"I know. But, do we have any other option? For now?" Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam telinganya. Zaidi membetulkan kedudukan bantal sebelum bersandar pada kepala katil.
"Kau jangan sentuh aku! Aku benci tengok muka kau. Keluar dari sini, sekarang! Pergi, pergi aku kata!" Zaidi menikus di tepi almari sambil memeluk lutut. Suara jeritan ibunya bergema sehingga ke tingkat bawah. Air mata dikesat laju. Jantungnya berdebar.
Zaidi segera menekup telinganya saat bunyi hempasan kaca kedengaran. Tubuh kecil itu menggigil ketakutan.
Sudah banyak hari dia mengalami situasi yang sama sehingga dia mula gerun terhadap Azida.
Tubuh ibunya semakin susut. Tidak lagi seperti dulu. Azida enggan bersiap malah menolak untuk menghantarnya ke sekolah. Wanita itu juga jarang keluar bilik. Semua keperluan hariannya kini diuruskan oleh Hadi. Zaidi seolah-olah dibenci oleh ibu sendiri.
"Edy...Edy dah makan? Jom makan dengan papa." Suara halus itu mengejutkan Zaidi dari lenanya. Dia terlelap di belakang almari itu.
Tangan Hadi naik mengusap bahu anak sulungnya. Zaidi menjadi mangsa keadaan. Hampir setahun, dia tidak dapat meluangkan masa bersama ibunya kerana kemurungan wanita itu.
Mata Zaidi naik merenung lengan Hadi yang merah dengan kesan gigitan.
"Mama pukul papa lagi ke?" Soalnya dengan sebak. Hadi terkedu.
Soalan itu tidak langsung dijawabnya. Dia tidak mahu memburukkan Azida di hadapan Zaidi.
Hadi cuba mengukir senyuman manis walaupun air mukanya menjelaskan perasaan sebenar.
"Takdelah. Mana ada. Papa baru je lepas beri mama makan tau. Tadi mama tanya pasal Edy. Papa cakap Edy tengah tengok tv." Bohongnya. Setelah kehilangan anak kedua mereka, keperluan Zaidi sering terabai. Fikiran Azida hanya dikuasai oleh bayi itu.
Hadi kasihan terhadap Zaidi. Dia perlukan kasih sayang mereka berdua.
"Tak mau nangis-nangis. Anak papa kan dah besar. Mana boleh nangis macam ni. Edy anak papa yang kuat. Dah jom kita pergi makan." Hadi mengesat air mata Zaidi sebelum mencempung tubuh kecil itu ke arah meja makan. Zaidi diletakkan di atas kerusi sebelum Hadi menghidangkan makan malam.
Nasi putih, telur dadar dan sayur sawi menjadi menu mereka pada malam ini. Hadi menggaulkan nasi bersama sedikit kuah lalu menyuap Zaidi.
Air mata dikesat. Nafas disedut lalu dihembus perlahan. Sudah 18 tahun berlalu, dan mereka masih mencari Zahirah. Zaidi juga tidak pasti bagaimana rupa adiknya sekarang. Kerana kali terakhir dia melihat adiknya adalah sewaktu masih bayi.
Di manakah dia sekarang, adakah dia sudah mempunyai keluarga baharu, atau dia masih berada di mana-mana rumah kebajikan, dia tidak tahu.
"Hanis, tolong ambilkan mangkuk tu." Hanis menggangguk sebelum menghulurkan sebuah mangkuk kecil kepada Rose.
"Terima kasih..." Ucap Rose sambil tersenyum manis. Adunan tepung bersama mentega digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk tadi.
"Hanis okay?" Soal Rose tiba-tiba. Hanis menoleh hairan ke arah Rose. Dahinya berkerut.
"Hanis okay. Kenapa aunty?" Ajunya pula. Rose tidak membalas, sebaliknya tersenyum lebar.
"Takde. Saja aunty tanya. Hanis suka kan duduk dekat sini dengan aunty?" Hanis menggangguk lagi.
"Kenapa aunty tanya Hanis macam tu?" Rose terdiam seketika sebelum kembali bersuara.
"Mana tahu, Hanis teringin ke nak duduk dengan keluarga kandung Hanis." Jawabnya dengan perlahan. Tangannya tekun menguli adunan tadi.
"Tak. Hanis lagi selesa berada dekat sini." Balas Hanis sebelum membawa peralatan yang sudah kotor ke singki.
"Biar je dekat situ, nanti Mak Idah cucikan." Hanis akur lalu membawa langkah ke tempat tadi.
"Aunty bukannya apa. Risau mama kamu fikir yang bukan-bukan pasal aunty. Takut dia ingat yang aunty ni dah meracuni fikiran kamu untuk kekal tinggal di sini." Jelasnya dengan jujur. Dia tahu Azida masih menanti kepulangan Hanis ke rumah mereka. Cuma, Hanis yang menolak.
"Hanis tak nak buat masa sekarang aunty. Hanis...tak selesa." Wajahnya berubah murung. Adakah Rose sedang menghalaunya?
"Aunty faham Hanis. Dan, aunty tiada niat langsung nak halau kamu keluar dari sini. Niat aunty tanya kamu soalan ni, bukan sebab aunty tak suka kamu tinggal di sini lagi. Kamu jangan kecil hati dengan aunty ya?" Hanis menggangguk faham.
"Aunty?"
"Ya?..." Rose meratakan adunan tadi ke dalam loyang.
"Abang Mikael suka makan apa?" Rose tergelak mendengar soalan itu.
"Kenapa kamu tanya?" Keningnya hampir bercantum. Senyumannya masih tidak hilang.
"Tak...saja je nak tahu." Dalih Hanis lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Dia suka masakan panas. Macam mi goreng ke, nasi goreng ke. Dia jarang makan benda-benda manis. Sejak kecil memang macam tu. Sama macam adik dia." Hanis menggangguk lagi.
"Hah, Mika dengar ada orang petik nama Mika tadi?" Perbualan mereka terhenti apabila Mikael masuk ke dalam dapur. Lelaki itu membuka pintu peti sejuk sebelum membawa keluar botol minuman mineral. Penutup dipulas sebelum air itu diteguk perlahan.
"Haih, pengotor betul. Isilah dalam cawan dulu sebelum nak minum. Orang lain pun minum jugak air tu nanti." Bebel Rose.
"Alah, nama pun family. Apa yang nak digelikan sangat?" Jawab Mikael acuh tak acuh sebelum beredar dari situ.
"Tengok ni, lepas minum, letak je atas meja. Tak semenggah langsung perangai." Rose menyimpan semula botol itu ke dalam peti sejuk.
"Aunty nak Hanis tolong apa-apa lagi ke?" Rose menggeleng laju.
"Kita tunggu je sampai kek ni masak. Lepas tu kita rasa ya..."
belanja lagi satu chap....
Share this novel