Bab 10

Romance Series 7330

Bab 10

” Kami dah jalankan pemeriksaan dan mendapati ada masalah dalam kandungan kau. Sekiranya kandungan tu digugurkan, Insyaallah kau akan selamat. Tapi,kau masih boleh teruskan kandungan kau tu. Akibatnya,kau akan mengalami komplikasi ketika melahirkan bayi tu yang mungkin akan menyebabkan kematian kepada kedua-duanya atau salah seorang daripada kamu,” jelas Lia lagi. Dia tahu sukar untuknya memberi penjelasan kepada Balqis namun demi profesionnya sebagai seorang doktor dia terpaksa akur.

Balqis masih tenang merenung lantai. Dia sudah nekad. Seandainya kelahiran bayi itu suatu rahmat,dia rela berkorban.

” Kau mesti tahu mana satu jalan yang akan aku pilih,Lia..Tapi satu je aku harap dari kau. Tolonglah rahsiakan perkara ni daripada pengetahuan sesiapa pun,” Balqis memohon pengertian dari Lia. Lia mengangguk tanda setuju. Mungkin itu menjadi permintaan terakhir sahabatnya. Lantas dia bangun mendapatkan Balqis dan memeluknya erat bersama linangan air mata.

” Balqis,beratnya dugaan hidupmu!”, teriak Lia dalam tangisan yang penuh sendu dan syahdu.

” Insyaallah,Lia..Semuanya dah tertulis untuk aku. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku pasrah,” balas Balqis lagi dengan penuh ketenangan.

Balqis meleraikan pelukan itu. Ada yang mahu ditanya lagi kepada Lia.

” Lia,boleh aku tau baby aku ni boy or girl?”

” Boy,Balqis..”, balas Lia dengan senyuman yang terukir di bibir.

Balqis teringat kata-kata mak mertuanya tempoh hari.

” Anak kau tu laki ke pompuan?”, soal Mak Cik Senah kepada Zul ketika mereka sedang makan malam bersama.

” Tak tahu lagi mak. Kitorang saja tak nak tau.Biar suprise sikit,” Zul tersenyum memandang isterinya di sebelah. Balqis membalas senyuman itu.

” Mak nak anak lelaki. Biar dia boleh waris harta mak ngan ayah kamu ni.” Tegas Mak Cik Senah. Zul dan Balqis hanya berpandangan.

” Yang awak ni cakap macam tu macam la jantina budak tu boleh ditukar-tukar. Semua tu kan anugerah Tuhan. Dulu Balqis belum mengandung awak bising. Ni dah mengandung awak bising jugak. Apa lagi yang awak tak puas hati ni,Senah?”, tegur Pak Cik Johari. Bengang dia dengan sikap isterinya itu yang tidak pernah cuba untuk menerima Balqis. Ada saja yang tak kena.

” Saya tak peduli awak nak cakap apa. Saya tetap nak cucu lelaki.”, Mak Cik Senah membasuh tangannya dan beredar dari meja makan.

” Qis,kau ok ke?”, Lia menyedarkan Balqis daripada bayangan itu.

” Mak mentua aku mesti suka kalau dia tahu aku dapat baby boy,” Balqis tersenyum riang. Lia pula menitiskan air mata. Hatinya terharu dengan pengorbanan yang dilakukan Balqis. Demi ibu mertuanya itu, dia sanggup korbankan dirinya sendiri.

” Kalau pemergian aku nanti boleh rapatkan semula hubungan yang renggang,aku redha, Lia..”, tambah Balqis lagi. Balqis akhirnya melampiaskan air matanya di bahu Lia.

” Abang..”, tegur Balqis ketika suaminya sedang leka menonton televisyen. Di tangannya sebiji mug berisi Nescafe suam kegemaran suaminya itu. Zulhairi menoleh dan menarik lembut tangan isterinya. Balqis menghulurkan mug itu kepadanya.

” Thanks,sayang..”, ucap Zul lalu mengajak isterinya sama-sama menonton televisyen. Tangan kanannya lalu memeluk bahu Balqis.

Balqis hanya senyap seribu bahasa. Fikirannya masih ligat mengingatkan masa depan yang entah bila akan berakhir. Dia cuba membayangkan hidup Zul tanpanya di sisi kelak.

Dia juga terbayang hidup anak yang bakal lahir nanti tanpa sentuhan seorang ibu . Sempatkah dia melihat anak yang selama ini di dambakan? Tiba-tiba air matanya bergenang mengingatkan betapa singkat hidup yang bakal dia hadapi dan betapa banyak dosa yang pernah dia lakukan dahulu..Adakah semuanya akan diampunkan Allah..Hatinya sebak tiba-tiba. Terasa pilu untuk meninggalkan orang-orang yang tersayang di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience