BAB 2

Superhero Completed 9910

Mereka berenam terbangun. Badan yang terasa sakit disentuh.

"Aduh... Korang tengok ni. Dah hitam warna serpihan meteor ni." Ucap
Zaril sambil menunjukkan serpihan yang baru dicabutnya dari tangan.

Aira dan Azril berpandangan. Selepas itu,mereka mencebik. Kecewa barangkali.

"Hurmm... Jomlah balik. Aku penat ni.." Ujar Normala.

Kamarul bangun. "Aku lapar!"

Julia menggelengkan kepala. "Kau ni,asyik makan,makan,makan. Mana tak
gemuk? Budak nerd gemuk? Pelik...."

Kamarul memandang Julia dengan tajam. "Apa salahnya. Jadi,kau mengaku
kau ni nerd? Hahahaha..."

Julia merengus geram. Dia menuju ke tempat mereka meletakkan basikal.

"Haish... Korang ni,baru bangun dari pengsan pun boleh gaduh lagi." Kata
Normala seraya menarik basikalnya dari celahan semak.

Azril dan Aria telah bertolak dahulu. Zaril pula menyarungkan kasut rodanya.

"Bye!" Ucap Zaril lalu meninggalkan mereka.

Normala dan Julia menunggang basikal lalu membawanya secara beriringan.

Kamarul yang berbadan besar hanya berjalan kaki. Takut jatuh basikal
katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience