Pada waktu rehat,mereka menuju ke perpustakaan bersama-sama.
Aria melompat di hadapan Normala. "Okey,guna kuasa kau sekarang."
"Kuasa apa?" Soal Kamarul.
Aria menceritakan dari awal. Dari mana Normala kecut perut. Hahaha....
Normala mengeluh. "Baik. Tenaga saya dah ada ni."
Normala mempengaruhi Aria untuk memeluk Azril. Tiba-tiba Aria
betul-betul memeluk Azril.
"Hey! Kenapa awak peluk saya?" Marah Azril.
Aria melepaskan pelukan. "Saya tak berniat... Normala?!!" Jeritnya.
Normala tergelak kecil lalu terduduk. Dia memicit kepala.
"Aduh! Saya penat."
Julia yang memerhati Normala dari tadi membetulkan kaca mata. Walaupun
seorang yang kaya dan cantik,namun disebabkan kehadiran kaca matanya,dia
dipandang serong.
"Ehem. Dari awal saya perhatikan awak. Awak akan penat apabila
menggunakan kuasa. Awak juga dapat memulihkan semula kuasa selepas tiga
jam. Itu mengikut kiraan saya." Hujah Julia.
Semua terlopong. Lamanya!
"Aduh! Lamanya!" Normala mengeluh.
"Sekurang-kurangnya awak ada kuasa. Daripada kami ni...." Ujar
Kamarul,Julia dan Zaril serentak.
Tiba-tiba kedengaran orang bertepuk tangan dari arah belakang. Mereka
semua berpaling.
"Wah,wah,wah. Kuasa? Hahahaha.... Hey! Korang tak sesuailah cakap
aku-kau. Baik cakap saya-awak je. Hahahhaha...." Ejek Yana and the gang.
Yana,Laira,Pia dan Tasha. Semua budak-budak gedik yang popular. As known
as,pembuli pelajar nerd.
Aria berbisik pada Normala. "Gunalah kuasa pengaruh awak tu."
"Awak tahu tak saya nak kena guna bila? Tunggu sampai tiga jam tahu
tak!" Marah Normala.
Yana berpeluk tubuh. Dia membuat muka cemberut. Mungkin sebab tak dapat
perhatian.
"Bisik apa laginya?" Katanya garang.
Kamarul menyandarkan diri ke dinding. "Diamlah. Korang bla lah."
Yana terkejut kerana digertak sebegitu. Dia dan kumpulannya berpaling
lalu berjalan tergedik-gedik.
"Hurmm... Hari ni dah tahu dua kuasa. Lepas ni,apa lagi?" Soal Zaril
perlahan.
Share this novel