Bab 7

Romance Series 7330

Bab 7

” Qis..”,tegur Zul sebaik saja dia masuk ke bilik. Cepat-cepat Balqis menyeka air matanya.

” Eh,abang..Terperanjat Qis..”, guraunya untuk menutup kesedihan. Dia tidak pernah menangis di depan Zulhairi apabila diguris hatinya oleh ibu mertuanya. Dia tidak mahu suaminya itu marah kepada ibunya. Dia tidak mahu mak mertuanya terluka.

” Qis buat apa kat tingkap ni?Termenung ingat kat abang ke?”, usik Zulhairi lalu memeluk dari belakang isterinya itu.

” Eii….perasan la abang ni…”

Zulhairi tergelak kecil lalu membuang pandang ke luar tingkap dan termenung.

Balqis mendongak memandang suaminya.

” Ha…abang tu termenung ingat kat gurl lain ea..”,usik Balqis pula. Zulhairi tersedar dari menungannya.

” Qis..Apa kata nanti kita pergi check,apa masalah kita tak dapat baby sampai sekarang ni..”, Balqis pula termenung.

” Sayang dengar tak abang cakap ni…”, soal Zul lagi apabila dilihat isterinya masih diam dan bermenung.

” Apa yang baik untuk kita,Qis ikut je bang,” balas Balqis lalu memberikan senyuman kepada suaminya itu.

” Ops,sory! Saya tak sengaja”, ucap Balqis apabila terlanggar seseorang ketika melangkah masuk ke perkarangan tesco. Akibat leka mencari kad ATMnya dia terlanggar seseorang.

Wanita yang dilanggar tadi mendengus geram. Dahlah aku nak cepat,pompuan ni plak wat hal!

” Hey, U tau tak I nak cepat? U ni mata letak kat lutut ke?”, marah Nadia. Kemudian,dia teringat sesuatu apabila memandang wajah Balqis.

” U ni wife baru Zul ke?”, soalnya tiba-tiba. Balqis yang sedang sibuk mengutip barang-barang di dalam handbagnya yang jatuh tadi mendongak memandang Nadia.

” Ya,saya?Boleh saya tau awak siapa?”, soal Balqis penuh tanda tanya.

” By the way, I ni your ex ‘madu..”balas Nadia dengan nada yang menjengkelkan.

” Maksud awak?”, Balqis keliru dan bingung.

” Eh, U ni slow la! I ni ex wife Zul!Faham?”, Nadia membalas dengan penuh kebencian. Dia silap langkah apabila kecurangan dulu diketahui oleh Zulhairi. Hingga kini dia masih mahu mendapatkan kembali Zulhairi. Siapa yang mahu menolak lelaki yang bakal mewarisi harta pusaka keluarganya yang kaya itu. Zul kan satu-satunya waris lelaki.

Balqis pula masih kelihatan tenang.

“Owh..Hai,saya Balqis, his new wife”, balas Balqis pula selamba. Perempuan di hadapannya ini memang tidak perlu dilayan dengan lemah-lembut.

” Owh,God!Kau tak perlu la nak kenalkan siapa kau. I dah lama tau pasal U. And I pun tau perkahwinan U all ni tak direstui oleh his mother. Am I right?,” Nadia menjungkitkan keningnya. Sengaja mahu menyakitkan hati Balqis.

” So?”, balas Balqis lagi.

Nadia mendengus geram. Sangkanya Balqis akan tergugat dengan kata-kata itu tapi ternyata tidak.

” Listen me, Balqis! U jangan ingat Zul milik U selamanya. I akan buat apa saja untuk dapatkan Zul semula!Remember it,my dear madu!”, luah Nadia dan berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience