BAB 1

Superhero Completed 9954

Mereka berenam ialah satu kumpulan yang digelar 'nerd'. Tidaklah
sepopular gadis-gadis yang gedik. Namun,hanya popular di kalangan guru.

Perbahasan? Mereka yang masuk. Syarahan? Mereka yang berhujah. Kuiz?
Pastinya mereka yang jawab. Assignment? Memang merekalah yang siap.
Kepandaian? Semestinya itulah kehebatan Mereka.

Tapi,kebanyakan daripada mereka ialah bermata empat. Oleh disebabkan
itu,mereka dipandang serong dan digelar 'nerd'.

Sebelum ini,mereka tidaklah pandai mana. Kelas pun lain-lain. Pada waktu
tingkatan satu dan dua umpama neraka pada mereka. Pada peperiksaan
PMR,mereka belajar bersungguh-sungguh. Pada tingkatan empat,mereka
ditempatkan satu kelas.

Mereka selalu juga dibuli tetapi apabila mereka berkumpulan,tiada siapa
berani mengganggu mereka.

Tapi,ada seorang junior mereka ni,digelar 'nerd' juga. Namun,tidaklah
mempunyai kumpulan seperti mereka. Dia sering dibuli dan dicaci. Oleh
itu,dia menjadikan mereka sebagai idola.

Mereka semua mengambil sains tulen dan amat meminati sains.

Sampailah semasa meteor jatuh.

"Korang! Ramalan aku,malam ni ada meteor jatuh!" Ujar Kamarul
bersungguh-sungguh.

Julia memandangnya. "Serious?" Kamarul mengangguk laju.

Azril memandang kembarnya,Aria. Mereka tersenyum.

"Jom ambil serpihan dia. Macam yang kita selalu buat." Kata Zaril,bangga.

"Jom! Sebelum pihak muzium ambil." Ajak Normala.

Selepas habis persekolahan,mereka bergegas ke tempat yang dirancang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience