BAB 7

Superhero Completed 9910

"Hey! Hati-hatilah sikit!" Marah Tasha. Sahabat-sahabat gediknya hanya
bercekak pinggang.

Normala memandang lantai. "Maaf.." Ucapnya perlahan.

Pelajar-pelajar nerd yang lain hanya mendiamkan diri. Takut untuk masuk
campur.

Sedang Normala mengunci mulut,satu simbahan air terkena padanya. Serta
merta dia mengangkat muka.

Kelihatan Pia sedang memegang botol air. Laira dan Yana pula bertepuk
tangan sambil tergelak sakan.

Kemarahan Normala memuncak. Dia memandang mereka semua dengan tajam.

Tiba-tiba group pelajar-pelajar gedik itu mengambil botol dan menyimbah
sesama sendiri.

"Hey! Basahlah I!" Marah Pia kepada Tasha.

"Apa pula. Laira yang siram dulu kat I!" Marah Tasha semula.

Laira menghentakkan kakinya berkali-kali. "You lah ni! Habis kotor baju
baru I."

Yana membuat muka geram. "Why? I'm the leader. So,korang semua tak ada
hak nak marah-marah I."

Bla,bla,bla. Mulalah perang mulut.

Selepas menggunakan kuasanya,Normala rebah.

"Apa dah jadi ni?!" Jerit Aria.

Julia meletakkan kepala Normala ke atas pehanya. "Aduhai.. Sudah pukul
tiga. Nanti mesti mak aku marah sebab balik lambat."

Zaril membuka mulut. "Dia dapat mempengaruh empat orang sekali gus!
Biasanya dia hanya mempengaruh seorang sahaja. Sebab tu dia hanya penat.
Kali ini,dia pengsan sebab menggunakan tenaga yang banyak."

"Ooo.. Macam tu.." Kamarul berkata dengan mulut yang penuh.

Aria memandang sekeliling. "Eh! Mana Azril?"

"Woi!! Aku kat sini!!" Suara Azril bergema di dalam kepala Aria.

Aria memandang di satu sudut taman. Kelihatan Azril sedang
melambai-lambai kepadanya.

Aria bercekak pinggang.
"Kau buat apa kat situ?"

"Saja nak tengok. Boleh tak kita berkomunikasi dari jauh."

"Dah! Mari sini. Tolong kami. Ketuk kepala tu kang."

"Yelah-yelah...."

Azril menuju ke arah mereka. Aria dan Julia bersedia untuk memapah
Normala ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience