Bab 6: Hot Chocolate

Romance Completed 155761

Hanis mengerdipkan matanya beberapa kali. Bungkusan pad yang baru sahaja dihantar oleh Mak Idah direnung dalam. Sebenarnya, dia kembali bingung memikirkan cara pemakaian pad itu. Memang Mak Idah ada mengajarnya tadi, tapi, Hanis berasa kekok untuk menggunakan pad kerana sudah terbiasa dengan kain selama ini.

TOK! TOK! TOK! Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk dari luar. Hanis meletakkan semula bungkusan pad itu di atas katilnya lalu melangkah ke daun pintu.

"Aunty, masuklah." Pelawanya kepada Rose yang sedang tersenyum manis. Di tangan wanita itu terdapat satu mug kaca.

Rose meletakkan mug kaca itu di atas meja sebelum melabuhkan punggungnya di atas katil Hanis. Cadar baru yang terbentang rapi di atas katil itu dipandang lama.

"Cantik kan cadar ni? Aunty suka sangat..." Ujarnya sambil meraba corak bunga yang menghiasi cadar. Hanis lantas menggangguk, menyetujui kata-kata Rose.

"Eh, kenapa tak berusik lagi? Kamu dah pakai ke pad yang Mak Idah beri tadi?" Soal Rose sambil membelek bungkusan pad yang masih belum digunakan. Hanis menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Belum lagi aunty." Jawabnya dengan nada perlahan.

"Lah, kenapa belum pakai lagi? Kalau bocor nanti, kan susah..." Rose memandang hairan wajah Hanis.

"Hanis...Hanis tak reti guna." Balasnya sebelum tertunduk malu.

"Lah, Mak Idah tak ajarkan ke cara pakai pad tu ke kamu?" Hanis hanya mengganggukkan kepala. Wanita tua itu memang ada mengajarnya tadi. Cuma, dia yang tidak pandai lagi.

"Habis tu?" Rose masih menatapnya bersama kerutan di dahi.

"Hanis lupa. Lagipun, pad tu ada pelekat. Hanis tak tahu nak lekat dekat mana. Kedudukan dia pun Hanis kurang faham." Jawabnya dengan jujur. Rose langsung menarik senyum lebar.

"Takpe, mari sini aunty ajarkan. Hanis buka dulu bungkusan ni, lepas tu bawak keluar satu." Hanis lantas melakukan apa yang disuruh oleh Rose.

"Hanis cabut perlahan-lahan sticker pelekat di belakang. Nampak tak dia ada bentuk yang berbeza dekat setiap penghujung tu?" Hanis menggangguk lagi.

"Hujung yang lebar dan besar tu, perlu ditampal menghala ke belakang. Maknanya, dia perlu berada di bahagian punggung. Manakala, hujung yang kecil dan sedikit tirus tu, perlu berada di depan. Sekarang, Hanis boleh lekatkan dulu pad tu pada mana-mana seluar dalam yang Hanis nak guna nanti." Hanis tersenyum lega. Nampaknya, ia tidaklah serumit yang disangkakan. Mudah je rupanya.

"Nasib baik takde sayap tau...kalau tidak, makin bertambah pening Hanis nanti." Rose mengekek suka sebelum menampar lengan Hanis yang sedang terpinga-pinga melihat ke arahnya. Sayap?

Pada malam itu, Mikael terbaring di sebelah Hanis dengan wajah bekunya. Nampak bengang dan tidak puas hati kerana kehendaknya tidak dapat dipenuhi malam ini.

"Berapa lama lagi kau kena cuti ni?" Soalnya dengan sebal.

"Selalunya seminggu. Hari ni, hari kedua." Balas Hanis sambil mengurut lengan suaminya.

"Atas sikit. Hah, situ, situ. Picit je, tak perlu urut." Arah lelaki itu dengan mata yang terpejam rapat. Menikmati picitan Hanis pada bahunya yang lenguh.

"Tuan, bila Hanis boleh berjumpa dengan Abang Badrul?" Darah Mikael terasa menggelegak tiba-tiba . Sontak dia menoleh ke arah Hanis.

"Apasal kau nak jumpa dia?" Nadanya naik seoktaf. Dia tidak suka nama Badrul disebut-sebut selepas insiden itu.

"Hanis kena bayar hutang dia. Hanis takut dia cari Hanis nanti. Lagipun, kan berdosa kalau kita tak bayar hutang orang..." Balasnya takut-takut. Kepala menunduk, tidak berani bertentang mata dengan Mikael.

"Tak perlu bayar hutang bapa ayam tu. Dia pun tak akan cari engkau lepas ni." Katanya dengan tegas. Dia kembali baring di tempatnya tadi.

BUB!!!

"Sakit! Jangan..." Rayu Badrul sambil memegang pipinya yang baru ditumbuk Mikael. Darah menitik keluar dari rongga hidungnya. Lelaki itu meringis kesakitan.

"Nah, kutip duit kau! Rasanya, setakat tukar skrin handphone, takdelah sampai cecah puluh ribu. Kalau ya pun nak tipu orang, cerdiklah sikit." Beberapa keping not RM100 dilemparkan ke muka Badrul sebelum beredar dari situ.

********

"Selamat pagi bos." Sarah, setiausaha Mikael mengekori langkah majikannya itu dari belakang.

"Sarah, what's new for today?" Matanya melilau memeriksa keadaan dalam bilik pejabatnya. Kemas dan teratur. Haruman lavendar yang mengisi ruang itu disedut perlahan. Fikirannya terasa tenang seketika.

"So far, bos ada meeting dengan Dato' Azrul je untuk hari ni. Tu pun, pada pukul 2 petang nanti." Tablet masih setia di tangan. Segala atur cara dan jadual kerja Mikael tercatat di situ.

"Okay." Mikael duduk di atas kerusinya.

"Bos nak apa-apa? Breakfast or coffee?" Sarah bertanya sambil menekan butang 'off' pada tablet.

"Saya nak hot chocolate. Kasi kaw, manis dan pekat." Kening Sarah bercantum. Selalunya, Mikael akan meminta kopi tanpa gula, ataupun, bihun goreng sahaja untuk sarapan.

Tanpa banyak soal, Sarah menggangguk faham sebelum keluar dari bilik Mikael. Dia kemudian menuju ke pantri lalu membancuh air coklat panas seperti yang dipesan oleh bosnya.

Flashback

"Hot chocolate for a sweet girl." Mug berisi coklat panas itu diletakkan di hadapan Hanis. Rose tahu Hanis sangat sukakan minuman itu.

"Mama, untuk Mika takde?" Air dalam mug Hanis diperhati.

"Kamu kan dah besar Mika. Buatlah sendiri. Dekat dapur tu dah ada serbuk hot chocolate. Tinggal nak bancuh aje. Tak perlu letak gula ke apa." Rose mengambil tempat di sebelah Hanis. Rambut lurusnya dibelai lembut.

"Hot chocolate kaw, manis dan pekat is ready!" Sarah meletakkan air yang baru dibancuhnya di atas meja.

"Thanks. Kamu dah boleh keluar sekarang." Seperti biasa, Sarah menggangguk faham sebelum meninggalkan Mikael menikmati air coklat panasnya.

"Hurm, not bad." Bisiknya lalu mencicip lagi air itu. Entah kenapa, dia teringin mencuba minuman ini kerana Hanis. Mikael bukanlah peminat makanan manis. Apatah lagi minuman-minuman yang tinggi gula seperti ini. Dia lebih gemar mengisi perutnya dengan kopi tanpa gula dan bihun goreng sahaja. Itu lebih daripada cukup untuk memulakan harinya dengan bertenaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience