Bab 26

Romance Series 11163

Ayna campak beg sekolah lalu terus menghempaskan tubuhnya ke atas sofa. Dia menghela nafas panjang.

"Kak mah, tolong ambilkan air." laung Ayna seolah-olah dia puteri di rumah itu. Dia menutup matanya seketika. Kenapa terasa penat sangat lepas balik dari sekolah ni.

Alief menutup pintu rumah itu lalu mencampakkan juga beg sekolahnya entah ke mana. Dia menapak ke sofa yang sedang diduduki oleh Ayna.

Alief menendang sofa itu. "Wei, blah. Aku nak baring kat sini." halau Alief selamba. Ayna mengerutkan dahi lalu membuka matanya. Alief dipandang sekilas.

"Ada tempat lain kan, pergi lah baring kat sana. Aku dapat sini dulu" terus Ayna mengangkat kakinya lalu ditolak tubuh Alief dengan kakinya selamba.

Alief tersentak. Amboi, dia halau aku pakai kaki dia bhai!

Alief masih berdegil. "Tak nak. Kau lah pergi tempat lain. Aku nak sofa ni jugak" tukasnya lagi. Kakinya masih menendang sofa itu.

Ayna membuat muka tidak senang. "Apasal mengada sangat kau ni ha?" Ayna menyepak lagi kaki Alief. Dia nak lelapkan mata sekejap pun tak senang!

"Kaki aku panjang lah. Kau blah lah!" Alief menendang sofa itu dengan lebih kuat. Sengaja mahu menyakitkan hati Ayna.

Dahi Ayna berkerut geram. Terus Ayna menghalang kaki Alief yang ingin menendang sofa itu dengan kakinya. Tanpa sedar, kakinya sudah bergelut dengan kaki Alief.

Masing-masing tidak mahu mengalah.

Alief yang bergelut dengan kaki Ayna itu tidak dapat mengimbangkan diri lalu terus jatuh ke atas tubuh Ayna yng terbaring di atas sofa itu.

Ayna tersentak. Terus terbeliak matanya apabila wajah Alief berada betul-betul dihadapannya. Alief sempat menahan tubuhnya dengan tangan. Matanya dan mata Ayna bertembung.

Kedudukan mereka sangat rapat dan rasa masa seakan-akan terhenti. Kedengaran degupan jantung bersatu.

"Erhm" kak Mah berdehem kuat.

Terus Alief berdiri dari posisinya. Ayna juga terus bangun dari baringannya dan duduk di atas sofa itu.

Kak Mah menyimpan senyuman. Dia pulak yang terlebih bahagia melihat pasangan itu tadi. "Alief dengan Ayna, nak makan?" soalnya seolah-olah tiada apa yang berlaku tadi.

Ayna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia terus berdiri lalu beg sekolah yang dicampaknya tadi diambil dan disandang.

"Haa, Ayna naik atas dulu. Nak mandi." ujar Ayna. Erk, awkward! Tanpa mempedulikan Alief, Ayna terus menapak naik ke tingkat atas. Laju semacam aje langkahnya.

Kak Mah mengangguk lalu terus berlalu ke dapur.

Alief terus terduduk di atas sofa. Dadanya dipegang seketika.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Alief menarik nafas panjang. Kenapa laju sangat ni! Dalam kepalanya teringat semula kejadian beberapa minit lepas. Degupan jantungnya menjadi semakin laju.

Terus Alief menggeleng. Shuh! Nyah kau dari sini!

Dalam masa yang sama.

Selepas menutup pintu biliknya, Ayna terus bersandar pada pintu lalu dadanya dipegang. Seperti biasa, jantungnya berdegup laju.

Di menarik nafas lalu di hembus perlahan.

Ayna menggigit bibirnya seketika. Rasa yang sudah lama tidak dia rasa. Teruja dan nervous. Rasa apakah ini? Kenapa dia rasa begini setiap kali dengan Alief?

.
.

Pada pagi itu, Alief merenung dirinya di dalam cermin. Gaya rambutnya dibetulkan sedikit biar nampak stylo dan, walla! Perasan hensem lah tu.

Puas meniliti diri di cermin, Alief terus mencapai beg sekolahnya lalu dia melangkah keluar dari bilik.

Dalam perjalan ke tangga, sempat pula dia bertembung dengan Ayna di seberang sana. Entah kenapa Alief rasa serba tak kena sahaja apabila Ayna semakin menghampirinya.

Semakin dekat dan semakin dekat.

Langkah Alief terhenti begitu juga Ayna di hadapannya. Aduh, jantung Alief yang elok sahaja tadi tiba-tiba berdegup kencang.

Wajah Ayna yang polos itu dipandang. Takkanlah, Alief terus menggeleng menidakkan realiti.

Alief melangkah setapak mendekati Ayna. "A- Ayna.." panggilnya perlahan.

Ayna masih memandang Alief. Hairan dengan perangai Alief pada pagi itu.

Alief melangkah setapak lagi mendekati Ayna. Di dalam kepalanya sudah bermain bermacam-macam soalan.

"Ayna, aku..."

Tanpa amaran, Alief terus menarik pinggang Ayna dekat pada tubuhnya. Ayna tersentak. Dia memandang Alief meminta penjelasan.

Mereka kekalkan posisi itu buat seketika.

Alief masih keliru dengan dirinya sendiri. Terus dia menggeleng.

"Tak. Takkan lah kan." terus Alief menolak tubuh Ayna. Dia memandang Ayna sekilas sebelum menarik nafas dan melangkah turun ke tingkat bawah.

Meninggalkan Ayna di situ terkebil-kebil. Ayna mengetap bibir. Apakah?

Dia main-main dengan aku ke apa ni?

Terus Ayna melangkah turun mengejar Alief. "Woi tiang!" laung Ayna. Entah kenapa mukanya terasa sangat panas saat ini.

Alief menghela nafas. Panggilan Ayna tidak dihiraukan. Terus dia melajukan langkah meninggalkan Ayna.

Sampai sahaja di sekolah, Ayna mengunci basikalnya manakala Alief mematikan enjin motor berkuasa tingginya itu.

Ayna berjalan masuk ke sekolah diikuti Alief di belakang.

"Datang sama-sama nampak?" Tegur Rizki muncul dari mana entah. Dia tersenyum sinis. Ayna menghela nafas. Apa masalah si Rizki ni pun dia tak tau lah. Ada saja nak cari pasal.

Alief diam. Dia memasukkan tangan ke dalam poket.

"Tak nampak eh tadi? Aku naik basikal, Alief naik motor. Sama ke?" soal Ayna berlagak tenang. Memang suka jaga tepi kain orang betul la.

Rizki tersengih.

"Nampak-nampak." ujarnya memandang Ayna dan Alief silih berganti. Entah kenapa dia berminat pula dengan dua orng manusia ni.

Dia pasti, apa yng dia nampak haritu tidak salah. Ayna dan Alief ada sesuatu rahsia yang tiada siapa tahu dan dia akan bongkarkan rahsia itu.

"Apasal penyebok sangat kau ni hah?" soal Alief kasar. Bengang pula dia dengan wajah selamba Rizki itu.

"Apa hubungan korang berdua ha?" soal Rizki semula sambil mengangkat keningnya.

Alief tersenyum sinis. "Aku dengan Ayna? Something that you would never imagine" jawab Alief tenang sebelum dia menghayunkan kaki pergi sari situ.

"Jangan nak jaga tepi kain orang sangat" ujar Ayna pula sebelum mengikut langkah Alief. Jantung berdegup sedikit laju. Takut Rizki dapat tahu hubungan sebenar dirinya dan Alief. Matilah nak!

.
.

Pada petang itu, seperti yang disuruh cikgu Nurul, kumpulan 3 duduk di sekolah hingga petang.

Cikgu Nurul memandang satu per satu anak muridnya dengan senyuman. Dia bercekak pinggang.

"Bagus! 10 over 10" puji guru itu berpuas hati melihat semua berada di situ. Tiada seorang pun yang tinggal.

"Cikgu suruh kitaorang stayback ni nak buat apa cikgu?" soal Faris menggaru kepalanya yang gatal. Bengang jugak sebab tak dapat balik rumah.

"Semua duduk sambil pandang sesama sendiri. Alief, Faris, Ameer, Dania dan Wani di sebelah kiri, Ayna, Hasya, Iqa, Ilham dan Haris di sebelah kanan" arah guru itu tanpa menghiraukan soalan Faris.

Faris mengetap bibir. Sentap bhai. Dah biasa dah kena palau ni.

"Now, I want you guys to face each other. Now " arah guru itu lagi. Lebih tegas.

Mereka semua mengeluh. Perlahan-lahan dipusingkan tubuh menghadap orang di hadapan.

Masing-masing melawan mata. Lebih-lebih lagi Ayna dan Alief.

Cikgu Nurul berpeluk tubuh. "Now listen here carefully. Cikgu nak kamu semua cakap apa yang kamu nak cakap pada orang di hadapan. Tak kesah lah pasal apa pun, lepaskan sampai kamu puas hati" ujar guru itu.

"But! Here's the rules. Orang di hadapan tidak boleh melawan atau membangkang langsung. Tak boleh bersuara dan kena terima dengan hati yang terbuka. Faham?" Sambung Cikgu Nurul lagi.

Perlahan-lahan mereka mengangguk.

"Good. Okay kita mulakan dengan belah kanan.
Ayna, Hasya, Iqa, Ilham dan Hariz. Cakap apa yang kamu nak cakap dekat mereka."

Ayna, Hasya dan Iqa berpandangan seketika sebelum mereka menghelakan nafas.

"Hai, korang boleh tak bagi kerjasama sikit? Jangan hidup nak menyusahkan orang!" Ayna sudah memulakan serangan.

"And Dania, you know that I hate you more than you hate me right? Perangai tu jangan nak mengada sangat. Orang lain pun wujud jugak dalam kumpulan ni bukan kau seorang!" sambung Ayna berpeluk tubuh. Dia tersenyum suka apabila melihat muka merah Dania.

Marah ler tu!

"Korang bertiga, tak payah nak berlagak hebat sangat. Sekolah ni bukan bapak korang yang punya" tukas Ilham pula memandang Alief, Faris dan Ameer silih berganti.

Alief menepuk meja kuat. Dia memandang Ilham.

"Alief, no." Cikgu Nurul menggeleng perlahan sambil memandang ke arah adiknya yang sememangnya panas baran. Short temper!

Alief merengus. Kalau diikutkan, dah lama rosak teruk muka Ilham dikerjakan oleh Alief.

"Dania, tolong kawal sikit pakwe kau tu" ujar Hasya pula.

"Korang ni pentingkan diri. Asyik nak ikut cakap korang je" kata Hariz pula.

"Aku bukan lah nak sebelahkan mana-mana pihak. Tapi boleh tak korang bagi bekerjasama sikit? Jangan campurkan hal peribadi dengan kerja. Ada banyak benda lagi yang kita kena buat tau. Kalau kumpulan kita terus-terusan macam ni, sampai bila kerja kita nak habis? Bergaduh-gaduh ni untuk apa? Apa yang korang dapat kalau bergaduh? Kita buat lah drama ni elok-elok. Habis je drama, dah. Tak payah jumpa face to face dah. Tak payah nak lepak sama-sama dah, hadap muka yang kita benci. Kali ni je. Lepas habis semua. Dah bebas dah. Korang boleh faham tak?" ujar Iqa panjang lebar.

Kan dah kena ceramah.

Semua terdiam.

Cikgu Nurul tersenyum mendengar kata-kata Iqa.

"Okay, enough of that. Sekarang kita tukar." arah guru itu lagi. "Belah kiri pulak. Alief, Faris, Ameer, Dania dan Wani"

Ayna menelan air liur sambil menggaru kepalanya. Ha sudah. Mesti dorang serang balik ni. Tutup telinga jelah nak.

"Cikgu pergi tandas sekejap ye" ujar Cikgu Nurul lalu tersenyum. Semua di situ mengangguk.

"Hoi Ayna, kau bukan ketua kumpulan ni. Jadi, jangan nak berlagak macam ketua sangat." Serangan pertama sudah diberikan oleh Dania.

"Korang semua pun tak reti bagi kerjasama! Nak cakap kitaorng." sambung Dania lagi. Sempat dia menjeling wajah selamba Ayna.

"Ilham, engkau jeles eh kitaorang hot stuff dekat sekolah ni? Yang kau tak puas hati sangat asal?" ujar Faris pula.

"Iqa, saya minta maaf eh" ujar Ameer tiba-tiba. Rasa bersalah pula. Serentak Faris dan Alief menoleh ke arah Ameer. Terus Faris menyiku Ameer. Dah kenapa tiba-tiba minta maaf ni. Aduh, jatuh standard.

Iqa tersenyum.

"Berlagak bagus je sotong kering ni." ujar Ayna perlahan. Tetapi dapat juga didengari oleh Dania. Dania terus menoleh memandang Ayna.

"Apa kau cakap?" soal Dania cuba menenangkan diri. Did she just call me sotong kering?

"Ape? Aku ada cakap apa-apa ke?" soal Ayna semula. Mak aih, dengar ke minah ni?

"Aku dengar lah. Kau panggil aku apa tadi?" Dania sudah mula berdiri.

Ayna buat-buat terbatuk sambil berdiri. "Err korang, aku pergi tandas dulu eh" ujar Ayna memberi alasan.

"Eh, kau nk pergi mana tu. Jangan nak mengada."Dania melangkah mendekati Ayna.

"Gerak lu pape roger!" jerit Ayna lalu terus membuka langkah seribu melarikan diri. "Hoi perempuan!" jerit Dania juga lalu mengejar langkah Ayna.

Hasya memandang Alief. Sama juga dengan Alief. Mereka berbalas pandangan.

"Hasya, kau cari dorang. Aku pergi cari cikgu." ujar Alief. Terus Hasya mengangguk lalu dia bergerak ke kiri dan Alief ke kanan.

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience