BAB 6

Superhero Completed 9910

Kring!! Bunyi loceng menandakan sekolah telah tamat.

"Ha... Penatnya!" Julia mematah-matahkan jarinya.

Dia menurunkan tangannya. Tangannya terlanggar pada tangan Aria.

Tiba-tiba dia ternampak satu gambaran di hadapan matanya iaitu Aria akan
terjatuh dan diketawakan oleh semua orang.

Selepas gambaran itu hilang,mereka berjalan pulang. Aria tersepak batu
dan hampir terjatuh. Mujur Julia sempat menyelamatkannya.

"Terima kasih." Ujar Aria. Julia hanya tersenyum.

Kawan-kawannya berasa pelik.

"Kenapa asyik senyum je kau ni?" Soal Kamarul.

Tiba-tiba Julia melompat kecil. Bertambah pelik pada pandangan
rakan-rakannya.

"Kuasa aku ialah mendapat visi!" Ujarnya agak kuat.

Sahabat-sahabatnya terkejut. Betulkah?

"Bagaimana kau tahu?" Tanya Zaril.

Julia membuka mulut. "Waktu tu tangan saya terlanggar tangan Aria.
Pastu,saya ternampak yang Aira akan jatuh. Dan,ini terjadi. Mujur saya
dapat selamatkan dia."

"Wow! Cuba kat aku pula." Jerit Normala.

Julia dengan bangganya memegang tangan Normala. Terpapar satu gambaran
yang Normala akan terlanggar Tasha.

"Okey dah." Ujar Julia.

"Apa dia?" Soal Normala.

Julia membuka bicara. "Kau akan terlanggar Tasha."

"What!..." Jerit Normala. "Jadi aku harus berhati-hati." Sambungnya lagi.

Sahabat-sahabatnya menganggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience