Bab 17

Romance Series 11197

Dari mula acara makan malam sehingga lah habis licin pinggan pun Ayna masih berkeluh kesah dari tadi. Mana tak tentu arahnya, Alief dari tadi asyik merenung dirinya sahaja.

Tak reti jaga mata!

Ayna terus mengutip pinggan-pinggan di atas meja lalu dibawa ke dapur. Memang dah jadi tanggungjawabnya lah sekarang ni.

Orang dewasa semua sedang berbual sakan di ruang tamu. Termasuk cikgu Nurul. Memang tidak dia sangka langsung yang sebenarnya Cikgu Nurul itu ialah kakak kepada Alief.

Like, what?

Ayna menggeleng kepala seketika. Memang hampir luruh jantungnya tadi. Ayna menyinsing lengan bajunya lalu pili air dibuka.

Tak mahu dia pergi ke depan. Nak menghadap Alief? Puih, hadap dekat sekolah pun rasa sesak dada layan perangai dia. Inikan pula tentang mata dekat ruang tamu tu.

Ayna mula membasuh segala pinggan mangkuk yang berada di dalam singki itu.

"Rajin pulak kau tiba-tiba?"

Satu suara menegur dari belakang.

Berderau darah Ayna mendengar suara yang sangat dikenalinya itu. Dia cuma teruskan kerjanya tanpa mempedulikan Alief yang telah bersandar di tepi singki sambil menghadapnya.

Alief berpeluk tubuh. Dia memandang Ayna dari atas hingga bawah. Penampilan Ayna sedikit mencuit hatinya pada malam itu.

Kenapa comel sangat haa perempuan?? Mahu saja dia gigit Ayna yang berada di hadapannya saat itu. Ish! Alief terus menggeleng. Ingat, kau dah ada awek. Teringat pula dekat Dania. heh.

Ayna menghela nafas. Terus dia meletakkan semula pinggan di tangannya lalu dia menoleh ke arah Alief. "Kenapa kau duduk sini? Pergi depan." arah Ayna tegas. Siapa bagi kau lesen nak tenung aku buat kerja macam tu?

Alief tersenyum tidak ikhlas. "Tak nak" tukasnya sengaja mencabar kesabaran Ayna.

"Apa masalah kau sebenarnya hah tiang?" soal Ayna geram. Aku nak basuh pinggan pun tak senang. Kalau aku basuh sekali muka kau tu kang.

"Aku kan tiang. Memang tak faham bahasa kan?" sindir Alief mengangkat kening. Ayna membuat muka. Lantak kau lah. Ayna terus menyambung kerjanya.

Alief merenung lagi Ayna.

"weh" panggil Alief.

Ayna buat-buat tidak dengar. Dia cuma membuat kerjanya tanpa mempedulikan tiang di sebelah.

"woi minah" panggil Alief lagi.

Ayna masih tidak menghiraukan panggilan itu.

"Ayna!" Panggil Alief buat kali yang ketiga. bengang jugak. Terus Ayna menoleh dengan senyuman. "Tahu pun nama aku. Ingatkan kau dah lupa dah nama aku" sindir Ayna.

Alief pula membuat muka.

"Aku tak suka kau." tukas Alief tiba-tiba. Ayna mengangkat kening. "Habistu? Kau ingat aku suka kau?" balas Ayna selamba.

"Haa.. kan! Kau tak suka aku jugak kan. Aku tak suka kau, kau pun tak suka aku. Jadi, kita sama" ujar Alief lagi.

Ayna menutup pili air. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Alief. "Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?" soal Ayna membalas renungan Alief.

Alief menghela nafas. "Ayna, kau kena lari dari rumah ni" tukasnya lagi. Ayna mengerutkan dahi. "Apa kejadah kau ni?? Tiba-tiba je" balas Ayna pula.

Muka Alief berubah serius. "Aku serius. Kau kena pergi dari rumah ni. Kalau tak, hidup kau akan menderita" ujar Alief lagi. Kali ni Ayna ketawa pula. Mamat ni nak kasi mesej berantai ke apa dekat aku?

"Kau nak aku cari lawak kau tu ke??" tukas Ayna tiada masa mahu melayan lawak Alief. Alief pantas menggeleng. "Aku tak buat lawak" suara Alief naik satu oktaf.

Ayna tersentak.

"Aku serius. Kalau kau tak pergi sekarang, kau akan menderita. Kau akan menyesal." tukas Alief lagi. Ayna merenung wajah Alief. Cuba mencari maksud kata-kata Alief tadi.

"Apa yang kau cuba sampaikan ni Alief Danyel?" soal Ayna semula. Alief menguak rambutnya ke belekang.. "aku- aku tak boleh bagitau kau. Tapi kau akan tahu juga nanti."

"Walau apa pun yang terjadi. Tolong cakap kau tak setuju. Kau tolong protes" pinta Alief pula. Lagilah Ayna keliru.

"Apa kau merapu ni? Cuba cakap kasi jelas sikit! Jangan cakap macam tiang." balas Ayna pula.

Alief merenguak rambutnya kasar. Dia terus menarik bahu Ayna supaya lebih dekat dengan dirinya. Ayna tersentak. Alief mendekatkan wajahnya.

"Kau dengar sini betul-betul. Aku tak boleh bagitau apa-apa lagi. Lambat laun, kau akan tau juga tetapi walau apa pun yang nenek dan mak su kau cakap, aku nak kau cakap tak nak. Aku nak kau protes. Aku nak kau cakap tak setuju. Faham??" bisik Alief panjang lebar.

Ayna terdiam. Dia terus memandang ke tempat lain. Muka Alief menunjukkan dia sangat serius. Tak akan dia sengaja main-main dengan aku?

Apa yang dia tahu aku tak tau? Apa yang akan mak su dan nenek katakan padanya? Baru sahaja Ayna ingin membuka mulut, kedengaran seseorang berdehem.

Ayna dan Alief menoleh serentak. Pantas Alief melepaskan bahu Ayna apabila melihat kakaknya sedang berdiri tegak di pintu dapur.

Cikgu Nurul tersenyum pada Ayna. "Korang berdua pergi depan sekarang" arahnya. Sempat dia memberi isyarat pada Alief supaya berhati-hati sebelum melangkah semula ke ruang tamu. Suka-suka dia je pegang anak dara orang.

Alief memandang Ayna yang sudah menapak keluar daru dapur. Dia menghela nafas seketika sebelum mengikut langkah Ayna.

.
.

Ayna mengambil tempat di sebelah mak su manakala Alief mengambil tempat di sebelah ayahnya.

Dato' Ahmad tersenyum. Dia memegang bahu Alief. Sambil itu matanya sempat melirik ke arah isterinya.

"erhm.." mak su pula berdehem seketika. Dia memandang wajah sepasang suami itu silih berganti.

Nek Jah pula berdehem perlahan sambil melirik ke arah Ayna dan Alief.

Ayna menggaru kepalanya yang kebetulan gatal. Apa kena dengan mereka semua ni? Dipandang Alief seketika. Alief membuat isyarat jangan! Jangan apaa?

"Jadi, lepas semua dah setuju baru kita bincang betul-betul lah ye?" Datin Marziah memecahkan suasana sunyi itu. Semua mata memandang Alief.

"Alief pun dah setuju. Kita cuma perlu dengar dari Ayna saja lah ye" ujar Datin Marziah lagi. Ayna bertambah keliru. Apa kejadahnya ni?

"Err, Ayna akan beritahu keputusan dia nanti." tukas Puan Suraya terus bersuara. Ayna tidak tahu menahu lagi tentang benda ini.

Alief hanya diam mendengar.

"Kalau boleh, tak nak terburu-buru sangat" pinta Nek Jah pula.

Datin Marziah mengangguk faham. "Bukan apa. Benda elok lebih baik dipercepatkan. Lagi pun mereka satu sekolah kan. Selalu berjumpa" tukas Dato' Ahmad pula.

Semua di situ mengangguk setuju kecuali Ayna dan Alief.

"Jadi, Ayna fikir lah sebaiknya ye. Jangan serabutkan fikiran sangat" ujar Datin Marziah lagi. Ayna hanya mengangguk walaupun dia tidak tahu langsung apa yang sedang mereka cakapkan sekarang ini.

"Dah lewat ni. Kami balik dulu lah ye" Dato' Ahmad dan Datin Marziah sudah berdiri meminta diri untuk pulang. Cikgu Nurul dan Alief juga ikut berdiri.

Sebaik sahaja kereta keluarga Dato' Ahmad jauh meninggalkan kawasan rumah mereka, terus Ayna meluru ke nenek dan maksunya.

"Nek, mak su. Apa yang nenek dengan mak su bincangkan tadi? Ayna tak fahamlah"

Nek Jah dan Puan Suraya berpandangan.

"Ayna sebenarnya.."

~BERSAMBUNG~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience