Bab 9: Anak Kandung

Romance Completed 155761

"Apa?! Awak tak tipu kan?" Suara Azida bergetar. Anak yang mereka cari selama ini sudah ditemukan. Hatinya melonjak gembira.

Akhirnya, dia dapat kesempatan untuk menatap semula wajah anaknya. Betapa dia merindui Zahirah, hanya tuhan saja yang tahu.

"Ya. Hanis anak kita. Hanis adalah Zahirah." Zaidi yang masih terkejut memandang tajam ke arah Hadi. Betul ke apa yang disampaikan oleh ayahnya? Takkan semudah itu adiknya ditemukan? Bukan dia mahu menidakkan kuasa tuhan, cuma ada sesuatu yang membuatkannya berasa tidak yakin.

"Finally, we found her." Hadi menggenggam erat tangan isterinya.

18 tahun mereka terseksa. Merindui sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti sama ada masih hidup mahupun sebaliknya.

Merata dicari, sehingga berakhir dengan kekecewaan.

"Kita...kita pergi rumah kak ngah sekarang. Sekarang!" Dia tidak mampu menunggu lagi. Azida menarik lengan Hadi.

"Baik. Tapi janji dulu dengan saya, jangan ikutkan perasaan sangat di sana nanti. Kesian pada Hanis. Nanti, dia takut dengan kita." Azida cepat-cepat mengganggukkan kepala. Asalkan dapat bertemu dengan Zahirah, dia sanggup melakukan apa sahaja.

"Tapi, kalau dia marah kita macam mana? Kalau Zahirah benci Zida macam mana? Saya takut..." Katanya dengan sayu. Pasti sukar bagi Hanis untuk menerima mereka sebagai keluarga selepas 18 tahun hidup bersendirian di rumah kebajikan itu.

"Mama, jangan fikir yang bukan-bukan. Kita ke rumah mak ngah dulu. Kita bincang elok-elok dengan mak ngah, dengan Hanis. Insya Allah, Hanis akan faham situasi kita." Zaidi cuba menenangkan keresahan ibunya.

"Mama risau. Macam mana kalau, Hanis marahkan mama. Macam mana kalau Hanis benci dengan mama. Kalau dia tanya kenapa mama sanggup buang dia dulu...mama nak jawab apa? Ya Allah!" Azida menekan dadanya yang sebak. Emosinya terganggu.

Zaidi yang mula berasa tidak sedap hati langsung memberi isyarat kepada Hadi untuk segera hubungi Doktor Harun. Dia bimbang kesihatan ibunya merosot kerana hal ini.

Azida disahkan mengalami kemurungan 6 tahun yang lepas. Kesihatan mentalnya terjejas selepas mereka gagal menemukan Zahirah.

Hadi meninggalkan Azida bersama Zaidi sebelum dia menuju ke dapur untuk membuat panggilan.

"She is fine now. Tapi, buat masa sekarang, bagi dia rehat dulu. Risau dia makin tertekan nanti." Pesan Doktor Harun sebelum mereka bertiga keluar dari bilik itu.

********

"Hadi dengan Zida pasti ke?" Soal Rose dengan serius. Seluruh keluarga mereka terkejut dengan berita yang tidak diduga ini.

"Ya, Hadi dah buat DNA test. Hanis memang anak kami, kak ngah." Hadi menggigit bibir bawahnya. Berharap Rose tidak akan meminta laporan ujian itu.

"Kebetulan sangat kan? Anak kamu berdua ada dengan kak ngah. Kak ngah betul-betul tak sangka yang Hanis tu anak kamu berdua. Ya Allah, kak ngah speechless sangat." Luah Rose dengan sebak. Dia turut gembira dengan berita ini.

"Jom." Di tingkat atas, Mikael kelihatan terganggu dengan berita yang baru disampaikan oleh Hadi. Dia tidak rela berpisah dengan Hanis.

Berbeza pula dengan Hanis, gadis itu kelihatan sangat bahagia. Akhirnya, dia bakal hidup bersama keluarga kandungnya.

Cuma, Hanis berasa berat hati untuk meninggalkan Mikael dan Rose. Dia sudah terlalu selesa bersama keluarga Mikael.

"Kenapa mata tuan nampak merah?" Mikael segera memalingkan muka, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Dia menggenggam tangan Hanis, sebelum melangkah keluar dari bilik. Hanis mengekori Mikael dari belakang.

"Hanis...anak mama." Azida memeluk tubuh Hanis dengan erat. Satu kucupan singkat hinggap pada pipinya.

"Anak mama...Hanis anak mama..." Semua yang berada di situ terdiam.

"Aunty, janganlah nangis." Entah mengapa, Hanis berasa kekok dengan Azida. Bukankah tadi dia gembira kerana bakal mempunyai keluarga?

Zaidi yang sedang berdiri di belakang Mikael memandang lekat wajah Hanis. Gadis itu, langsung tidak memiliki rupa ibu atau ayahnya. Dia melirik sekilas ke arah Hadi, yang kelihatan kaku di sebelah Azida. Lelaki itu sepertinya sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan mereka semua.

Setelah selesai makan malam di rumah Rose, Azida mengajak Hanis untuk pulang bersama mereka. Dia mahu meluangkan masa bersama gadis itu.

"Maafkan Hanis, aunty. Hanis, masih perlukan masa. Hanis dah selesa tinggal di sini bersama Aunty Rose." Azida tertunduk kecewa.

"Baiklah. Mama, papa dengan Abang Edy balik dulu ya...Bila Hanis dah bersedia, call je mama. Kami akan datang ambil kamu." Pesan Azida dengan berat hati. Dia memandang ke arah Hadi, memintanya untuk memujuk Hanis tinggal bersama mereka, namun, Hadi menggelengkan kepalanya.

"Don't force her please. She needs time too." Azida terpaksa akur dengan Hadi. Akhirnya, mereka pulang tanpa Hanis.

"Kita dah jumpa dia, Zida. She just need some time. Tak lama lagi, kita akan kembali sebagai satu keluarga. Trust me." Hadi mengelus pipi isterinya dengan lembut.

"Mama, don't you think there is something wrong with Uncle Hadi?" Soal Mikael tiba-tiba. Rose yang sedang membelek telefon bimbitnya lantas menoleh ke arah lelaki itu.

"Maksud kamu?" Keningnya hampir bercantum.

"The way Uncle Hadi touch Hanis. Don't you think it's kinda weird? He's like, nak tak nak je Hanis cium tangan dia tadi." Rose diam seketika. Dia juga sedar tentang hal itu.

"Maybe, he is just uncomfortable. Yalah, this is his first time met his daughter kan." Balas Rose sebelum kembali membelek telefon bimbitnya.

Tak mama. Something is definitely wrong with him. Bisik Mikael sebelum naik ke tingkat atas.

*******

"Papa, kenapa tak pujuk Hanis stay dengan kita je tadi?" Zaidi mengambil tempat di sebelah Hadi.

Lelaki itu tersenyum kelat sebelum melarikan wajahnya.

"Papa tak nak terlalu memaksa Hanis. Lagipun, dia tinggal dengan mak ngah kamu jugak. Bukannya dengan orang lain. So, there's nothing to be worried about." Zaidi yang masih ragu-ragu, menggangguk faham.

"Kenapa kamu belum tidur lagi?" Soalnya, cuba mengubah topik.

"Tak mengantuk lagi. How about you?" Zaidi sekadar berbasa-basi walaupun dia ingin bertanya tentang ujian DNA itu.

"Can't sleep as well." Bohongnya. "Pergilah masuk tidur. Jangan rosakkan diri kamu macam papa." Hadi menepuk bahu anak bujangnya sebelum tersenyum pahit.

"Can I ask you something?" Hadi memandang wajah Zaidi sebelum menggangguk.

"Are you really sure about Hanis? Hanis is Zahirah?" Hadi terpempan. Bibirnya bergetar tiba-tiba.

"Ke..kenapa Edy tanya macam tu? You don't trust me, don't you?" Dia cuba menyembunyikan rasa gementarnya dengan senyuman palsu.

"I trust you papa. It's just, she doesn't even look likes you or mama. Not at all! Dia macam, bukan anak mama dengan papa." Hadi tergelak kecil mendengar kata-kata Zaidi.

"Tak semua ada iras parents diaorang. You pun sama. But, mata you macam mama. And your smile is like mine." Zaidi menarik senyum tipis.

"Okay papa. Edy masuk dulu. Good night." Zaidi bangun dari tempat duduknya.

"Good night. Have a sweet dream too."

"You too papa." Dia langsung masuk ke dalam rumah. Sementara Hadi, cuba menenangkan dirinya kerana soalan Zaidi.

"Maafkan papa Edy. It's just, I want to see your mama smile at me. Papa rindukan family kita yang dulu."

happy reading ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience