Bab 17

Romance Series 7330

Bab 17

Seusai membaca, kini giliran Mak Cik Senah pula menangis teresak-esak. Terbayang seketika sewaktu arwah masih hidup. Tidak pernah dia melayan baik menantunya itu. Pernah suatu ketika, Balqis membuatkan kuih kesukaannya. Balqis memintanya untuk merasakan kuih itu. Namun kerana egonya tinggi dan sengaja untuk menyakitkan hati menantunya itu,dia telah melemparkan kuih itu ke tanah. Tapi Balqis tidak pernah marah atau menangis, Dia hanya tenang sambil mengutip kuih yang bertaburan itu sambil tersenyum.

” Maafkan mak, Zul!Mak berdosa dengan Balqis..Mak berdosa Zul!”,Mak Cik Senah menangis teresak-esak. Zulhairi menyeka air matanya. Perkara yang berlalu biarlah berlalu dengan tenang.

” Sudahlah,mak. Qis dah maafkan mak. Qis mesti tak nak tengok mak meratapi dia. Kita yang hidup ni doakan kesejahteraan dia kat sana..” pujuk Zul lagi. Dalam situasi ini, dia perlu kuat supaya yang lainnya tidak lemah.

Tiba-tiba,terdengar esakan kecil anaknya mengembalikan semangat untuk meneruskan kehidupan. Lantas dia mendapatkan anak itu dan mendodoikannya.

” Sayang jangan nangis ya..Ayah sentiasa ada untuk Adam Haikal,” Zulhairi memanggil bayinya dengan nama yang sangat digemari oleh Balqis.

” Balqis,walaupun mungkin abang bukan takdir terindah dalam hidup Qis, tapi Qis tetap takdir terindah dalam hidup abang..”,bisiknya perlahan sambil mengucup ubun-ubun bayi itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience