Mereka memasuki kelas. Semua memandang mereka dengan pandangan meluat.
Well,apabila nerd masuk,macam tulah jadinya.
"Kau orang dah siap kerja math?" Soal Julia.
Sahabat-sahabatnya mengangguk. Tiba-tiba Normala menekup mulut.
"Alamak! Saya tak siap lagi. Habislah..." Ucap Normala gelabah.
"Ayok.. Nanti kena marah dengan cikgu paling garang di dunia." Ujar
Kamarul. Keropok yang dimakan dihabiskan.
Normala mengeluarkan buku latihan. Belum sempat dia menulis
apa-apa,cikgu matematik melangkah masuk ke dalam kelas.
Selepas memberi salam,
"Baik,hantar buku latihan kamu." Cikgu itu berkata. Semua sudah kecut perut.
Semua menghantar buku termasuklah Normala. Cikgu memeriksa semua buku.
"Normala! Sini!" Panggil cikgu itu.
Normala menuju ke arah cikgu. Kecut habis perut ni.
"Kenapa tak siap?"
"Errr... Haritu... Saya demam." Katanya tergagap-gagap.
Dia memandang cikgu lama. Dalam hati dia berkata. 'Cikgu,maafkanlah
saya. Saya 'ter' tak siap. Maafkanlah... Maafkanlah...'
Tiba-tiba cikgu itu membuka mulut. "Baiklah. Jika itu alasan awak."
Normala mengangguk lalu duduk di tempatnya semula. Sejurus itu,dia
berasa lemah.
"Asal aku penat sangat ni?" Bisiknya perlahan.
Aria berada disebelahnya menyenggol lengan Normala.
"Macam mana awak buat? Cikgu paling garang pula tu. Cuba kau buat kat
aku pula?" Bisik Aria teruja.
Normala mengeluh. "Entahlah aku pun tak tahu. Aku tak boleh buat
sekarang ni. Penat sangat."
"Huh! Apa punya kuasa memujuk." Kata Aria,geram.
"Hoi!Belajarlah." Tiba-tiba suara Azril bergema dikepala Aria.
Aria berpaling memandang Azril. Kelihatan Azril sedang membuat muka serious.
"Weh,nanti kalau cikgu tanya bagi aku jawapan tau!" Ucap Aria lalu
ketawa kecil.
"Takdenya aku nak bagi. Dah! Pandang depan."
Aria mendengus. Dia berpaling ke hadapan.
Zaril yang duduk di sebelah Azril berbisik kepadanya.
"Cakap dengan adik tersayang ke?"
"Diamlah kau."
Melihat aksi cemberut Azril,Zaril ketawa besar.
Share this novel