BAB 10

Superhero Completed 9910

Sudah berminggu-minggu lamanya mereka melakukan tugas ini. Pelajar
tertinggal buku,pelajar kena marah,pelajar kena denda,pelajar kena buli
dan bermacam lagi. Semua mereka yang tolong!

Tapi,Julia dapat merasakan seuatu yang tidak baik akan berlaku pada hari
ini.

"Weh.. Bagi tangan kau." Ujar Julia sambil menarik tangan Normala kasar.

"Sakitlah!" Adu Normala.

Aria memukul tangan Julia perlahan. "Tak baiklah buat camtu..."

Tertunduk Julia dibuatnya. "Sorry..." Ucapnya.

Normala mengusap tangan Julia. "Dah. Guna kuasa kau tu cepat."

Julia mengangkat kepala. Matanya kelihatan bersinar.

Terpapar satu imej di layar mata Julia. Selepas lima minit,dia tersenyum
sinis.

Julia bangun. "Korang,jom ikut aku. Kita kena sedia."

Aria menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kenapa?"

Julia menggamit. "Nanti aku cerita."

=====

Yana dan sahabat-sahabatnya berjalan sambil melambai ke arah
pelajar-pelajar lain yang disangkanya 'peminat.'

Guru-guru hanya menggelengkan kepala. Tidak tahu untuk berkata apa-apa
lagi.

Yana berjalan tergedik-gedik sambil membawa beg yang hanya dipenuhi
dengan alat solek. Tapi,mereka berada di kelas kedua. Kenapa pandai
sangat? Diorang ni meniru ke?

Apabila berselisih dengan pelajar popular yang lain,muka bengis
ditayangkan. Walhal,pelajar-pelajar itu hanya menayangkan muka selamba.

Mereka berempat berjalan sehinggalah bertembung dengan Julia yang sedang
membelek buku sambil duduk di kerusi yang disediakan.

Yana mendekati Julia lalu menolak bahu Julia,kuat. Julia meletakkan
bukunya disebelah lalu mengangkat kepala.

"Nak apa?" Soal Julia dalam nada yang malas.

Yana berdehem. "Kitorang berempat dah download Smule semalam."

Julia mengangkat bahu. "So?"

Pia bercekak pinggang. "Jadi,let's do a challenge."

Julia masih berkelakuan biasa. "Okey."

Tasha dan Laira panas hati. Tidak sangka pula Julia menerima cabaran itu.

Yana mengeluarkan handphone -nya. Lagu 'Drag Me Down' dipasangkan.

Beberapa minit kemudian,suara mereka memenuhi ruang. Pelajar-pelajar
lain berkumpul di tepi mereka semua.

Julia tersenyum kelat. 'Boleh tahan sangat suara diorang ni. Takpe,kami
boleh buat. Gambate!'

Selepas menghabiskan nyanyian,mereka berempat menunjukkan muka mengejek.

"Your turn." Ujar Yana.

Julia memetik jari. Normala dan Aria muncul disebelahnya. Keempat-empat
gadis gedik itu ternganga.

"It's my turn." Ujar Julia.

Kini,lagu beribu sesalan dinyanyikan dalam rupa acapella.

Terlopong Yana dan sahabat-sahabatnya. Hebatnya!

Apabila sampai pada bahagian yang perlu dinyanyikan tinggi,Aria
mengambil bahagian. Wow! Meremang bulu roma.

Tamat sahaja nyanyian,bunyi tepukan yang gemuruh dari para pelajar
menggembirakan hati ketiga-tiga gadis itu namun,tidak bagi keempat-empat
gadis itu.

Julia,Normala dan Aria tersenyum puas.

Julia membuka cermin matanya. Dia meletakkan cermin mata itu diatas
tangan Tasha.

"Ini hadiah kau kerana kalah." Ujarnya. Kening kiri dijongketkan.

Julia berpaling dan berlalu pergi lalu diikuti sahabat-sahabatnya.

Pelajar-pelajar perempuan bersorak gembira manakala pelajar-pelajar
lelaki terlopong. Cantiknya Julia!

Yana menggenggam erat cermin mata itu. Sahabat-sahabatnya pula masih
tercengang kerana tidak percaya akan kekalahan itu.

=====

"Julia,kau tak pakai cermin mata?" Soal Zaril. Dia berasa kagum.

Kamarul yang berada di sebelahnya hanya bersikap bersahaja. Azril pula
menggosok matanya berkali-kali.

Aria berkata. "Kalau Azril yang buka cermin mata,mesti lawak gila.
Hahahhahaha.."

Azril mengetap bibir. Ada-ada saja si Aria ni.

Julia hanya tersenyum manis. "Tidak perlu. Kini,ayah saya membelikan
saya kanta lekap."

"Oooo..." Ucap sahabat-sahabatnya.

Tiba-tiba Normala berasa rendah diri.'Kayanya..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience