BAB 12

Superhero Completed 9954

Kring!!

Setelah semua pelajar keluar,Kamarul menjerit. "Yeay! Rehat!"

Julia bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke meja Zaril. Selepas
itu,dia menepuk bahu Zaril.

"Zar.." Belum sempat dia menyebut nama Zaril,satu putaran video
menghiasi layar mata.

Sejurus itu,Julia terduduk. Air bertakung pada matanya.

"Kenapa ni?" Soal Aria dan Normala lalu berlari ke arah Julia.

Zaril menggaru kepalanya. 'Aku ada buat salah ke?'

Azril memukul lengan Zaril. "Kau buat apa kat dia?"

Zaril mengerutkan dahi seraya menggeleng.

Pelbagai soalan diaju pada Julia namun Julia hanya menggelengkan kepala.

Biarlah dia sendiri tahu apa visi yang dia lihat.

=====

Setelah habisnya waktu rehat,mereka berenam menuju ke kelas.

Dalam perjalanan,Julia terlanggar Alim. Namun Alim hanya beriak
bersahaja dan meneruskan perjalanan.

Sekali lagi,seperti satu putaran video menayangkan sesuatu pada layar
mata Julia.

Dan sekali lagi,Julia terduduk.

"Kenapa ni?" Soal Normala sambil menggoyangkan badan Julia.

Julia menangis teresak-esak. Sahabat-sahabatnya berasa pelik.

"Sabar,ya. Jangan nangis. Ceritakan apa yang terjadi." Pujuk Normala.
Kemudian,dia berasa lemah.

Julia menarik nafas dalam. "Alim berniat nak bakar sekolah dan..."

'Zaril akan terkorban.' Ucapnya di dalam hati.

"Dan?" Soal rakan-rakannya serentak.

Julia mengesat air matanya. "Dan,kita kena selamatkan sekolah!"

***
Setelah mendengar kata-kata Julia,mereka berenam bergegas berlari ke
bumbung sekolah.

Dan ternyata,kelihatan Alim sedang memegang pemetik api dan disebelahnya
terdapat beberapa buah tong gas.

"Alim! Jangan!" Jerit Julia dalam tangisan yang belum reda.

"Semua suka buli Alim! Alim benci semua orang.." Laung Alim.

Normala membuka mulut. "Alim.. Jangan.."

Aria menarik bahu Normala. "Jangan,kau dah lemah ni. Masih ada dua jam
lagi untuk guna kuasa."

Normala mengeluh.

"Apa perlu kita buat? Di sini tiada siapa mempunyai kuasa air." Ulas Azril.

Zaril mahu mendekati Julia namun Julia menolaknya kebelakang semula.

"Kenapa ni Julia?" Tanya Zaril,pelik.

Julia hanya tersenyum pahit sambil menggelengkan kepala.

Kamarul hanya berdiam diri sejak tadi. Tiada apa yang mahu diperkatakan
barangkali.

"Kamarul! Apa kita nak buat ni?" Soal Azril.

Kamarul mengangkat bahu. "Entah."

Julia memandang Alim. Mata mereka bertembung.

"Alim,jangan buat apa-apa." Perintah Julia dengan suara yang bergetar
apabila Alim sudah memetik api.

Alim membuat muka serius. "Alim tak kira. Tak kiralah semua orang mati
ke.. Janji hidup Alim tenang."

Julia berkata lagi. "Alim tak kisah ke masuk penjara? Alim nak
kakak-kakak ngan abang-abang mati ke?"

Alim mengeluh. "Minta maaf kakak." Dia mahu mengenakan api itu pada tong
gas tersebut.

"Kejap Alim!" Jerit Kamarul tiba-tiba.

Terhenti perbuatan Alim. Dia memandang Kamarul. "Kenapa abang?"

Kamarul membisikkan sesuatu pada Azril. Azril mengangguk.

"Alim suka adiwira tak?" Soal Azril. Alim mengangguk perlahan lalu
membuat muka cemberut.

Kamarul tersenyum. "Kalau suka,tengok ni."

Badan Kamarul bertukar menjadi lendir kemudian menyusur di hadapan Alim
lalu membentuk badannya semula.

Alim yang terkejut tidak perasan yang pemetik apinya telah diambil oleh
Kamarul.

Alim memandang mereka berenam dengan mata yang membuntang. "Kakak dan
abang semua adiwira tu?"

"Ya!" Ujar Julia lalu menghela nafas lega.

"Tapi jangan bagitahu sesi.." Belum sempat Aria menghabiskan ayat,Alim
sudah berlari meninggalkan bumbung.

Normala menepuk dahi. "Alamak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience