Bab 13: Tolak Calon

Romance Completed 155761

"Sampai bila papa nak rahsiakan perkara ni daripada mama?" Hadi membisu. Matanya lurus merenung dada langit yang beransur gelap.

"I am talking to you papa." Ujar Zaidi sebelum melabuhkan punggung di sebelah ayahnya. Wajah kosong Hadi dilirik sekilas. Lelaki itu kelihatan murung. Mungkin serba salah kerana telah menipu semua orang termasuk Zaidi. Hadi mengeluh pendek.

"Soon." Jawabnya sepatah. Kaca mata yang terletak di atas meja dicapai lalu dia bangun dari tempat duduknya untuk masuk ke dalam.

"Soon tu bila? Edy takut mama dapat tahu nanti." Zaidi masih inginkan kepastian. Hadi menggenggam kuat kaca matanya. Cuba munasabah diri.

"I'm not sure." Balasnya sebelum beredar dari tempat itu. Zaidi merenung belakang ayahnya yang sudah masuk ke dalam rumah. Dia menarik nafas. Dia benar-benar tersepit antara Hadi dan Azida.

Tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit kuat. Zaidi sedikit tersentak sebelum memandang ke arah skrin peranti itu. Dia berkira-kira untuk menjawab panggilan dari nombor ini.

"Again..." Bisik suara misteri itu sebelum menamatkan panggilan.

"Nombor yang sama. Siapa agaknya..." Fikir Zaidi sambil menggeser skrin telefon bimbitnya. Masih tertanya-tanya pemilik di sebalik nombor misteri ini yang sering menghubunginya sejak dia pulang dari China beberapa minggu yang lalu.

"Edy." Zaidi hampir mencarut apabila disergah tiba-tiba oleh seseorang. Dia langsung menoleh ke belakang.

"Mama! Terkejut Edy. Kenapa tak tidur lagi?" Soalnya sebelum mengurut dada yang sedang berombak itu.

"Kamu tu, kenapa belum tidur? Lama mama tunggu di ruang tamu tadi. Nak borak dengan anak teruna mama ni. Tapi, tak muncul-muncul. Ingatkan keluar ke apa...rupa-rupanya ada dekat sini." Jelas wanita itu sebelum mengelus lembut belakang anaknya.

"Saja Edy duduk sini. Ambik angin. Tenang je rasa..." Balas Zaidi sebelum menggenggam erat tangan Azida. Wajah tua itu ditatap lama.

"Mama ada benda nak bincang dengan kamu." Kening Zaidi bercantum.

"Nak bincang pasal apa?" Azida tersenyum tipis.

"Pasal majlis pertunangan kamu dengan Kamelia." Ujar Azida dengan perlahan. Zaidi lantas melepaskan tangan ibunya.

"Mama, how many times must I tell you? I'm not ready yet for marriage." Situasi menjadi tegang antara mereka.

"But Edy...sampai bila Edy nak bagi alasan yang sama? You are already 28 years old! Inilah waktu yang tepat untuk kamu berumah tangga dan lahirkan zuriat-zuriat kamu. Waris keluarga ni!" Luah Azida sedikit geram.

"Oh, come on mama. Umur bukan penentu untuk seseorang itu berumah tangga. I need to be ready first sebelum...sebelum jadi ketua keluarga..." Zaidi meraup wajah kusutnya sebelum kembali menoleh ke arah Azida. Wanita itu kelihatan kecewa.

"Apa yang mama nak jawab dekat pihak sana kalau kamu beri alasan macam ni Edy? Dulu, kamu setuju nak kahwin dengan Kamelia kan? Lepas few months, right before your engagement, Edy lari ke China." Zaidi tersentap. Dia melarikan wajah.

"I'm sorry mama...so sorry for..."

"Esok, ikut mama ke rumah Datin Amirah." Azida bingkas berdiri sebelum melangkah meninggalkan tempat itu. Panggilan Zaidi tidak diendah.

"Jemputlah minum Zida, Edy." Pelawa Amirah sambil tersenyum tipis. Pembantu rumah menghidangkan minuman serta beberapa kudapan di atas meja sebelum berlalu ke dapur.

"Thanks aunty." Jawab Zaidi sebelum mencicip sedikit air kopi yang masih hangat.

"Maaflah datin. Kami datang mengejut macam ni." Amirah tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Dia sudah lama kenal dengan keluarga Azida. Terlalu lama sehingga dia tahu sejarah mereka.

"Apa cakap macam tu...I okay je. Lagipun, I bukannya ada buat apa-apa sekarang. Duduk rumah je. Maklumlah, dah tua. Urusan pejabat semua saya serahkan pada Lia. Pandai-pandailah dia uruskan." Jawabnya dengan mesra. Wajah tenang Zaidi di sebelah Azida dilirik sekilas.

"Jadi, apa tujuan kamu kemari?" Senyumannya masih terukir. Setia menanti jawapan mereka.

"Well, saya rasa, we both kena lupakan hasrat untuk menyatukan Edy dengan Lia." Senyuman Amirah langsung mati.

"Why Zida? Ada yang tak kena ke dengan Lia?" Soalnya dengan cemas.

"No Amy. Absolutely no! Cuma, it's just Edy. Mungkin hati dia susah nak berpaut pada Lia. Dua tahun dia melarikan diri ke China, entah-entah ada amoi dekat sana. Balik sini terus tolak cadangan kita." Ujarnya sebelum menjeling kesal ke arah Zaidi. Zaidi mengusap tengkuknya. Serba salah dengan Kamelia. Gadis itu memang baik, cuma Zaidi rasa, dia tidak layak berdamping dengan Kamelia.

"Haih...I faham. What to do right? Lagipun salah kita jugak. Jodohkan diaorang tanpa tanya persetujuan mereka berdua terlebih dahulu. Cuma, Lia masih menunggu Edy. But, if you really think that Lia is not a suitable one for you, takpe Edy. Aunty faham. Hal-hal jodoh ni, susah kita nak persoal. It all depends on Him." Amirah senyum tipis pada Zaidi. Tidak mahu mengundang ketidakselesaan antara mereka di situ.

"I'm so sorry aunty. Edy dah hampakan harapan aunty dengan mama." Amirah menggeleng laju.

"No. You are not. Luckily, kamu tolak awal-awal. Cuba kalau kamu kata taknak waktu nak akad, tak ke naya nanti?" Mereka bertiga tergelak kecil. Azida berasa lega kerana Amirah menerima perkara ini dengan lapang dada.

"Eh, jemputlah minum. Kuih tu baru je saya buat tadi. Rasalah..." Azida dan Zaidi menggangguk serentak sebelum menjamu hidangan itu.

"Kami minta diri dulu ya Amy. Ada masa nanti, Zida singgah lagi. Assalammualaikum." Azida bersalaman dengan Amirah.

"Waalaikummusalam. I pegang janji tu. Jangan lepas balik rumah, terus lupa I. I serbu rumah you nanti." Azida tergelak kecil sebelum melambai ke arah teman lamanya.

"Haih, lega sikit kepala Edy ni." Kata Zaidi sambil memandu keluar dari perkarangan rumah banglo Amirah.

"Eh, tu macam..." Soalnya sendiri sebelum membelok ke kanan. Kereta diparkir di dalam garaj sebelum dia melangkah keluar. Ibunya yang sedang berdiri di halaman rumah dihampiri.

"Assalammualaikum umi..."

"Waalaikummusalam. Awal kamu balik hari ni? Selalunya petang baru sampai rumah." Soal Amirah dengan hairan.

"Lia half day hari ni." Amirah menggangguk faham.

"Dahlah, jom masuk ke dalam. Panas dekat luar ni..." Amirah berpaling untuk masuk ke dalam.

"Umi...siapa tadi tu?" Amirah menoleh ke arah Kamelia bersama kerutan di dahi.

"Siapa? Maksud kamu?"

"Tadi, Lia tengok ada kereta keluar dari rumah kita. Nampak macam Aunty Zida..." Katanya dengan perlahan.

"Oh...ha'ah. Aunty Zida dengan Edy datang ke sini tadi." Kamelia dan Amirah beriringan masuk ke dalam rumah sebelum melabuhkan punggung di atas sofa. Kamelia segera menanggalkan tudung yang menutup kepalanya lalu meletakkan kain itu di atas meja. Ikatan pada rambut dilepaskan.

"Diaorang ada cakap apa-apa ke?" Amirah menggangguk perlahan.

"Diaorang tarik balik cadangan umi nak menjodohkan kamu dengan Edy. Edy taknak. Mungkin dia dah ada pilihan sendiri." Kamelia tersenyum tipis. Tidak terkejut dengan berita itu.

"Biarlah umi. Bukan jodoh Lia. Lia terima je dengan redha." Amirah terdiam. Dia tahu anaknya sedang menahan rasa. Kamelia seorang yang pandai menyembunyikan perasaan. Apa sahaja masalah yang menimpa, dia tidak akan berkongsi dengan sesiapapun termasuklah dengan ahli keluarganya sendiri.

"Lia nak minum? Umi suruh Yati buatkan..." Kamelia menggeleng lalu bersandar pada kepala sofa.

"I'm okay umi. Umi janganlah risau." Katanya cuba menyakinkan Amirah. Dia tahu ibunya sedang merisaukannya.

happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience