Bab 2

Romance Series 11197

"Kau nak pergi mana Ayna?" Soal Hawa terkejut apabila Ayna tiba-tiba mengatakan bahawa dia tidak akan lagi ke sekolah pada hari esok.

Ayna tersenyum kelat.

"Aku. Nak pindah. Aku kena ikut nenek dengan Mak Su aku." Jawab Ayna. Tangan Hawa dipegang.

"Kau biar betul? Tiba2 je?? Jangan lah main-main Ayna." Tukas Hawa pula. Seakan-akan tidak percaya. Kenapa tiba-tiba?

"Aku tak main2. Sorry Hawa. Aku tahu ni mcm kejutan sangat. Aku pun terkejut but. I gotta go now." Ayna berdiri.

Hawa juga ikut berdiri.

"Tahun lepas Hasya dah tinggalkan kita. Takkan kau nak tinggalkan aku jugak?" Hawa mulai sebak. Sampai hati Ayna ingin meninggalkan dirinya?

Tubuh Hawa ditarik ke dalam pelukan.

"Aku minta maaf. Aku sayang kau tau. Sayang sangat-sangat. Terima kasih sebab dah jadi kawan aku selama aku hidup ni." Ujar Ayna. Sedaya upaya menahan air mata daripada tumpah.

Hawa mengetap bibir.

"Jaga diri kau baik2 tau. Jangan lupakan aku."
Ayna tersenyum. Dia keluarkan sepucuk surat dari dalam begnya lalu dihulurkan kepada Hawa.

"Weh. Nanti kalau Apan datang. Kau tolong bagi benda ni kat dia." Hawa mengambil surat itu. Dia memandang Ayna. "Kau tak nak pergi jumpa dia ke?" soal Hawa.

Ayna menggeleng. "Aku takut aku tak kuat. Kau tolong bagi ye?" Pinta Ayna berharap agar Hawa dapat menolong. Hawa mengangguk lalu tersenyum.

Ayna memeluk Hawa sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu. Tidak sangka. Hari ini adalah hari terakhir mereka berjumpa.

?????

"Rumah siapa ni mak su?" Ayna meletakkan begnya di tepi sofa dan melihat sekeliling rumah agam dua tingkat itu.

"Rumah Mak su lah." Puan Suraya hanya tersenyum melihat gelagat Ayna yang tertoleh sana sini seperti orang jakun. Nek Jah menggelengkan kepala.

"Jom, Mak Su tunjukkan bilik Ayna." Kata Puan Suraya lalu menarik lembut tangan Ayna. Ayna akur mengikut Puan Suraya dari belakang.

Puan Suraya membuka pintu bilik itu dan tersenyum ke arah Ayna. "This is your room honey." Kata Puan Suraya sambil mengusap kepala Ayna.

Ayna tersengih seketika. Terasa seperti di tadika pula. Ayna terlopong kerana bilik itu tidaklah terlalu luas tapi dia suka dan cat dengan berwarna putih sepenuhnya. Katil queen yang tidak terlalu besar. Meja belajar juga sudah tersusun. Ada sebuah rak buku kosong di sebelah meja belajar. Dibahagian kiri bilik ada bilik air. Perfect!

"Thanks Mak Su!!" Teriak Ayna lalu memeluk Puan Suraya dengan erat. Puan Suraya membalas pelukan Ayna dan tersenyum. Dia mahu beri Ayna dengan penuh kasih sayang. Kesian Ayna, dalam pada usia 15. Ibu bapanya sudah pergi meninggalkannya.

Dan sekarang. Dia sudah pun berumur 17 tahun. "Ayna rehat dulu. Nanti Mak Su panggil makan malam." Mak su tersenyum ke Ayna sebelum menutup pintu bilik.

Ayna terlompat lompat di atas katilnya. Telefon bimbit Samsung Galaxy Note5 nya dan ditekan tekan di skrin. Al maklumlah. Aunty Yati bagi, kenalah jaga elok-elok.

Dia membuka whatsapp.

Aunty Yati (Online)
Ayna:
Aunty. Ayna dah sampai Putrajaya. 7:50 p.m ??

Aunty Yati :
Alhamdulillah. Ayna jangan nakal nakal ye kata sana. Dengar cakap Nek Jah dan Mak su. Kalau ada masa. Jenguk jenguklah aunty dan uncle kat sini. 7:52 ??

Ayna:
Baik aunty, aunty jaga diri tau kat Johor tu. Kalau ada masa, Ayna balik Johor. I luv u aunty. 7:53 ??

Aunty Yati:
I luv u too Ayna. 7:54 ??

Ayna menutup telefon bimbitnya. Dia mengambil tuala di dalam almari yang terletak di tepi katil dan masuk kedalam bilik air.

•••••

"Ayna, nanti Ayna akan transfer ke SMK Putajaya tau. Dekat sini je." Kata Mak Su sambil meneguk air. Ayna yang sedang menyuap itu terangguk-angguk. Tidak kesah dengan pilihan Mak Su nya.

"Ayna, ingat Hasya lagi tak??" Soal Nek Jah sambil tersenyum.

Ayna membulatkan matanya "Nek! Gila tak ingat!? Dia kawan sehidup semati Ayna Nek. Tapi lepas dia pindah ke KL, Ayna dah lost contact dengan dia." Ujar Ayna teruja. Ada sedikit nada kecewa di situ.

Dia sudah kawan dengan Hasya selama 5 tahun manakala bersama Hawa. Sejak dia 11 tahun sehingga 15 tahun. Pada umur mereka 16 tahun, Hasya terpaksa berpindah ke KL. Dan sekarang, dia pula pergi meinggalkan Hawa di Johor.

"Nanti Ayna akan jumpa dia balik." Kata Puan Suraya dengan kening diangkat berkali kali. Ayna mengerutkan dahinya. sakit kening ke Mak Su nih??

"What do you mean by that?" Soal Ayna. Ceh. Speaking lebih. tiba-tiba lagu What Do You Mean dari Justin Bieber berkumandang di kepalanya.

"Maksudnya. Ayna akan masuk sekolah sama dengan Hasya la sayang oi." kata Nek Jah. Dia tersengih melihat keterujaan Ayna. Ayna mengipas ngipaskan tangan kirinya.

"Seriously?! Omg!!" Teriak Ayna tersenyum lebar. Sudah dua setahun lebih juga lah dia tidak berjumpa dengan Hasya.

Puan Suraya dan Nek Jah hanya tersenyum sambil menggeleng gelengkan kelapa. ops! Kepala.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience