BAB 9

Superhero Completed 9910

Sejak mereka semua memperoleh kuasa,mereka membantu ramai pelajar.
Namun,pemakaian topeng oleh mereka menyebabkan pelajar
tertanya-tanya,siapakah mereka?

"Awak tahu tak siapa adiwira bertopeng yang selalu bantu murid-murid
kat sekolah ni?" Soal seorang murid perempuan pada Aria.

Kembang kuncup hidung Aria kerana adiwira bertopeng itu adalah mereka
sendiri.

Aria mengangkat bahu. "Entahlah. Saya pun tak tahu."

Murid perempuan itu mengeluh.

"Kenapa? Awak minat mereka kah?" Soal Aria. Murid perempuan itu
tersengih lalu mengangguk perlahan.

Aria tersenyum. "Awak buatlah apa-apa untuk berjumpa dengan mereka."

Murid perempuan itu tersenyum sambil mengangguk perlahan. Dia menepuk
lembut bahu Aria. "Terima kasih." Ucapnya lalu berlalu pergi.

Aria tersenyum manis. "Sama-sama."

"Aria! Ke tempat persembunyian sekarang. Adamurid terkurung di
dalam bilik stor."

Aria tersenyum. "Baik!"
**

Selepas memakai topeng dan pakaian,mereka menuju ke bilik stor.

Mereka berbincang lalu menyarankan supaya Zaril melakukan pencabutan pintu.

Zaril menarik pintu tersebut. Maka tercabutlah pintu itu. Kelihatan
seorang murid lelaki di dalamnya. Eh! Itukan... Alim.

Alim keluar dengan pakaian yang kotor.

Normala memegang bahu Alim. "Al... Adik,kenapa boleh jadi macam ni?"

Murid tingkatan dua yang berbadan kecil itu membuka mulut. "Kakak
bertopeng.. Saya kena buli lagi. Mereka tolak saya masuk ke dalam stor.
Pastu,diorang kunci."

Normala melepaskan pegangan. "Dah.... Jangan sedih ya."

Aria menarik tangan Normala. "Jangan! Nanti kau lemah kalau pujuk dia."
Bisiknya.

Normala membalas bisikan itu. "Habistu,bila aku nak guna kuasa aku ni har?"

Aria tersengih. Julia melutut memandang Alim.

"Adik jangan nangis ya? Kakak yakin kami boleh lindungi adik. Dah. Kamu
ke kelas,ya?" Pujuk Julia.

Zaril,Azril dan Kamarul hanya menonton.

Alim mengangguk kecil. Sebelum dia pergi,dia berkata. "Terima kasih.."

Mereka berenam tersenyum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience