BAB 13

Superhero Completed 9910

Mereka mengejar Alim sehinggalah tiba di koridor sekolah. Kelihatan
ramai pelajar mengrumuni mereka berenam. Alim terus hilang dari pandangan.

"Ke... Kenapa ni?" Soal Zaril.

Tiba-tiba muncul empat orang pelajar lelaki sedang memegang suit dan
topeng adiwira mereka.

"Apakah?" Ucap mereka berenam serentak.

Seorang pelajar membuka bicara. "Sebenarnya..."

Flashback

Saya dan kawan-kawan masuk ke kelas korang berenam sebab berniat nak
mencuri. Lagi-lagi Julia sebab dia kan kaya.

Tapi,bila kitorang buka je beg korang,kitorang ternampak baju adiwira
yang selalu menyelamatkan pelajar di sekolah.

Oleh itu,kami menghebohkannya pada satu sekolah.

*Flashback end*

Semua pelajar-pelajar di situ memandang mereka dengan muka yang
berseri-seri.

"Oleh itu,betulkah kamu berenam adiwira bertopeng tu?" Soal seorang
guru lelaki yang bersandar pada dinding.

Mereka berenam terdiam.

"Kalau ya,bagitahu kami macam mana kamu dapat kuasa?" Soal Seorang
pelajar perempuan yang tidak bertudung.

Mereka berenam masih mendiamkan diri.

Seorang pelajar lelaki yang sudah kehilangan kesabaran,menyerang mereka
berenam.

Segera Zaril menghalang. Pelajar tersebut terlanggar Zaril lalu
terjatuh. Zaril tidak terjatuh malah,masih berdiri dengan stabil.

Mereka semua bertepuk tangan dan bersorak. Zaril berasa terkilan kerana
sahabat-sahabatnya memandangnya dengan renungan tajam.

"Jadi betullah kamu adiwira bertopeng itu!"

"Saya nak tandatangan!"

"Bagitahu saya macam mana kamu dapat tolong saya masa tertinggal buku
hari tu?"

"Macam mana korang dapat kuasa."

"Sudah!!" Jerit Julia. Semua yang berada disitu terdiam.

Kamarul mencairkan dirinya lalu memasuki ke dalam kelas berdekatan
melalui bawah pintu.

'Cis!' Getus hati Azril.

"Aria,beritahu Normala yang dia sudah boleh menggunakan kuasanya kerana
sudah cukup tiga jam."

Aria memandang Azril lalu mengangguk perlahan.

"Normala,sudah cukup tiga jam." Bisik Aria.

"Jadi?" Bisik Normala kembali.

"Awak kena pengaruh satu sekolah supaya melupakan apa yang terjadi."
Bisik Julia pula.

"Satu sekolah?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience