Bab 2: Dibawa Pulang

Romance Completed 155761

Hanis sudah terlelap bertemankan air mata seperti biasa. Sayangnya, dunia luar yang dianggap mampu memberi sinar dalam hidupnya kini, sudah meragut pergi keyakinan itu. Ternyata, dunia luar tidak selamat, dan manusia itu, sangat kejam.

Mikael bertinggung di dalam bilik air. Membiarkan pancuran air panas mencurah ke atas tubuhnya. Ketika ini, dia berasa sangat geram terhadap Badrul. Bajingan itu ternyata sudah berbohong kepadanya tentang Hanis. Terang-terang, Mikael mahu pelayan yang mempunyai pengalaman, bukannya gadis bawah umur yang masih dara! Dia mengepal erat penumbuknya.

Tapi, Hanis juga bersalah dalam hal ini. Yang menjadi mangsanya sekarang adalah dia! Dia sudah tertipu dengan mainan Badrul dan Hanis. Pasti gadis itu berkomplot dengan Badrul demi wang.

Tapi, air muka yang polos itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya. Kenapa dia bereaksi seakan tidak tahu apa-apa? Atau, ianya sekadar lakonan untuk mengelabui mata Mikael?

Selesai mandi, Mikael keluar dari bilik air. Matanya beralih pada sosok tubuh yang sedang terbaring kaku di atas katil.

Dia melirik lagi kesan tompokan merah itu. Lolos satu keluhan panjang dari mulutnya. Dia mula kesal dengan perbuatan sendiri.

"Awak..." Mikael menoleh ke belakang. Sebelah keningnya diangkat. Hanis yang terpinga-pinga di atas katil dilihat sekilas sebelum dia melangkah ke arah bagasinya. Melihat gaya Mikael yang seakan tidak mahu ambil peduli, akhirnya Hanis menggagahkan diri untuk bangun.

Dia mencengkam kuat sisi katil, lalu menurunkan kakinya. Hanis bingkas berdiri sambil mengemaskan ikatan tuala. Ari-arinya terasa ngilu saat dia membuka langkah. Tanpa mengendahkan kesakitannya, Hanis masuk ke dalam bilik air sebelum mengunci rapat daun pintu dari dalam.

Bersama bunyi pancuran air, terselit sekali suara tangisan dan jeritan halus dari dalam. Mikael tergamam sejenak. Mahu masuk ke dalam lalu memujuk? Dia tidak mahu. Biarlah gadis itu menenangkan dirinya sendiri. Itu lebih baik.

Hanis memandang sayu pakaian yang bersepah di atas lantai. Baju kurungnya koyak rabak kerana Mikael.

Dia juga perlu segera meninggalkan tempat ini, tetapi bagaimana? Hutang Badrul juga perlu dilunaskan. Hanis cuba menebalkan muka sebelum menghampiri Mikael yang kelihatan sibuk dengan tabletnya.

"Awak?" Tiada sahutan daripada lelaki itu. Hanis menggigit bibir bawahnya. Cuba nasib lagi.

"Awak. Maaf. Saya...saya nak balik. Tapi baju kurung tu dah koyak." Dia menelan air liur. Jemari bermain pada hujung tuala.

"Ambik baju aku dalam beg tu. Ada t-shirt dengan seluar panjang. Pasal pakaian dalam, pandai-pandailah kau fikir. Aku tak pakai pakaian dalam perempuan." Jawabnya tiba-tiba. Hanis tersenyum nipis lalu menghampiri bagasi Mikael yang ternganga di atas lantai.

"Terima kasih." Hanis membawa keluar sehelai t-shirt dan sehelai seluar panjang yang mungkin muat dengan tubuh kecilnya. Dia masuk semula ke dalam bilik air. Selesai menyarungkan pakaian ke tubuh, Hanis mencapai beg tangan pemberian Badrul kepadanya semalam. Tempat duduk Mikael sekali lagi dihampirinya.

"Erm...awak?" Belakang lelaki itu ditenung dengan rasa takut.

"Apa lagi?!" Bahu Hanis terhenjut dibentak lelaki itu. Dia tertunduk menekur lantai.

"Kau pekak ke apa? Aku tanya ni...kau nak apa lagi?!" Soalnya dengan kasar. Hanis berkira-kira untuk bersuara.

"Saya nak mintak duit." Air mata diseka dengan hujung jari. Entah apa pula yang bakal dikatakan oleh lelaki itu.

"Duit? Duit apa?" Mikael menjongket kening. Hanis segera melarikan wajah. Terasa sangat malu dan kecewa pada saat itu.

"Duit untuk semalam. Saya kena bayar hutang Abang Badrul. Aw...awak kena bayar saya." Balasnya dengan gugup. Kepala masih menunduk ke bawah.

"Kau ni bodoh ke apa? Asal kau ni bongok sangat hah? Kau sedar tak, kau tengah cakap dengan siapa sekarang ni? Aku ni suami kaulah bodoh!" Mikael bangun dari duduknya lalu menepuk-nepuk pipi Hanis. Bibirnya mencebik, ingin menangis.

"Kau jangan nak nangis eh! Aku tanya ni, jawab!" Bentak Mikael lagi. Sebaliknya, Hanis masih memilih untuk berdiam diri sambil menyeka air matanya.

"Berapa kau hutang dengan Badrul?" Mata Hanis lantas terbuntang luas.

"Hah?"

"Aku tanya, berapa hutang kau dengan si bapak ayam tu?!" Mikael bercekak pinggang sambil bersandar di dinding.

"Saya tak tahu..." Jawabnya dengan jujur.

"Macam mana kau boleh tak tahu hutang kau berapa? Kau ni hidup dalam zaman apa?" Sindir lelaki itu sambil tersenyum sinis. Lurus bendul betul budak ni.

"Saya...saya betul-betul tak tahu. Abang Badrul tak bagitahu apa-apa. Dia cakap saya kena bayar hutang dia melalui kerja dengan dia. Cukup duit, dia akan lepaskan saya." Jelasnya dengan perlahan.

"Kau hutang apa dengan dia, sampai kena jual tubuh bagai? Beratus ribu ke hutang kau tu?" Nada suara Mikael sedikit mengendur. Tiada lagi ketegangan pada nadanya.

"Saya tak pasti. Masa saya nak cari kerja, saya terlanggar orang sampai telefon dia rosak. Lepas tu, Abang Badrul yang tolong bayarkan." Tambahnya lagi.

"Phone apa?" Kening Mikael bercantum. Takkanlah harga ganti rugi sebuah telefon bimbit dijadikan sebagai alasan untuk menjual tubuh seorang perempuan? Memang sudah melampau Si Badrul ni!

"Hmm...saya tak tahu. Phone tu ada gambar buah epal." Hanya bayangan itu yang masih melekat pada memorinya sejak hari kejadian. Mahu menyebut jenama peranti itu, jujur dia tidak tahu.

"Skrin dia retak?" Mikael kembali ke tempat duduknya.

"Emm...ske..." Berbelit-belit lidahnya, sukar menyebut benda alah itu.

"Skrin...benda kaca ni ke yang pecah?" Mikael menayangkan skrin telefon bimbitnya kepada Hanis.

"Ha'ah...telefon awak dengan orang tu samalah." Katanya sedikit teruja. Rupanya, Mikael juga menggunakan peranti yang sama dengan wanita itu.

"So, kau kena jual tubuh semata-mata sebab nak bayar duit baiki phone tu?" Mikael lantas terkekek geli hati.

Anggukan daripada Hanis membuatkan dia ketawa terbahak-bahak.

"Ya Allah, pasal kau ni lurus sangat? Kau tahu tak, kau tu sebenarnya dah kena tipu dengan Badrul. Kos dia tak mahal mana pun." Ingin saja dia menyekeh kepala Hanis. Namun, apakah daya, nasi sudah menjadi bubur. Masa tidak boleh diputar kembali.

"Sa...saya tak tahu. Saya ingat mahal." Sungguh dia sedih kerana tertipu. Kini, maruah dirinya terjejas kerana penipuan Badrul.

"Kau tinggal dekat mana?" Hanis mengangkat wajah, menatap Mikael.

"Saya tinggal di rumah kebajikan." Mikael terpaku seketika.

"Kau ikut aku balik."

"Hah, balik ke mana?" Mata bundarnya merenung wajah tenang Mikael.

"Rumah akulah. Sekarang ni, kau tu isteri aku. Jadi, kau kena ikut aku. Faham tak?!" Mikael mengutip pakaian yang bersepah di atas lantai lalu memasukkannya ke dalam bagasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience