Bab 1: Salah Faham

Romance Completed 155761

"En...encik, saya nak guna tandas, boleh?" Pintanya dengan perlahan. Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Hanis membuka mulut. Dia ingin membersihkan diri lalu solat sebelum beredar dari situ.

Rasanya, dia masih boleh menumpang buat beberapa hari lagi di rumah kebajikan sebelum mendapat kerja.

Mikael yang sedang membelek telefon bimbitnya tersentak dengan suara itu. Serta merta wajah kusutnya berubah bengis. Barang-barang perhiasan yang tersusun rapi di atas meja dilempar jatuh ke atas lantai sehingga pecah berderai.

Hanis mula panik. Kaki automatik berundur ke tempat asalnya tadi. Berdiri tegak di tepi katil sambil menundukkan pandangan ke bawah. Jantungnya berdegup laju melihat Mikael yang sedang menghampirinya bersama renungan tajam.

"Kau perangkap aku kan?! Cakap...siapa yang upah kau?!" Kelopak mata sontak terpejam rapat apabila bahunya digoncang oleh lelaki itu. Dia menggelengkan kepala, cuba menidakkan lagi dan lagi tuduhan Mikael. Sungguh dia berasa penat diperlakukan seperti itu.

Tubuh genitnya terhuyung-hayang ditolak kasar oleh Mikael. Kerana tidak mampu mengimbangi diri, Hanis akhirnya jatuh terduduk di atas katil. Lidahnya kelu untuk menceritakan perkara sebenar kepada lelaki tersebut. Akan percayakah dia pada ceritanya?

"Panasnya, Ya Allah. Dekat mana lagi nak cari kerja ni? Boleh lagi ke menumpang di rumah kebajikan? Lagi 2 minggu Hanis dah masuk 18 tahun." Gadis itu mengibas-ngibas kain tudungnya, sambil melirik ke kiri dan kanan jalan. "Hausnya..." Peluh yang menitik ke dahi dilap dengan lengan baju.

Akhirnya, Hanis duduk berehat di sebuah bangku panjang yang terletak tidak jauh dari gerai makan. Dahinya berkerut kala bau haruman makanan menyapa rongga hidungnya.

Tangan mula menyelongkar poket seluar. Berbaki beberapa puluh sen sahaja lagi. Mustahil dia dapat membeli air balang yang dijual di gerai tersebut kerana tanda harga yang tertera di situ adalah RM2, sedangkan dia cuma mempunyai 60 sen sahaja.

Pada masa yang sama, perutnya juga berkeroncong minta diisi. Tekaknya juga perit kerana belum menjamah apa-apa sejak pagi. Seusai menunaikan solat subuh, dia terus bertolak ke bandar berbekalkan RM2.

Hanis melirik sekilas ke arah gerai yang sama. Para pelanggan mulai berkerumun, menunggu giliran untuk membeli makanan pilihan mereka. Ketika itu, mata bundarnya melekat pada beberapa orang gadis yang sedang khusyuk menikmati mi goreng mereka.

Tidak semena-mena, tubir matanya basah. Menangisi nasibnya yang tidak mampu membeli air minuman buat menghilangkan dahaga.

Dada yang sedang berombak kencang itu, diurut perlahan. Hanis bingkas berdiri lalu cepat-cepat melangkah meninggalkan kawasan itu. Takpe, balik nanti, boleh makan roti. Sabar ya. Pujuk hati.

BUB!

"Ya Allah, maaf cik...maaf saya tak sengaja." Mata tertumpu pada skrin peranti canggih berbentuk segi empat tepat yang sudah retak di atas tanah.

"Habis phone aku. Sorry kau kata? Kau kena ganti sekarang jugak!" Bentak perempuan asing itu. Orang awam yang lalu lalang di sekitarnya, mula memerhatikan mereka berdua.

"Hei, kau pekak ke apa?! Aku nak kau ganti balik phone aku ni." Ada satu simbol kecil di belakang telefon bimbit itu. Seperti buah epal yang digigit separuh. Hanis membuntangkan matanya. Ini pertama kali dia melihat peranti sebegitu dalam hidup.

Pasti harganya sangat mahal, jika tidak, mana mungkin perempuan itu sanggup meninggikan suaranya di khalayak ramai.

"Eee, aku..." Belum sempat tamparan itu hinggap ke muka Hanis, muncul satu tangan yang menghalangnya. Wanita itu tergamam seketika sebelum cuba menarik tangannya dari genggaman lelaki tersebut.

"Janganlah marah-marah cik. Tak baik. Kan budak ni tak sengaja." Senyuman terpaling manis ditayangkan. Mata miang itu tidak lepas dari menjamah bentuk tubuh wanita di hadapannya. Takdelah lawa mana jika dibanding dengan gadis di sebelahnya ini.

"Hei, peduli apa aku! Sengaja ke tak sengaja ke...ingat aku beli phone ni guna air liur? Mahal tau tak? Aku tak kira...suruh budak ni bayar jugak. Kalau tak aku repot polis." Hanis yang sejak tadi menunduk malu, sontak mengangkat kepalanya.

"Cik...tolong maafkan saya. Saya akan bayar ganti rugi cik, tapi bukan sekarang. Saya...saya takde duit. Saya ada ni je..." Tanpa segan silu, dia mengeluarkan beberapa keping duit syiling dari dalam poket seluarnya lalu menghulurkannya kepada wanita itu.

"Eh, takpe...takpe. Okay macam ni. Biar saya yang bayarkan ganti rugi untuk phone cik tu. Macam mana?" Hampir terjatuh rahang Hanis dibuatnya. Apa dia tidak salah dengar? Tidak mungkin. Apa yang dikatakan oleh lelaki itu sangat jelas pada pendengarannya. Walaupun ragu-ragu dengan tujuan lelaki itu, namun Hanis terpaksa menutup mulut. Mana tahu, dia memang ikhlas membantu.

"Apa-apa jelah. Janji bayar." Nada tegangnya mula mengendur.

"Lain kali jalan, tengok depan." Dia menjeling tajam ke arah Hanis sebelum melangkah pergi dari situ. Berkat pertolongan lelaki itu, telefon bimbitnya berjaya dibaiki.

"Hai...nama saya Badrul." Badrul menghulurkan tangan. Diimbas penampilan Hanis atas dan bawah. Not bad, gadis kampung.

"Sa...saya Hanis. Maaf, saya dah menyusahkan Encik tadi. Terima kasih sudi bantu saya." Hanis menyambut huluran itu sambil tersenyum lega.

"Tapi, kau kena bayar balik. Sebab aku nak guna duit lepas ni."

"Eh, boleh encik, boleh! Encik jangan risau. Nanti saya bayar balik duit tu. Tapi bagi saya masa sikit. Saya tengah cari kerja." Jelas Hanis. Berharap lelaki itu akan memahami keadaannya.

"Nanti tu bila? Aku nak pakai duit tu esok." Hanis terkedu tanpa kata. Ya Allah, dugaan apa pulak kali ni. Sungguh, Hanis tak kuat.

"Dah...dah. Tak payah nak menangis dekat sini. Aku ni dah kira baik tau tolong kau tadi. Sekarang ni pun aku nak bantu kau." Bibir kering itu lantas mengukir senyuman sinis. Otaknya ligat menyusun pelan.

"Ba...bantu apa?" Hanis berasa tidak selesa dengan renungan Badrul. Renungan itu seakan mempunyai niat tertentu. Dia takut.

"Kau tak perlu risau. Kau hanya perlu kerja dengan aku je. Dah dapat gaji, kau bagi terus dekat aku. Bila hutang kau dah cukup, aku lepaskan kau. Macam mana?" Badrul menjongketkan kening. Sempat mengenyitkan mata kepada gadis kecil itu.

Mahu tidak mahu, Hanis terpaksa bersetuju. Dia tidak mempunyai pilihan lain. Terpaksa pasrah, asalkan hutangnya dapat dilunaskan dengan segera.

***********

Hentakan kuat pada permukaan meja mematikan lamunan Hanis. Dia mendongak memandang Mikael yang kini sedang berdiri betul-betul di hadapannya sambil mengepal erat jemarinya.

"Kau ingat aku ni bodoh? Aku kenal sangat betina macam kau ni! Sanggup jual maruah demi duit. Kau sengaja nak perangkap aku demi duit kan?!" Kata-kata itu seakan menabur garam di atas luka Hanis. Dia bukan gadis seperti itu. Dia juga mangsa keadaan.

"Argh!" Hanis meronta saat tubuhnya ditindih secara tiba-tiba. Mulut gadis itu lantas ditekup kemas oleh Mikael. Dengan mudah, pergerakan Hanis dikunci rapat olehnya sehingga dia tidak dapat melakukan apa-apa. Hanya air mata yang mengiringi rasa takutnya terhadap lelaki itu.

"I'm definitely sure, this is not your first time! Perempuan miskin macam kau, tak mustahil dah lama rosak." Baju kurung putih yang tersarung pada tubuh Hanis direntap dengan kuat sebelum dilempar ke atas lantai.

Rambut panjangnya dicekak lalu ditarik menghadap wajah Mikael. Bibir basah yang sedang bergetar itu dipagut rakus lalu digigitnya sesuka hati. Raungan Hanis tidak diendah, malah Mikael merapatkan dadanya ke dada Hanis yang sedang berombak laju. Tanpa rela, dia terpaksa menyerahkan tubuhnya pada Mikael.

"Arghh...sakit!" Sekali lagi tubuh kecil itu meronta. "Sakit. Jangan..." Tubuh yang sedang menindihnya itu cuba ditolak berbekalkan sisa-sisa tenaga yang masih ada. Namun, Mikael terlebih dahulu menggenggam pergelangan tangan Hanis sehingga melekat di atas tilam.

Selang beberapa minit, Mikael bangun dari katil sebelum berlalu ke bilik air. Sempat dia melirik kesan merah yang menodai cadar putih.

"It's impossible!" Bisiknya sebelum menumbuk kuat permukaan dinding bilik air. Rahangnya mengeras. Dia tidak dapat percaya yang hakikatnya, dia sudah merogol seorang gadis bawah umur yang merupakan isterinya sendiri! Dan, gadis itu bukan seperti yang dia sangka.

jangan lupa komen ye...hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience