Bab 12

Romance Series 7330

Bab 12

Balqis semakin sarat dengan perutnya itu namun tetap lincah ke sana ke mari melakukan aktiviti harian. Puas ditegah oleh suaminya namun apabila dihalang dia menjawab,

” Balqis nak buat mana yang Qis sempat buat,” balasnya sambil tersenyum. Zulhairi cuba merungkai makna disebalik kata-kata itu namun hatinya selalu memujuk dengan mengatakan semuanya itu hanyalah gurauan isterinya saja.

Hari itu, Balqis berhajat untuk memasak lauk kegemaran suaminya itu. Segala keperluan memasak disediakan dengan dibantu Siti, pembantu rumahnya. Selesai memasak dia menelefon Zulhairi.

” Hello,abang!”, sergah Balqis sebaik sahaja talian diterima.

” Assalamualaikum,Qis..”, Zulhairi mengingatkannya.

Balqis hanya ketawa kecil mengingatkan kesalahan sendiri.

“Err..Waalaikumsalam. Soryla,bang!Excited sangat nak cakap ngan abang..”

Zulhairi hanya tertawa kecil dihujung talian sambil menggelengkan kepala.

” Apa yang sayang excited sangat nak cakap ngan abang ni sampai lupa nak bagi salam?Qis rindu kat abang ea..”, soal Zulhairi. Pasti ada perkara yang menggembirakannya. Tahu saja perangai isterinya itu.

” Sampai Qis menutup mata pun Qis tetap rindu kat abang sorang..Hehe..Takda lah, hari ni Qis masak untuk abang. Semua favourite abang Qis masak tau! So..abang kena balik awal hari ni..Eh,tapi sebelum tu Qis nak pi umah mak-mak kita,nak hantar lauk ni. Boleh ea,bang?”, pujuk Balqis. Dia tahu Zul pasti melarangnya memandu kereta lagi.

” Sayang tu da sarat, nak pi sana sini. Larat ke?Kalau tak larat biar abang je yang hantar nanti,” pujuk Zul.

” Ala..boleh la bang..Kali ni jek!Qis janji ni yang last..”, pujuk Balqis lagi.

Zul mengeluh kecil. Tau benar isterinya itu. Kalau itu yang dia mahu janganlah dilarang. Tetap saja dilakukan.

” Ok,tapi janji jaga diri baik-baik!”

” Thanks,abang! I Love U forever!”, lantas Balqis memberikan salam sebelum talian dimatikan.

Dia bersiap-siap untuk keluar dengan mengenakan pakaian mengandung yang diberikan oleh suaminya.

” Siti,saya nak keluar kejap. Awak tolong jaga rumah,ya?”, Siti mengangguk lantas tersenyum memandang majikannya. Majikannya itu kelihatan ceria hari ini.

Enjin kereta dihidupkan. Dengan lafaz bismillah, Balqis memulakan pemanduannya. Destinasi pertamanya adalah rumah keluarganya. 20 minit perjalanan berlalu akhirnya dia sampai.

” Assalamualaikum mak,abah!” sapanya dari luar rumah.

Terjengul wajah kedua orang tuanya itu. Lantas Balqis mendapatkan tangan abahnya lalu menciumnya. Begitu juga dengan maknya.

” La,kenapa nak datang tak cakap dulu?Kalau tak boleh mak masak kan..”, ucap ibunya ceria dengan kedatangan anaknya itu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba merasa rindu yang teramat kepada Balqis semalam.

” Yela,Qis. Kalau tak boleh abah amek kamu. Risau abah tengok kamu tu dah sarat macam ni bawak kereta jauh-jauh.”, bebel abahnya pula sambil menggelengkan kepala.

” Ala mak,abah..Bukan selalu pun Qis dapat pelepasan abang nak pi sini sendiri. Lagipun Qis rindu sangat kat mak ngan abah”, Balqis tersenyum. Hatinya sebak tiba-tiba.

” Hah,mak. Qis datang kejap je ni. Qis nak bagi mak lauk sikit Qis masak tadi. Saja masak lebih.”

” Qis tak makan sini la ya? ” soal ibunya itu.

” Taklah kot mak. Lepas ni nak pi umah mak abang pulak hantar lauk. Tadi dah janji dengan abang nak makan sama-sama.”

” Kamu ni hantar lauk sana-sini macam ada kenduri pulak”, tegur abahnya sambil ketawa kecil. Balqis tersenyum.

” Kenduri untuk Qis la kot..”, balas Balqis sambil tersengih.

” Ish budak ni. Main-main pulak dia.” Marah ibunya.

Balqis ketawa kecil.

” Mak,abah, Qis mintak diri dulu nak pi umah mak pulak. Nanti lain kali Qis datang, Qis dok lama-lama sikit ea..”, pujuknya.

Lalu dia menyalam tangan kedua orang tuanya dan memeluk erat mereka berdua.

” Elok-elok bawak kereta tu!”, pesan abahnya. Balqis dihantar melalui pandangannya.

Lalu dia menuju ke destinasi seterusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience