Bab 13

Romance Series 7330

Bab 13

” Assalamualaikum!Mak..abah..”, sapanya setelah sampai ke laman rumah mertuanya itu.

” Waalaikumsalam,Qis!Sorang je ke?Zul mana?”, soal Pak Cik Johari.

” Abang kerja,saja je Qis datang nak hantar lauk.”

” Susah-susah je kamu ni Qis. Dah sarat-sarat ni nak bawak kereta jugak lagi. Zul ni memang nak kena dengan abah.” Bebel Pak Cik Johari pula.

” Abah janganlah marah abang. Qis yang berkeras nak datang sini sorang”, balasnya sambil tersenyum.

” Mak mana, abah?”, soal Balqis apabila Mak Cik Senah tidak kelihatan.

” Ada kat dalam tu,tengah buat apa ntah.Pergi la masuk dalam,” suruh Pak Cik Johari. Lantas Balqis menapakkan kakinya masuk ke dalam.

Ibu mertuanya itu sedang leka membuat kuih karipap untuk minum petang.

” Mak buat apa tu?”, soal Balqis dari belakang.

” Buat karipap la,takkan basuh baju pulak!”, balas Mak Cik Senah selamba.

Pandai buat lawak jugak mak mentua aku ni rupanya..

” Mak,ni Qis ada masak lebih nak bagi mak. Mak rasalah,ye. Tapi maybe tak sesedap yang mak masak kot..”, Mak Cik Senah masih senyap. Suasana dingin menyelubungi.

” Mak..”, panggil Balqis perlahan.

Mak Cik Senah masih diam seperti tadi.

Balqis tidak ambil hati sedikit pun. Dia sudah lali dengan semua itu.

” Mak boleh janji dengan Balqis satu perkara tak?”, pinta Balqis. Mak Cik Senah yang membelakangi Balqis mengerutkan keningnya. Dia kemudiannya pura-pura bangun untuk mengambil barang.

” Janji apa pulak?”, soalnya pelik.

” Janji dengan Qis,kalau apa-apa jadi kat Qis mak tolong jaga anak Qis baik-baik,ya..Mak tak suka Qis takpa tapi Qis harap sangat benci mak pada Qis tak wujud pada anak yang bakal lahir ni.Tolong tengok-tengokkan abang untuk Qis..Kalau mak ada calon isteri yang lebih sesuai untuk abang berbanding Qis,Qis rela abang kahwin dengan perempuan tu. Boleh mak janji untuk Qis?”, pintanya dalam nada yang sayu.

Mak Cik Senah semakin pelik dengan kata-kata menantunya itu.

” Kau ni dah kenapa,Qis?”, soal Mak Cik Senah lagi.

” Takda apa mak..Saja ja..Mak,Qis balik dulu,ya. Nanti Qis datang lagi.” Balqis mohon untuk pulang. Lantas dia menyalam tangan ibu mertuanya itu.

” Mak,halalkan segalanya untuk Qis. Kalau sepanjang Qis jadi menantu mak Qis ada buat salah Qis mintak maaf,ya…”, ucap Balqis dan memeluk lama ibu mertuanya itu. Mak Cik Senah kaget. Entah kenapa terasa seperti ada kelainan pada sikap menantunya itu.

Balqis kemudian memohon untuk pulang kepada bapa mertuanya lalu masuk ke perut kereta dan menghidupkan enjin.

Dalam perjalanan, tiba-tiba dia teringat untuk membelikan donat kesukaan suaminya di pasaraya. Lantas dia menukar haluan dan memasuki perkarangan meletakkan kenderaan di pasaraya tersebut.

Dari jauh, kelihatan sepasang mata yang sedang mengekorinya. Mata yang penuh dengan kebencian.

” Hidup lagi rupanya kau perempuan..Tapi takpa kita tengok hari ni macam mana..”, Nadia tertawa keji di dalam keretanya.

Tadi, tanpa sedar dia terlihat kelibat kereta kepunyaan Balqis lantas mengekorinya.

Kalau sebelum ini semua usahanya gagal,kali ini dia akan pastikan misinya berjaya.

3 bulan yang lalu, dia yang merancang meletakkan racun di dalam susu yang dibuat oleh Siti,pembantu rumah Balqis yang sengaja diupah oleh Nadia untuk melaksanakan niat jahatnya. Namun, Allah sentiasa disamping orang yang teraniaya. Belum sempat susu itu dijamah oleh Balqis, susu tersebut tumpah. Lalu,dia menyuruh Siti untuk mempengaruhi Balqis supaya meminum air akar kayu yang kononnya untuk kesihatan kandungan tetapi sebenarnya untuk menggugurkan kandungan.

Tapi,sekali lagi rancangan mereka tidak berjaya apabila Zulhairi telah memarahi Siti kerana mempengaruhi isterinya melakukan perkara yang bukan-bukan. Teruk Siti dimarahi dan hampir dipecat oleh majikannya itu namun Balqis yang berkeras mempertahankan Siti kerana dia tahu Siti datang daripada keluarga yang susah. Semenjak peristiwa itu, Siti sudah tidak mahu berkerjasama lagi dengan Nadia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience