyumbat nasi goreng ke dalam mulut. Sedapnya nasi goreng mak su! Ayna menyuap sesudu lagi. Sambil itu, roti bakar di gigit.

"Ish Ayna ni. Makan perlahan-lahan lah" tegur Puan Suraya yang baru keluar dari dapur. Apron yang tersarung di tubuhnya dibuka lalu dia mengambil tempat di hadapan Ayna iaitu di sebelah nek jah.

"Tah kamu ni Ayna! Nanti susah nk dibuat menantu"

"Uhukk" terus Ayna tersedak. Dia tersedak sebab teh itu panas sangat ke, atau sebab apa yang dikatakan oleh mak su tadi??

"Minum elok-elok" tegur Puan Suraya dengan senyuman. Tau tersedak. Banyak lagi benda yang tidak diketahui Ayna. Bersedia untuk tersedak berjemaah.

.
.

"Hui, stalk ig siapa tu?" Ayna terus merampas telefon bimbit Hasya. Hasya tersentak. "hoi! Babi lah. Bagi balik." Hasya terus mengejar Ayna yng sudah tawaf satu bilik tidurnya itu.

Ayna ketawa mengejek. Dia masih berlari-lari. Nasib baiklah bilik Hasya ni luasnya mengalahkan padang bola. Ceh, hiperbola terlebih pulak.

Iqa yang sedang elok bersantai di atas katil itu hanya menggeleng. Perangai masih kebudak-budakan!

"Bagi balik lah setann!" Hasya terus menarik rambut Ayna. Ayna mengerang kesakitan. "Argh!! Sakitlah weh!" Ayna terus menendang Hasya dan terus melompat naik ke atas katil Hasya.

Telefom bimbit Hasya dibelek. Eh, Instagram Ilham? Ayna tersengih nakal. Dia memandang Hasya yang sudah berubah masam mengalahkan jeruk.

"Wuu, Hasya stalk Ilham bhaii" ejek Ayna tersengih. Hasya pantas merampas kembli telefon bimbitnya. Dia menolak Ayna lalu dia melompat naik ke atas katil.

"Tak payah sebok ah" Hasya menyiku Ayna geram! Suka-suka dia je rampas telefon bimbit aku tadi.

"Cehh Hasya, rajin pulak kau stalk dia" tukas Iqa pula. Dia membaling sebiji bantal pada Hasya. Hasya sempat menepis. Usikan Ayna dan Iqa tidak dihiraukan.

Hasya terus mengambil telefon bimbit Ayna lalu dibuka aplikasi instagram.

"Wei wei, nak buat apa tu?" Ayna mengintai telefon bimbitnya di tangan Hasya. Hasya terus mencari instagram seseorang itu lalu dengan sesuka hati dia menekan butang follow.

Mata Ayna terbeliak. Terus dia merampas semula telefon bimbitnya. Matanya membaca semula username yang Hasya telah follow sesuka hati.

Alief?!

"Hasya!!" Ayna terus mengejar Hasya dengan muka merah menahan marah. Sekali lagi mereka berlari berkejaran di dalam bilik Hasya.

Hasya pula seronok ketawa sambil berlari-lari. Ayna akhirnya mengalah. Dia memicit dahinya seketika lalu mengeluh.

Telefon bimbitnya dilihat. Ayna mengeluh lagi. Aduh, mesti Alief perasan nanti.

"Dah alang-alang terfollow tu, kau stalk jelah" tukas Hasya tersengih. Ayna mengetap bibir sambil menjegilkan mata ke arah Hasya.

Dalam marah-marah, Ayna melihat juga gambar-gambar yang dimuat turun Alief. Boleh tahan la. Pandai dia ambil gambar. ehh?

Satu gambar Alief berjaya menarik perhatian Ayna. Ayna mengetap bibir lagi. Hensem gila namati doh mamat ni.

Gambar Alief yang sedang berdiri sambil memandang ke arah lain itu dipandang. Terdapat sekuntum bunga ros merah di tangan kanan Alief. Tangan kirinya pula dimasukkan ke dalam poket.

Alief tersenyum comel di dalam gambar itu. Ayna merenung gambar itu seketika. Astaga!

Ayna terus keluar dari page itu lalu dia keluar dari instagram. Tak boleh tenung lama-lama weh!

Melihat Hasya tersengih. Ayna terus menggeleng.

.
.

Ayna menutup bukunya sekolahnya. Rajin pula dia buat kerja sekolah malam tu. Jam dinding di dalam biliknya dijeling sekilas.

8:15

Ayna masih menunggu mak su untuk memasak makan malam. Entah kenapa lambat pula hari ni. Ayna terus menapak keluar dari biliknya lalu dia menjenguk ke tingkat bawah.

Bau apa ni??

Bau yang enak datangnya dari bawah menarik perhatian Ayna lalu gadis itu terus berdesup laju turun ke bawah.

"Mak su, masak apa tuu" mulut Ayna ternganga luas melihat macam-macam hidangan yang terhidang di atas meja. Amboi! Nak buat kenduri ke??

"Nek, banyaknya masak. kenapa banyak sangat?" soal Ayna memandang neneknya yang baru turun dari tingkat atas.

Tubuh Nek Jah dipandang dari atas sehingga ke bawah. Ayna mengangkat kening hairan. kenapa lawa sangat neneknya malam ni? Nak pergi mana-mana ke?

"Haa Ayna, kenapa tak siap lagi? Pergi tukar baju yang lawa-lawa sikit" arah Nek Jah tanpa menghiraukan soalan Ayna.

Ayna cuma memandang gerak-geri neneknya yang sebok mengemas ruang tamu rumah mereka.

"Buat apa?" soal Ayna lagi.

"Ada tetamu istimewa nak datang ni. Pergi siap cepat" Puan Suraya yang baru keluar dari dapur pula yang mengarah. Asyik keluar dari dapur aje mak su dia ni.

"Tetamu istimewa?? Siapa pulak dah?" Dahi Ayna berkerut malas. Malam-malam ni sebok pulak nak datang. Haih.

Puan Suraya terus menolak Ayna naik ke atas. "Jangan banyak soal. Pergi siap lawa-lawa, kasi kemas semua." tukasnya sedikit tegas. Banyak tanya betul anak buahnya yang seorang itu.

Ayna akhirnya akur lalu dia menapak ke tingkat atas dan menuju masuk ke dalam biliknya.

Almari dibuka. Haih, nak pakai baju apa ni? Ayna mengikat rambut panjangnya. Baju-baju yang berlambak di dalam almari itu dipandang dengan wajah bosan. Ah! Bantai sajalah!

Ayna terus membantai blouse berwarna krim dipadankan dengan leggings hitam lalu dia memakai denim jacket untuk dipadankan dengan blouse krimnya.

Ayna merenung dirinya di dalam cermin. Siap! Puas meneliti diri, Ayna touch up sedikit wajahnya dan, walla!

"Ayna! Meh turun bawah cepat! Tetamu dah sampai!" Kedengaran Puan Suraya melaung dari bawah.

Terus Ayna menapak turun ke tingkat bawah. Dia menjenguk ke luar pintu. Sepasang suami isteri disambut baik oleh neneknya dan Mak su.

Baru Ayna sedar. Sepasang suami isteri ni lah Dato' dan Datin yang datang ke rumahnya pagi-pagi haritu.

"Ayna, sini salam" panggil Nek Jah. Ayna terus berjalan menuju ke muka pintu. Dia bersalaman dengan Datin Marziah. Dia membalas senyuman wanita sebaya mak Su nya itu.

"Makin cantik Ayna ye. Ni yang lagi suka dibuat menantu ni" gurau Datin Marziah mendapat tawa dari Mak Su dan Nek Jah.

Ayna hanya tersenyum.

"Mana anak-anak kamu Mar?" Soal Puan Suraya menjenguk-jenguk.

"Mana eh? Haa, tu baru keluar dari kereta tu" Datin Marziah dan Dato' Ahmad memandang anak-anak mereka yang terhegeh-hegeh.

Ayna menjenguk ke luar juga. Mahu melihat gerangan anak Dato' dan Datin ini. Sebaik sahaja nampak wajah yng sangat dikenalinya. Mata Ayna terus terbeliak. Terus dia menyorok di belakang mak su.

Tersentak Puan Suraya dibuatnya.

Jantung Ayna berdegup kencang. Betul ke apa yang dilihatnya tadi? Alief Danyel ke tu!? Bukan sahaja Alief yang baru keluar dari kereta itu. Guru kelasnya juga ada! Cikgu Nurul!

Ayna mengetap bibir. Dugaan apakah ini? Alief ke anak mereka? Cikgu Nurul pula buat apa di sini?

"Haa, perkenalkan ni anak-anak aku" Datin Marziah menarik Alief dan Nurul. Mereka sekeluarga melangkah masuk selepas dijemput.

Ayna masih menyorok di belakang Puan Suraya. Dapat dia lihat kaki Alief di situ. aish!

"Besar-besar ye anak kamu Mar. Yang mana satu sama umur dengan Ayna??" soal Puan Suraya mesra. Cuba ditarik Ayna keluar dari belakangnya.

"Ni haa, Alief Danyel."

Terus Puan Suraya menarik tangan Ayna membuatkan Ayna pantas berdiri betul-betul di hadapan Alief.

Dia bertentang mata dengan Alief seketika.

"Ayna, perkenalkan anak aunty.. Alief Danyel. Ayna kenal??" Datin Marziah tersenyum mesra..

Ayna tersenyum kelat. Hm, siapa sahaja tak kenal anak makcik tu? Dia lah yang selalu buli saya! tukas Ayna di dalam hatinya.

Matanya mereka bertembung.

Alief tersenyum sinis.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience