Mereka berenam berlari menuju ke kelas. Kena kejar mungkin.
Setelah memasuki kelas,Zaril menutup pintu. Mereka bernafas
termengah-mengah.
"Datang ke sekolah je dah kena kejar dengan pembuli." Ujar Azril sambil
mengelap peluhnya.
Sahabat-sahabatnya mengangguk.
Tiba-tiba kedengaran ketukan kuat pada pintu kelas.
"Hei!! Bagi saya masuk!!" Jerit Kamarul dari luar.
Zaril menepuk dahinya. "Aduh! Lupa pula pasal Kamarul."
Ketiga-tiga gadis itu berlari kebelakang kelas. Kedua-dua jejaka itu
berasa pelik.
Mereka memandang pintu. Kelihatan lendir yang bewarna coklat memasuki
kelas melalui bawah pintu.
Azril pula menepuk dahinya. "Berapa kali saya nak cakap,itu Kamarul lah!"
Lendir-lendir tadi sudah bertukar rupa kepada Kamarul.
Kamarul melepaskan nafas lega. "Nasib baik pembuli-pembuli tu tak nampak."
Julia membuka mulut. "Boleh tahan pembuli-pembuli tu. Semua lelaki."
Aria dan Normala berpegangan tangan. Bersungguh-sungguh mereka mengangguk.
Melihat muka Julia yang kelihatan berseri-seri,Zaril berasa amat cemburu.
Dia menumbuk sebuah meja. Kemudian,meja tersebut pecah kepada dua.
Julia menekup mulutnya. "Zaril! Itu meja saya!!"
Zaril tidak mempedulikan kata-kata itu. Kemarahan menguasai dirinya. Dia
hendak menumbuk dinding pula.
Normala segera berlari ke arah Zaril.
"Awak,jangan marah. Tenang setenang air.." Ucap Normala.
Selepas itu,Zaril menjadi tenang. Dia duduk di kerusinya sambil mengurut
kepala.
Azril dan Kamarul pula menukarkan meja Julia dengan meja orang lain.
Normala terduduk. "Aduhai.. Penatnya.."
Aria mendapatkan Normala. "Waktu macam nilah awak nak gunakan kuasa."
Julia menghampiri Aria dan Normala. Normala hanya tersenyum lemah.
"Saya okey." Ujarnya lalu berdiri. Dia berjalan ke tempatnya dengan
langkah yang longlai.
Selepas mereka berenam duduk ditempat masing-masing,pelajar-pelajar lain
mula memenuhi kelas.
Julia merenung Zaril yang sedang duduk,lama.
'Zaril,adakah kau cemburu?'
Share this novel