Mikael bingkas bangun lalu duduk di birai katil. Hanis yang sedang tidur pulas di sebelahnya ditatap seketika.
Flashback
"Kenapa kau tak nak duduk sekali dengan mak su dengan pak su?" Pipi isterinya dielus perlahan. Sangkanya tadi, Hanis akan pulang sekali bersama Hadi dan Azida ke rumah mereka. Namun, sangkaan Mikael ternyata meleset apabila isterinya menolak bulat-bulat pelawaan Azida dengan alasan masih belum bersedia untuk tinggal bersama.
"Saya rasa kekok." Jawab Hanis sepatah. Walaupun pada mulanya, dia agak teruja kerana sudah menjumpai keluarga kandungnya, namun pada masa yang sama, Hanis tetap berasa janggal ketika bersama Hadi dan Azida. Perasaannya seperti sedang berhubungan dengan orang asing walhal mereka merupakan ibu bapanya sendiri.
"Kau percaya, kau tu anak pak su dengan mak su?" Hanis berfikir sesaat, sebelum mengangkat bahu. Sejujurnya, dia tidak tahu. Tetapi, dia percaya dengan kata-kata Hadi. Masakkan lelaki itu hendak berbohong bukan?
"Aku rasa, kau bukan anak diaorang." Hanis tergamam. Wajah dingin suaminya ditatap dalam.
"Ke...kenapa tuan cakap macam tu?" Soal Hanis dengan sebak. Tubir matanya basah.
"Kau tak ada iras langsung dengan diaorang. Aku yakin 100 peratus, yang kau bukan Zahirah. You are not their daughter." Hanis bingkas bangun lalu bersimpuh di hadapan Mikael.
"Tapi...Uncle cakap, Hanis ni memang anak dia." Ujarnya penuh yakin.
"Itu yang buat aku lagi pelik. Tapi takpe, I will find out the truth later." Hanis terkebil-kebil cuba memahami maksud di sebalik ayat itu.
"Be...betul ke Hanis ni bukan anak Uncle Hadi dengan Aunty Zida?" Mikael tidak langsung menjawab, sebaliknya menarik bahu Hanis untuk kembali baring di sebelahnya.
"Nanti aku siasat. Sekarang ni, tidur." Hanis tidak mampu melelapkan mata. Fikirannya kini bercelaru memikirkan kemungkinan yang disampaikan oleh lelaki itu tadi. Cuma, dia kurang faham. Kalau pun Hadi sedang berbohong kepada mereka, apa saja yang lelaki itu dapat dengan berbuat demikian? Bukankah ianya akan lebih menyakitkan Azida?
******
"Banyaknya lauk mama masak hari ni. Wah, sambal sotong pun ada?! Mama nak buat berniaga ke apa ni, ma?" Soal Zaidi dengan teruja. Wajah ibunya yang berseri-seri itu dipandang hairan. Jarang sekali ibunya tersenyum lebar seperti ini.
Hadi yang baru sahaja turun dari tingkat atas langsung tercengang melihat kepelbagaian lauk yang terhidang di atas meja makan mereka.
"Ada kenduri ke Zida? Banyak betul awak masak hari ni." Azida dan Zaidi menoleh serentak ke arah Hadi yang sedang menghampiri mereka. Wanita itu tersenyum lebar sebelum menggelengkan kepala.
"Ish, abang ni! Ke situ pulak. Saya nak tapau bawak ke rumah Kak Rose. Nak bagi Hanis rasa masakan saya." Jawabnya dengan ceria. Zaidi dan Hadi saling berpandangan sebelum ikut tersenyum. Baguslah kalau Azida semakin pulih.
"Suka Edy tengok mama tersenyum macam ni. Cantik." Puji Zaidi. Azida yang sedang malu, menampar lembut bahu anak sulungnya sebelum mereka berdua tertawa kecil.
"Ada-ada je kamu ni. Dah, duduk dulu. Mama hidangkan sarapan. Lepas makan, kita ke rumah mak ngah." Hadi dan Zaidi mengambil tempat masing-masing. Selepas menghidangkan makanan buat Zaidi, Azida mengambil sebuah lagi pinggan baru lalu mencedokkan nasi ke dalamnya. Pinggan itu dihulurkan kepada Hadi. Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga, Hadi menyambut pinggan itu. Sementara Zaidi pula, melopong tidak percaya. Ianya satu fenomena yang luar biasa dalam keluarga mereka.
"Dah kenapa tengok mama macam tu? Makanlah bang. Kejap lagi kan kita nak ke rumah Kak Rose. Zida dah tak sabar ni nak spend time dengan Hanis." Dia tersenyum kecil pada Hadi sebelum mencicip sedikit air kopi yang masih hangat.
"Mama tak makan ke?" Soal Zaidi sambil mengunyah makanan.
"Tak. Mama masih kenyang." Hadi menikmati makanannya sambil mendengar perbualan antara mereka berdua. Dia berasa sangat bahagia pada saat itu. Sudah lama dia tidak merasa air tangan Azida.
"Sedap tak sambal tu bang?" Hadi yang sedang mengelamun langsung terkejut disergah secara tiba-tiba oleh isterinya. Lelaki itu cepat-cepat mengganggukkan kepala, mengiyakan pertanyaan Azida walaupun dia tidak mendengarnya dengan jelas.
"Abang fikirkan apa tu? Semalam, abang nasihatkan saya jangan terlalu fikir benda yang bukan-bukan. Hari ni, abang pulak buat benda yang sama." Hadi tersenyum kelat.
"Abang takde fikirkan apa pun." Azida mencebik tidak percaya sebelum mengalihkan matanya ke arah Zaidi yang kelihatan sibuk dengan telefon bimbit.
"Edy, kan tengah makan tu, simpanlah dulu telefon kamu. Takkan masa nak makan pun kamu nak buat kerja?" Rungut Azida.
"Tak mama...ni ada tentatif baru untuk majlis syarikat kita minggu depan. Edy kena cek dulu sebelum bagi kelulusan untuk cetak." Azida menjeling sekilas ke arah anak sulungnya yang sentiasa sibuk dengan kerja. Manakala Hadi pula, menjadi penonton perbualan antara anak beranak itu.
"Abang pun satu, kenapa tak nasihatkan anak bujang kita jangan terlalu sibuk dengan kerja?" Hadi yang baru hendak menambah sambal sotong ke pinggannya, terkebil-kebil memandang selang-seli ke arah Azida dan Zaidi yang sudah mengekek ketawa.
"Papa...papa. Okay, okay. Edy simpan phone ni. Just for you mama." Katanya sebelum mencuit pipi Azida. Wanita itu menggelengkan kepala, pening melayan kerenah anak dan suaminya.
*******
"Tambahlah lagi Hanis. Mama masak semua ni special untuk anak mama." Rose yang sedang mengunyah makanan langsung tersedak.
"Jadi, lauk-lauk ni semua hanya untuk Hanis saja ke Zida? Bukan untuk kami?" Soalnya tiba-tiba. Azida lantas tertawa dengan reaksi kakak iparnya.
"Ish, bukan macam tu maksud Zida lah kak ngah. Zida memang buat banyak-banyak untuk semua orang, cuma semua masakan ni, special bagi Zida dan Hanis. Masa mengandungkan Hanis dulu, Zida selalu mengidam benda-benda ni semua." Rose terangguk-angguk sebelum menyambung makan. Mikael yang hanya sekadar mencicip air kopi tidak membuka mulut. Perhatiannya tertumpu pada Hadi yang sejak tadi kelihatan tidak senang duduk.
"Pak su, okay tak?" Hadi yang tersentak langsung mengalihkan pandangannya pada Mikael yang sedang duduk bertentangan dengannya. Lelaki itu tersenyum tipis, cuba menyembunyikan keresahan.
"I'm okay Mika. Pak su cuma tak sedap badan." Baru sahaja Mikael hendak bersuara, namun Azida terlebih dahulu mencelah.
"Abang tak sihat ke?" Wanita itu langsung melekapkan tangannya pada dahi Hadi.
"Tak, cuma rasa macam nak demam." Bohong Hadi.
"Nanti kita singgah klinik dulu ya Edy." Zaidi yang tidak tahu apa-apa menggganggukkan kepalanya. Tadi sewaktu berada di rumah, ayahnya sihat sahaja. Sekarang, tiba-tiba pula demam. Pelik.
"So, Edy. Umur pun makin meningkat. Bila nak kahwin?" Soalan cepumas daripada Shahir membuatkan Zaidi tidak senang duduk.
"Err, masih awal lagi ni pak ngah. Maybe after an another year." Shahir menggangguk faham.
"So, it means, you already have someone special..." Ujar lelaki itu sebelum tertawa kecil. Riak wajah Azida langsung berubah. Dahinya berkerut. Zaidi yang menyedari tatapan mamanya langsung menidakkan pendapat itu.
"Eh, no pak ngah. Saya masih tiada siapa-siapa buat masa sekarang. But, kalau pak ngah nak merasa nasi minyak, kita boleh carikan calon untuk Mika...what do you think?" Zaidi mendapat jelingan tajam daripada Mikael.
"Banyaklah kau punya nasi minyak. Kalau nak nasi minyak sangat, meh sini aku masakkan..." Marah Mikael. Sempat dia mengerling ke arah Hanis yang sedang mendengar perbualan mereka.
"Actually, mak ngah pun, tengah carikan calon untuk Mika. But, you know kan, how cerewetnya anak sulung mak ngah ni? Nak yang putih, kurus keding, tinggi macam batang galah. Mana nak cari spesies macam tu?" Zaidi dan Shahir tertawa nakal. Begitu juga dengan Azida yang sedang tersenyum lebar ke arah lelaki itu.
"Why not kak ngah, kita jodohkan sahaja Hanis dengan Mika? Lagipun, they are cousins right?" Hadi menyambar lengan isterinya.
"No, tak boleh." Kesemua yang berada di situ sedikit terkejut dengan jawapan Hadi, terutamanya Mikael dan Hanis.
"Kenapa tak boleh pulak abang? Mika ni bukannya orang luar, anak saudara abang jugak kan? Daripada kita kahwinkan Hanis dengan orang asing, baik kita jodohkan terus dengan Mika." Hanis dan Mikael saling berpandangan.
"But, we still need to ask for Mika's and Hanis's permission right? Tak boleh senang-senang jodohkan orang. Mana tahu, they have their own preference atau pilihan yang lain?" Luah Hadi. Azida terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata suaminya itu.
"Sorrylah Mika, mak su terlalu ikutkan hati sangat tadi. Maaf kalau mak su buat Mika rasa tak selesa. Maafkan mama ya, Hanis?..." Dia menggenggam tangan Hanis di sebelah.
"Takpe aunty. Hanis okay je." Balas Hanis. Nasi dalam pinggannya dikuis-kuis dengan jari. Dia sudah hilang selera.
"It's okay mak su. It's just your opinion." Jawab Mikael pula, sekadar mengawal ketegangan antara mereka.
"Ya, betul tu. Zida janganlah terasa ya? Ikutkan akak okay je. Cuma, kita kena hormat juga perasaan anak-anak. Betul tak?" Rose meraih tangan Azida lalu menggenggamnya dengan erat.
"Betul tu kak ngah. Saya terlalu excited tadi. Maaflah ya..." Rose menggangguk perlahan.
"By the way, Edy. Kamu nak calon yang macam mana? Mak ngah boleh carikan." Zaidi terkedu mendengarnya.
"Ah? Eh, takpe mak ngah. Biar Edy settlekan kerja dulu. Kalau ada girlfriend nanti, kesian pulak dia rasa terabai." Dalihnya.
"Mm, ikut kamulah Edy. But, if you dah ready, just let me know. Mak ngah ada ramai kawan yang tengah cari calon suami for their daughters. Semua cantik-cantik, berpelajaran. Sesuai dengan Edy." Zaidi menggangguk perlahan, sekadar menjaga perasaan Rose.
sorry lambat..hehe..chap ni bnyk flashback ye
Share this novel