BAB 3

Superhero Completed 9910

Pagi itu,mereka ke sekolah dengan badan yang lemah kerana tidak cukup
tidur. Kesian...

"Badan aku sakit-sakitlah. Tapi,lepas aku cabut serpihan meteor tu dari
badan,luka tu terus sembuh. Pelik bukan?" Ujar Normala.

Kamarul yang sedang makan donat berkata. "Aku pun. Kena kat perut pula tu."

Julia berasa pelik akan Azril yang seperti sedang mencari-cari sesuatu.

"Azril,awak cari apa?" Soal Julia.

Azril menggaru kepala. "Kau nampak Aria tak? Hilang ke manalah dia tu."

Zaril menggeleng. Julia mengangkat bahu. Normala pula mencari-cari dan
Kamarul masih dengan donatnya.

"Kawan-kawan,tolong aku"

Azril terdiam. Seperti suara Aria,tapi di mana,ya?

"Azril,kau okey?" Tanya Zaril sambil memegang bahu Azril.

Azril terkejut. Dia cuba menghubungi Aria menggunakan minda.

"Aria? Kau di mana?"

"Azril? Saya di belakang pokok besar."

"Kawan-kawan! Aku mendapati bahawa Aria berada di belakang pokok besar.
Dia kena buli!" Jerit Azril tiba-tiba.

Sahabat-sahabatnya terkejut.

"Macam mana kau tahu?" Soal Normala.

"Entah!"

Mereka semua bergegas ke belakang pokok besar yang berada dihujung
padang sekolah.

"Hey! Apa awak semua buat dengan kawan kami?" Jerit Kamarul apabila
sampai di sana.

Pembuli-pembuli itu terkejut. Dia melepaskan genggaman dari baju Aria.
Segera mereka berlari meninggalkan tempat itu.

Azril berlari ke arah Aria lalu memeluknya.

"Aria,kau okey?" Soal Azril. Aria hanya tersenyum.

"Aku okey je..."

"Macam mana korang boleh berhubung macam tu je? Korang ada telepati?"
Kata Zaril.

"Biasalah... Kalau kembar,semua boleh." Ujar Julia sambil membuat muka
sombong.

Aria menggeleng. "Aku cuma cakap aje. Tiba-tiba aku terdengar suara
Azril dalam otak aku."

Azril pula mengangguk. Kawan-kawannya menarik nafas bising.

"Mungkin kesan sampingan dari serpihan meteor biru itu kot? Jadi,kita
pun pasti ada kelebihan seperti mereka!" Ujar Normala bersungguh-sungguh.

"Apa?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience