BAB 14

Superhero Completed 9910

Azril berdiri di hadapan Normala. "Awak kena cuba!!"

Normala tertunduk. "Hari tu,saya pengaruh empat orang pun dah pengsan.
Entah-entah,bila saya pengaruh satu sekolah,entah apa yang jadi. Saya
fikirkan ibubapa saya tau!"

Pelajar-pelajar dan guru-guru yang berada di situ hanya menunggu.

Selepas memberi kata putus,mereka berpuas hati kerana Normala bersetuju.

Zaril memandang Julia. Wajah itu masih kelihatan mendung.

"Berusaha Normala!" Aria memberi kata-kata semangat.

"Awak sahajalah harapan kami." Kata Julia pula.

Azril berasa sedih. "Sedih pula. Kuasa telepati bukannya ada apa pun."

Aria memujuk Azril. "Takpelah.. Sekurang-kurangnya ada juga kan?"

"Korang berdua ada telepati?" Soal seorang pelajar yang sibuk mendengar
perbualan mereka.

Keadaan menjadi gamat.

"Diamlah! Kalau saya tumbuk awak semua hancur terus tau!" Hambur Zaril.

Semua mengunci mulut. Tiba-tiba kelihatan lendir-lendir bewarna coklat
melalui mereka semua.

"Ini kuasa saya. Kawan-kawan saya akan tunjukkan kuasa mereka." Ujar
Kamarul selepas membentuk badannya semula.

Semua berada disitu tercengang. Termasuklah sahabat-sahabatnya.

"Memandai je kau ni!" Jerit Julia.

"Kalau takde kuasa tu,cakap jelah!" Laung Yana and the gang dari jauh.

Julia memegang tangan seorang pelajar perempuan. "Awak akan jatuh
nanti." Beritahunya.

Beberapa saat kemudian,dia dilanggar oleh seorang pelajar lelaki dari
belakang. Kemudian,dia terjatuh.

"Saya dapat melihat visi." Ucap Julia. Keadaan menjadi gamat semula.

Azril dan Aria bermain telepati dengan pelajar lain. Keadaan menjadi
semakin gamat.

Oleh kerana sudah tahu akan kuasa Zaril,semua mata tertumpu pada Normala.

Normala tersenyum sinis. "Nak tahu?"

Semua mengangguk. Sahabat-sahabatnya sudah berlari keluar dari pagar
sekolah.

Normala memandang sekeliling. Baik,kawan-kawannya sudah tiada. Nasib
baik Alim juga berada di situ.

"Ini kuasa saya dan lupakanlah segalanya!" Jerit Normala lalu satu angin
yang kuat melintasi semua manusia yang berada di dalam sekolah.

Sejurus itu,semua yang berada di dalam sekolah tidak sedarkan diri.
Termasuklah Normala.

Selepas berasa selamat,kelima-lima pelajar yang keluar tadi mencari Normala.

"Mala!!" Jerit Aria lalu meletakkan kepala Normala ke ats pehanya.

"Dia bernafas lagi tak?" Soal Azril.

Julia mencari nadi Normala. "Fuh.. Nasib baik. Dia okey."

Semua menarik nafas lega.

Zaril memandang sekeliling. Kelihatan semua pelajar dan guru tidak
menyedarkan diri. Ini peluangnya.

"Julia." Panggil Zaril.

Julia menoleh.

"Saya suka awak." Ucap Zaril tanpa rasa malu.

Julia terkejut. Pipinya terasa panas.

"Kalau nak tahu,Julia ni dah lama sukakan awak." Secara tiba-tiba
Normala terbangun.

"Mala?!" Jerit Aria.

Normala duduk lalu ketawa kecil. "Haha. Saya kuatlah."

"Awak janganlah bagitahu!!" Marah Julia. Dia memukul bahu Normala
berkali-kali.

"Uuuuu.." Azril dan Kamarul mula menyakat.

Zaril hanya tersenyum bahagia sambil menggosok tengkuknya.

*****
Seminggu sudah berlalu. Kini,kehidupan seharian dijalankan seperti biasa.

Kuasa dan kelebihan masih digunakan namun,tiada sesiapa yang tahu.

Mujurlah mereka meletakkan kunci pada beg masing-masing.

Julia dan Zaril pula sudah digelar 'couple'.

Sejak itu,mereka telah disytihar oleh mereka sendiri sebagai adiwira.
Adiwira yang skema.

"adiwira skema!!" Jerit mereka berenam serentak lalu bergerak pantas menjalankan tugas menjaga keamanan dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience