Bab 4: Jongkang-jongket

Romance Completed 155761

"Meow, sinilah." Dari tadi cubaannya untuk menggoda makhluk berbulu dan berkaki empat itu tidak berjaya. Berbuih mulutnya asyik mengiau bersama umpan seketul ayam goreng. Siap diasingkan lagi carikan isi ayam di atas pinggan buat tetamu tidak diundang itu.

"Hmm, meow sinilah. Ni ada ayam goreng." Hanis hampir menangis kala kucing putih berbulu lebat itu menonong pergi meninggalkannya terkial-kial seorang diri di situ. Langsung tidak menunjukkan minat terhadap ayam goreng yang terhidang di depan mata.

Akhirnya, Hanis mengangkat semula pinggan berisi carikan isi ayam itu lalu meletakkannya di luar pintu dapur. Mana tahu, kucing itu kembali semula ke sini nanti.

Sementara di meja makan, Shahir sedang mencari sesuatu.

"Mana budak yang awak cakapkan tu?" Tangannya sibuk mencarikkan isi ayam goreng dengan hujung garfu lalu digaulkan bersama sedikit nasi dan kuah sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

Mikael yang leka mengunyah makanan langsung tersedak mendengar soalan itu. Cepat-cepat dia mencapai air sirap di dalam gelas lalu meneguknya dengan rakus.

"Apa kena dengan kamu ni Mika? Makan tu cubalah tertib sikit." Marah Rose sambil menepuk-nepuk belakang Mikael.

Shahir melihat gelagat dua beranak itu melalui ekor mata. Tidak berniat untuk masuk campur. Dia mula syak sesuatu cuma, tidak pasti apa dia.

"Haih, tanya sikit pun tak boleh? sampai terbatuk-batuk." Sekali lagi Mikael terkejut. Wajah tenang Shahir dikerling. Adakah bapanya sudah tahu tentang Hanis? Tidak mustahil kerana lelaki itu mempunyai mata-mata di luar. Sekejap sahaja rahsianya boleh terbongkar. Mikael menarik nafas sebelum membetulkan posisi duduk.

"Budak tu ada dekat belakang. Saya ajak dia makan sama-sama dengan kita, tapi dia tolak." Jelas Rose sambil menuangkan air sirap ke dalam gelas Mikael.

"Hmm. Kamu dah siasat ke dia dari mana, asal usulnya, siapa ahli keluarganya sebelum bawa ke sini?" Mikael menggangguk kepala. Begitu juga dengan Rose.

"Hanis namanya. Dia anak yatim bang. Selama ni, dia membesar di rumah kebajikan. Cuma, baru-baru ni, dia terpaksa cari kerja dan tempat tinggal baru sebab dia dah tak boleh tinggal di rumah kebajikan tu lagi." Terang Rose bagi pihak Mikael. Sementara Mikael, hanya mengganggukkan kepala seperti burung belatuk. Mengiyakan kata-kata ibunya. Air sirap diteguk sekali lagi.

"Eloklah dia tinggal di rumah kita. Boleh temankan awak. Cuma, kita kena peka juga. Tak boleh terlepas pandang tentang hukum hakam. Kena sentiasa beringat, yang kita ni ada anak lelaki. Jangan sampai orang luar mula berkata yang bukan-bukan." Tegurnya sambil memandang wajah Rose dan Mikael berselang seli.

"Iya, Rose tahu bang. Abang janganlah risau." Wanita itu cuba menyakinkan suaminya. Dia kasihan terhadap Hanis.

"Baguslah. Dan kamu, Mika...jangan buat kerja-kerja gila kamu di rumah ini. Jaga batas dengan Hanis." Mikael mengeluh sebelum mengganggukkan kepala. Penat mendengar tazkirah daripada bapanya.

***********

Serta merta terhenti orak langkah Rose. Aik, puntianak mana pulak yang lepak dekat belakang rumah aku ni? Sebelum ni tak pernah nampak pun. Sesat alam ke?

Tanpa menunggu lama, dia terus mencapai batang mop terbiar dari luar dapur sebelum menghampiri lembaga berambut panjang yang sedang bertinggung di tepi longkang rumahnya.

"Eh, Hanis?! Hanis buat apa dekat sini? Hari dah malam." Rose menggenggam batang mop itu sebelum menarik nafas lega. Hampir saja dia balun Hanis tadi.

"Hanis nak bagi kucing makan. Tapi kucing tu asyik lari. Tak mahu dekat dengan Hanis." Jelas Hanis sambil menuding ke arah seekor kucing putih yang sedang membersihkan tubuhnya.

"Oh. Kucing tu memang selalu mari ke rumah aunty. Kalau bagi makan, dia makan je. Cuma, kalau nak pegang-pegang, atau belai, dia susah sikit." Kata Rose sebelum bertinggung di sebelah Hanis.

"Hanis nak bela kucing itu ke?" Soal Rose tiba-tiba. Hanis juga tidak berganjak dari situ sejak tadi.

"Nak. Tapi..." Kepalanya menunduk.

"Kalau Hanis nak bela, boleh aje. Dalam stor, ada sangkar lama. Aunty boleh ambilkan." Anak mata Hanis bersinar selepas mendengar kata-kata Rose.

"Betul ke aunty?" Soalnya dengan teruja.

"Boleh, kalau Hanis pandai jaga." Wanita itu tersenyum melihat keterujaan Hanis. Biarlah, asalkan gadis itu gembira.

*******

"Haish, tak boleh jadi ni. Adik, tolonglah jangan seksa abang lagi. Abang penat ni. Abang nak tidur." Mikael tidak dapat melelapkan mata. Sekejap pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan, sekejap meniarap, sekejap terduduk. Hanis menguasai fikirannya.

Bila mengenangkan yang Hanis kini sudah pun menjadi isterinya, Mikael jadi tidak senang duduk. Rasanya tidak berdosa jika dia mahu menuntut haknya. Bukankah itu salah satu tanggungjawab Hanis? Mikael tersenyum penuh makna. Tapi, ada halangan yang perlu dia tempuhi terlebih dahulu, iaitu ibu dan bapanya. Waktu-waktu begini, selalunya orang-orang tua itu sudah berdengkur di alam ghaib. Mungkin selamat untuk dia ke bilik Hanis sekarang. Tanpa membuang masa, Mikael melompat turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air. Gigi digosok terlebih dahulu. Kemudian, badannya disembur dengan minyak wangi. Penampilannya diperiksa buat kali terakhir sebelum dia menuju ke bilik Hanis yang terletak di tingkat dua.
Hanis merenung lama telefon bimbit pemberian Rose. Peranti itu dibelek-belek. Terasa kekok untuk menggunakannya kerana Hanis belum biasa dengan alat-alat canggih seperti ini. Sudah dia menolak, namun Rose memaksanya untuk menyimpan telefon bimbit itu. Kata wanita itu, lebih mudah jika mahu berhubung.

Tok! Tok! Tok! Hanis melompat turun dari katilnya. Telefon bimbit itu diselitkan di bawah bantal sebelum dia menghampiri daun pintu yang sedang diketuk oleh seseorang.

"Hanis? Hanis?" Bisiknya dari luar. Semoga saja gadis itu masih belum tidur. Ada hajat yang perlu dia lunaskan.

"Siapa tu..." Sayup-sayup kedengaran bisikan halus dari dalam bilik. Mikael menekapkan telinganya pada muka pintu.

"Ini Mikael. Buka pintu ni." Selang beberapa saat, daun pintu bilik terkuak separuh. Cepat-cepat Mikael memboloskan diri ke dalam. Pintu dikunci sebelum dia melangkah ke arah Hanis yang sedang memandangnya atas bawah.

"Awak nak apa?" Soalnya dengan hairan.

"Jom main jongkang-jongket dengan adik abang." Ujar Mikael tanpa segan silu. Baju tidurnya ditanggalkan lalu dilempar ke atas kerusi. Bahu Hanis dicuit-cuit manja.

"Main jongkang-jongket dengan adik abang? Adik abang ada balik ke? Mana dia? Kita nak main malam-malam macam ni? Nanti kalau aunty dengan uncle marah macam mana?" Masyallah, lurus betul budak seketul ni.

"Kejap lagi aku kenalkan kau dengan adik aku. Mama dengan papa marah kalau diaorang tahu je. Kalau diaorang tak tahu, takpe. Jom jom..." Lengan Hanis ditarik menuju ke arah katil.

"Penatlah." Mikael terbaring layu di sebelah Hanis. Staminanya kian merosot sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana usia.

"Abang, Hanis nak lagi." Meleret suara itu meminta dengan penuh harapan.

"Hah, sekali lagi?! Penatlah..." Rungut Mikael. Bukan dia tidak mahu, cuma dia terlalu penat. Nak bangun pun tak berdaya.

"Hmm, okay." Mikael mula diserang serba salah kerana menolak permintaan Hanis. Lagipun, itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Mikael menarik nafas dalam sebelum bangun semula dari tempatnya.

Bunyi erangan dan desahan halus menjadi irama di dalam bilik Hanis pada malam itu. Selang beberapa minit, keduanya hanyut dibuai mimpi.

bab kali ni mcm...hehehehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience