Bab 5

Romance Series 7330

Bab 5

Setengah jam berlalu,masing-masing mula tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sedang Balqis tetap sabar menanti demi restu insan bergelar ibu. Balqis tahu walau sekeras mana pun hatinya,suatu hari nanti pasti juga lembut.

” Qis tahu kan Mak Cik tu macam mana..Sampai bila Qis nak tunggu?Mak dengan abah dah restu hubungan kamu berdua..”, pujuk ibu Balqis,lembut untuk menenangkan kegusaran yang bersarang di hatinya.

Hati ibu mana yang tidak sedih jika anak perempuannya tidak direstui menjadi menantu walhal kakak saudaranya itu mengenali siapa Balqis.

Dia tidak kisah kalau Kak Senah mahu menjodohkan Zulhairi dengan Batrisya tapi Zul lebih memilih Balqis. Sebagai ibu,pasti dia merestui..

” Mak,doakan semoga apa yang Balqis buat semua ni betul..”, balas Balqis dengan linangan air mata lantas memeluk ibunya.

” Balqis..”, Kak Lin menjengah masuk ke bilik itu lagi. Kali ini dengan sedikit senyuman.

Di belakangnya pula Mak Cik Senah dengan muka yang sedikit masam dan senyum yang dibuat-buat kepada para tamu. Dia juga ingin menjaga air mukanya.

Hati Balqis melonjak riang walaupun dia tahu dia sekadar bermain dengan angan-angan. Mana mungkin Mak Cik nya itu boleh berubah dalam setengah jam saja.

Sebenarnya Mak Cik Senah telah dipaksa untuk keluar daripada kereta oleh suaminya.

Berbagai cara telah dicuba namun gagal. Akhirnya Pak Cik Johari menggunakan kelemahan isterinya sebagai perangkap. Dia tahu isterinya itu tidak boleh kehilangan walau sesaat.

” Awak tak nak keluar takpa..Tapi jangan menyesal nanti saya carik yang lain..”, ujar Pak Cik Johari lalu berlalu pergi. Apa lagi,kelam-kabut Mak Cik Senah dibuatnya..Senah,Senah..

Cincin yang dipegang oleh Kak Lin telah bertukar tangan. Kali ini Mak Cik Senah yang memegangnya.

” Mana tangan kau?Cepat sikit,aku nak sarungkan ni. Tak kuasa aku nak lama-lama ngadap muka kau ni”, Balqis masih lagi sabar. Lalu dia bangun untuk berkata-kata.

” Emm..Lia,aku mintak maaf sangat-sangat tapi boleh tak Lia and yang lain-lain keluar kejap? Tinggalkan Qis dengan Mak Cik,Kak Lin dan mak je dalam bilik ni. Ada hal yang Balqis nak cakapkan.”

Lia menganggukkan kepalanya dan tersenyum lalu keluar dari bilik bersama jurugambar dan beberapa saudara Balqis yang lain.

Balqis duduk semula dan kali ni dia duduk bersimpuh di hadapan Mak Cik Senah yang duduk di tepi katil.

” Mak Cik..Saya tahu saya bukanlah menantu pilihan Mak Cik ataupun menantu pilihan mana-mana ibu di dunia ni. Saya bukanlah yang terbaik macam yang Mak Cik harapkan. Saya tahu Mak Cik ada sebab yang tersendiri kenapa saya bukan menantu pilihan Mak Cik. Selama saya hidup di dunia ni,tak pernah satu pun saya mintak dari Mak Cik tapi kali ni, atas rasa hormat saya pada Mak Cik yang saya anggap seperti ibu kedua saya,saya mohon…Restui pertunangan kami,Mak Cik..Saya mohon ampun dan maaf seandainya ada dosa dengan Mak Cik walau sebesar zarah sekalipun. Qis mencintai Zul bukan kerana apa yang ada pada dia,tapi Qis mencintai dia kerana dia mencintai Mak Cik sebagai ibunya..”, wajah Balqis dipenuhi air mata. Kak Lin dan ibu Balqis juga terharu mendengar kata-kata itu.

Mak Cik Senah masih lagi duduk tegak di hadapan Balqis. Sekeras-keras hatinya,tersentuh juga dia mendengar kata-kata itu.

” Sekarang,semua keputusan terletak di tangan Mak Cik atas kekuasaan Allah yang mengerakkan hati Mak Cik untuk membuat keputusan.Insyaallah…saya terima seandainya Mak Cik tak mahu meneruskan pertunangan ini”, tambah Balqis lagi lalu tunduk menghadap lantai. Dia pasrahkan segala-galanya kepada Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience