Keesokan harinya,pelajar-pelajar nerd itu menunggu kehadiran Normala di
hadapan pagar sekolah.
"Hish! Manalah si Mala ni. Lambatnya..." Ujar Julia sambil melihat jamnya.
Aria mendekati Julia. "Weh,tolong tengok visi aku. Manalah tahu boleh
tahu yang Mala datang ke tidak.."
Julia memetik jari. "Ha'ahlah... Pandai kau." Dengan segera dia memegang
tangan Aria.
Lalu,tergambar sebuah kisah di hadapan mata Julia. Kelihatan Aria
menjerit nama Normala. Segera dia melepaskan tangan.
"Kenapa?" Soal Aria.
Julia menggosok tengkuk. "Aku nampak kau jerit nama Mala dengan muka
yang sangat panik."
"Itu je?" Soal Aria lagi. Julia mengangguk. Aria mula mengeluh.
Dari jauh,kedengaran seseorang menjerit dari arah seberang mereka.
"Hai korang!!!" Jerit Normala gembira. Dia melintas jalan tanpa melihat
kiri dan kanan.
Kelihatan sebuah kereta Proton meluncur laju dari arah kiri Normala.
Zaril mengambil timdakan drastik lalu menghampiri Normala.
"Normala!!!" Jerit Aria dengan perasaan yang amat panik.
Kereta itu semakin dekat. Zaril dengan sepontan-nya,menahan kereta itu.
Serta merta kereta itu berhenti.
Oleh kerana takut terkantoi,Zaril berlari ke tempat sahabat-sahabatnya
berdiri tadi.
Tiba-tiba Kamarul menjerit teruja. "Zaril! Dah lah kau ni tinggi,kurus
kering pula tu! Macam mana kau dapat tahan kereta tu?"
Zaril mengangkat bahu. Dia melihat tangannya.
Julia mendekati Zaril. "Awak okey?"
Zaril mengangguk. "Saya okey je... Dan,saya tak rasa apa-apa pun."
"Cakap kat Zaril yang kuasa dia ialah kekuatan!" Suara Azril bergema.
Aria merengus geram. Patutlah asyik hilang je budak ni. Main telepati pula.
"Okeylah beruk subsidi!" Marah Aria. Dia menuju ke arah Zaril.
"Zaril,Azril kata awak ada kelebihan. Iaitu,kekuatan" Ujar Aria selamba
sambil menilik kukunya.
Zaril terkejut. "Iyakah? Saya yang kurus keding ini mendapat kuasa yang
sebegitu? Humm.. Amazing!"
Julia bertepuk tangan. Hatinya berdetak hebat apabila melihat aksi Zaril
yang macho baginya.
"Korang... Jomlah masuk sekolah..." Kata Normala dan Kamarul serentak.
Lemah sahaja bunyinya.
"Woi Azril! Kau kat mana?" Soal Aria,geram.
"Hey kembar kepada beruk subsidi,aku dekat dalam sekolah."Suara Azril
bergema.
"Diamlah kau. Beruk subsidi!!" Kata Aria dengan nada marah. Tiada lagi
balasan dari Azril.
Kamarul membuka mulut. "Dah,jom masuk kelas!"
Mereka berlima masuk ke dalam perkarangan sekolah.
*****
Badan Aria digoyang laju oleh Azril. Muka Azril kelihatan risau.
"Ria!! Kau okey tak? Kenapa lemah je ni?" Soal Azril.
Aria tidak menjawab apa-apa. Dia sudah penat dibuli oleh orang. Sudahlah
di tempat yang tersembunyi. Tidak dapat menghubungi Azril pula tu.
Aria membuka mulut. "Mereka... Buli saya..."
Azril dan sahabatnya yang lain terkejut. Haiya...
Tiba-tiba muncul seorang murid lelaki dengan muka yang lebam-lebam. Oh!
Budak junior yang digelar nerd tu.
"Ya,Alim. Nak apa?" Soal Julia sambil menundukkan wajahnya.
Alim mengalirkan air mata. "Kakak. Abang. Mereka buli saya lagi!!"
Kamarul memegang bahu Alim. "Takpe. Alim pergi kelas dulu. Nanti abang
belasah diorang."
Alim mengesat air matanya lalu mengangguk kecil. Dia keluar dari kelas
tersebut.
Kamarul menuju ke pintu. Kononnya hendak keluar mencari pembuli
itu,namun dia pula terlanggar pintu.
"Kamarul!" Jerit rakan-rakannya serentak.
Kamarul membuka mata. Eh! Aku berada di luar kelas? Sedangkan pintu
tertutup.
Pintu dibuka dari dalam oleh Zaril dengan bergayanya. Dalam sekelip
mata,sahabat-sahabat lelakinya mengerumuninya.
"Macam mana awak buat? Awak boleh tembus pintu tu?" Kata Azril.
Zaril menggeleng. "Bukan,saya nampak badannya menjadi seperti jeli.
Disebabkan itu,dia dapat melepasi pintu itu dengan mudahnya."
Gadis-gadis membuat muka teruja. Kamarul puka menekup mulut menggunakan
tangan.
Share this novel