"So, she is not my sister, isn't she?" Harun menggeleng kesal. Rahsia yang cuba mereka sembunyikan akhirnya terbongkar. Tatapan tajam Zaidi cuba dielak.
Seminggu yang lalu, Zaidi menggesa Harun untuk menyerahkan laporan ujian DNA yang dilakukan oleh ayahnya sebelum ini.
Tekanan demi tekanan daripada Zaidi membuatkan Harun terpaksa mengalah lalu menyerahkan salinan ujian DNA yang tersimpan rapi di dalam pejabatnya kepada jejaka itu.
Dalam rasa marah dan sedih kerana tertipu dengan pembohongan Hadi, Zaidi juga menahan rasa kecewa. Adik yang mereka cari selama bertahun-tahun ghaib ibarat ditelan bumi. Sudah merata mereka cari, namun Zahirah masih belum dapat ditemukan.
"So, it's just a drama? All this time, he was acting in front of us?" Bentak Zaidi dengan kuat. Harun tidak memberikan apa-apa respon, sebaliknya memilih untuk berdiam diri.
"Tolong aku Harun...please. Kali ni je. Aku dah takde pilihan lain sekarang. Budak tu pun anak yatim juga. By this, she will get a new life too. I'm not trying to be selfish here." Harun menggeleng laju. Permintaan Hadi terlalu berisiko.
"This is not a right way Hadi! Hal-hal macam ni, tak boleh dibuat main. What if Azida and Zaidi know about this?" Larang Harun. Hal ini, turut melibatkan karirnya sebagai seorang doktor.
"They won't, unless any of us tell them the truth." Jawab Hadi dengan yakin.
"Hadi, listen to me...this"
"Kau takkan faham apa yang aku lalui selama ni Harun. Aku terseksa. Aku buntu, aku dah tak tahu nak buat lagi, so she can forgive me." Celahnya sebelum menghamburkan tangisan. Harun yang melihat, mula berasa kasihan dengan nasib lelaki itu.
"Hadi...aku. Okay, aku akan cuba rahsiakan. But, once they know..."
"They won't Harun. I won't let them know." Ujar Hadi dengan suara yang bergetar.
"But for what?" Hadi tersedar dari lamunannya. Wajah tegang Zaidi dipandang.
"For his peace." Zaidi tergamam. Cuba memahami erti di sebalik jawapan Harun.
"Maksud uncle?" Dahi Zaidi berkerut. Masih menanti penjelasan lelaki itu.
"You selalu takde dekat rumah Edy. So, you don't know how much your mum hurt him. Uncle tahu, disebabkan dia, Zahirah hilang sampai sekarang but, that doesn't mean, she can torture him macam dia tu takde perasaan. Papa kamu tu manusia, sama macam kita semua. Ada masa buat kesilapan. Apa je yang dia tak buat selama ni demi dapatkan balik Zahirah? Tell me..." Zaidi terkedu. Dia sedar tentang hal itu sebenarnya. Sejak kehilangan Zahirah, Azida mula menyeksa dan menyalahkan Hadi.
"Tapi, perkara ni, hanya akan burukkan keadaan." Katanya dengan perlahan. Sekiranya Azida mendapat tahu tentang hal ini, pasti Hadi akan makin dibenci olehnya.
"I know. But, do we have any other option? For now?" Zaidi mengeluh.
"I...I don't know uncle." Dia tertunduk lemah.
"Uncle nak Edy simpan dulu rahsia ni. For the sake of your father." Zaidi menggangguk perlahan. Salinan DNA itu dilihat seketika sebelum direnyukkan lalu dibuang ke dalam tong sampah.
**********
Sudah terlalu lama mereka tidak ke sini. Selepas menyusun beberapa bungkus makanan ringan serta minuman tin di atas bonet kereta, Mikael dan Zaidi melompat naik ke atasnya lalu melabuhkan punggung di situ.
Bandaraya Kuala Lumpur yang mulai lenggang menjadi pemandangan mereka. Suasana sepi dan sunyi menyelubungi seluruh kawasan itu.
"Aku tahu." Zaidi yang sedang menghirup air minumannya langsung tersedak. Lantas, dia berpaling ke arah Mikael yang kelihatan tenang menikmati pemandangan jalan raya di bawah.
"How?" Soal Zaidi tidak percaya. Hujung bibirnya yang basah dikesat dengan tangan.
"Aku buat DNA test." Mulut Zaidi terlopong. Tin minumannya diletakkan di tepi.
"But how? Okay, Hanis is staying with you, so it's easier for you to obtain her belongings, but you still need ours too right? Untuk tengok keserasian tu." Mikael tersenyum nipis. Kerutan pada wajah sepupunya dipandang sekilas. Zaman semakin canggih, namun Zaidi masih ketinggalan jauh.
"Remember when I tried to adjust your hair the other day?" Zaidi menepuk dahi. Tahulah dia bagaimana Mikael berjaya melakukan ujian DNA itu.
"Aku pun baru tahu." Luah Zaidi sebelum kembali menghirup air minumannya. Keadaan kembali sunyi di antara mereka.
"So, when will you introduce her to mak ngah and pak ngah?" Mikael tercengang seketika. Jadi, dia sudah tahu.
"Kau siasat pasal Hanis?" Zaidi mengangkat bahunya. Sejak hari pertama lagi, Zaidi sudah tahu tentang hubungan Hanis dan Mikael.
"Bila kau nak ceritakan perkara sebenar pada mak kau?" Mikael kelihatan sedang berfikir.
"Soon. But, not now." Balasnya sebelum menghirup sisa air minumannya.
********
"Aku terpaksa Hadi. Edy keep pushing me!" Luah Harun dengan geram. Hadi meletakkan semua kesalahan di atas bahunya kerana membongkarkan perkara sebenar pada Zaidi.
"Kau boleh tipu, kata salinan tu takde pada kau. Now, what I'm gonna do?" Hadi meraup kasar wajah kusutnya. Harun melepaskan keluhan berat.
"Aku dah suruh Edy tutup mulut. Aku yakin, dia akan jaga rahsia tu." Hadi berpaling ke arah Harun.
"Aku tak rasa macam tu."
happy reading uolls
Share this novel