Bab 15

Romance Series 7330

Bab 15

” Sabarlah,Zul.. Yang pergi tu tetap pergi. Redhalah menerima ketentuan Allah yang maha pencipta.”, balas Lia dengan linangan air mata yang ditahan sejak dari wad pembedahan tadi. Sempat dia mengucup pipi dan dahi sahabatnya itu sebelum kain putih menutupi wajah tenang Balqis.

Zulhairi terduduk ke lantai. Terasa semuanya bagai mimpi. Balqis pergi meninggalkan dirinya. Balqis tiada lagi di sisinya. Balqis!!

Mak Cik Senah menangis teresak-esak meratapi berita kematian itu. Begitu juga dengan ibu Balqis yang amat merasakan kehilangan anak perempuannya itu.

Zulhairi ditenangkan oleh bapa dan bapa mertuanya. Kata-kata semangat dan nasihat diperlukan pada waktu itu.

” Sudahlah,Zul.Tak elok meratapi yang dah pergi. Dah tiba masanya kau menerima kedatangan insan baru menggantikan arwah. Pergilah azankan bayi kau,supaya dia juga tak merasakan kehilangan kasih sayang.”, pujuk Pak Cik Johari.

Lalu Zulhairi mengesat air matanya dan mengendong bayinya itu. Sayup-sayup kedengaran suara Zulhairi memecah keheningan kala subuh itu mengazankan insan suci yang baru melihat dunia. Insan suci yang telah kehilangan kasih sayang ibunya. Kala subuh itu juga menyaksikan pemergian seorang isteri,ibu,anak dan wanita yang mulia hatinya. Hati yang tidak akan ada galang gantinya.

Keesokan harinya menyaksikan saat bersemadinya insan tercinta buat selama-lamaya. Tiada lagi gurau senda yang di damba. Hilangnya puteri kesayangan keluarga. Tertanam sudah tawa riang mu itu,Balqis…

” Pergilah,Qis..Abang merelakan pemergianmu ini,” ucap Zulhairi tatkala menurunkan mayat isterinya ke dalam liang lahad.

Malamnya diadakan kenduri tahlil untuk arwah Balqis. Segalanya dilakukan oleh orang kampung kerana masing-masing masih bersedih dengan pemergian Balqis. Terasa sunyi malam itu. Tiada lagi usik-mengusik yang selalu Balqis lakukan ketika mereka bersama-sama.

” Zul,I ada sesuatu yang arwah kirimkan seminggu sebelum arwah pergi,” Lia menghulurkan sepucuk surat kepada Zul setelah majlis tahlil selesai. Memang Balqis sudah berpesan dengannya supaya memberikan surat itu hanya jika ketiadaannya nanti.

Zulhairi kemudiannya masuk ke kamar yang menyaksikan cerita cinta mereka berdua. Terasa baru semalam dia mengahwini wanita itu. Air matanya merembes keluar buat kesekian kali namun segera diseka. Lantas dia teringat surat terakhir yang dikirimkan arwah kepadanya. Segera dia membuka dan membaca satu persatu isi kandungan surat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience