Bab 11

Romance Series 7330

Bab 11

Zulhairi perasan sikap isterinya yang diam sedari tadi. Lantas dia menjengah wajah isteri di sebelahnya itu.

” Qis,kenapa ni? Diam je? “, tegur Zulhairi. Balqis tidak menoleh sedikit pun. Malah masih berada dalam dunianya sendiri.

Zulhairi mula risau. Isterinya itu kerap termenung sejak kebelakangan ini.

” Balqis…” panggilnya lagi dengan nada yang sedikit kuat berbanding tadi. Balqis tersentak. Lalu cepat-cepat dia menyeka air mata yang mula mencuri keluar. Suaminya perasan akan hal itu lalu memalingkan wajah Balqis menghadapnya.

” Kenapa ni? Qis ada masalah ke?Abang tengok Qis selalu termenung kebelakangan ni. Kenapa ni, Qis?”, soal Zulhairi,lembut. Dia perlu bersabar dengan sikap isterinya terutama pada waktu-waktu begini. Ayahnya berpesan supaya menjaga hati Balqis sebaiknya ketika mengandung kerana hati wanita lebih sensitif pada waktu ini.

Balqis hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.

” Sayang,kan kita dah janji apa-apa pun kita sama-sama kongsi?”, pujuk Zul lagi.

” Abang,boleh janji dengan Balqis tak?”, soal Balqis pula.

” Insyaallah,boleh sayang..Janji apa?”, soal Zul lagi.

” Kalau apa-apa jadik kat Qis,abang tolong jaga anak kita baik-baik. Boleh?”, Balqis merenung dalam wajah suaminya itu. Kasihnya tertumpah di situ.

” Qis tak perlu mintak abang janji pun abang akan buat. Anak kita,kita jaga sama-sama..Tapi kenapa Qis cakap macam ni?Abang tak suka..”, balas Zul pula. Risau hatinya memikirkan isterinya itu.

” Mana la tau apa-apa jadik kat Qis ke nanti.. Orang kata bersalin tu mempertaruhkan soal hidup mati..”, Balqis membalas dengan tenang tapi tidak setenang Zul yang mendengarnya.

” Abang tak nak dengar Balqis cakap macam tu lagi. Yang penting sekarang abang nak Balqis jaga diri dan kesihatan Balqis. Yang lain kita serahkan pada Allah yang menentukannya.” Zul cuba menenangkan dirinya. Dia tidak sanggup kehilangan Balqis.

Balqis hanya tersenyum memandang suaminya tanpa berkata apa-apa. Lalu dia merebahkan kepalanya di bahu Zulhairi sambil memeluk lengan suaminya itu.

” Balqis sayang abang dunia dan akhirat. Kalau jodoh kita tak panjang, Balqis harap abang sudi halalkan segalanya untuk Balqis dan terima kasih kerana sudi menumpangkan Balqis dalam hidup abang walaupun seketika..”, ucap Balqis sambil menitiskan air mata dan tersenyum. Zulhairi cuba untuk menjawab kata-kata itu namun niatnya terhenti apabila dirasakan Balqis kuat memeluk lengannya. Dia tahu ada yang bermain di fikiran isterinya itu namun biarlah Balqis yang menceritakan nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience