Bab 6

Romance Series 7330

Bab 6

Mak Cik Senah mengeluh kecil.

” Bak sini tangan tu. Macam mana nak tunang kalau tak sarung cincin,” balas Mak Cik Senah dalam nada yang mula mengendur. Balqis mengangkat mukanya memandang Mak Senah untuk mencari kepastian lalu dia menghulurkan jari manisnya.Maka sahlah dia bergelar tunangan kepada Zulhairi. Dia memeluk erat Mak Cik Senah walaupun pelukan itu tidak berbalas. Lantas dia memeluk ibunya dan kemudian Kak Lin yang tersenyum memandangnya.

” Thanks,Kak Lin..”, ucap Balqis sambil tersenyum.

” Eh,sebelum akak terlupa akak ada sesuatu daripada Zul..”, Kak Lin mengeluarkan kotak berbentuk segiempat dari tas tangannya.

Lalu dia membuka kotak itu dan menunjukkannya kepada Balqis.

” For me?”, soal Balqis

” Yup,for you my dear from my dear little brother..”, Kak Lin tersenyum lagi.

Balqis tidak terkata apa-apa kerana terharu. Sesungguhnya Zulhairi terlalu memanjakan dirinya.

” Sukalah tu!”, usik Kak Lin lalu mencuit hidung Balqis. Balqis hanya tersenyum bahagia..

” Mak dah cakap dari dulu jangan kawin dengan Balqis tu kau degil! Tengok apa dah jadi sekarang?”, bentak Mak Cik Senah. Nampaknya pertengkaran lama mula menjelma lagi.

” Mak,rezeki tu semua di tangan Allah. Kita merancang tapi dia yang menentukan”, Zulhairi mempertahankan isterinya.

” Ah,sudahlah Zul!Dalam keadaan macam ni pun kau masih nak pertahankan isteri kau tu.Pernah tak kau fikirkan perasaan mak?”, Mak Cik Senah mula menggunakan cara psikologi menambahkan rasa bersalah anaknya itu.

” Zul tau Zul salah kat mak…Tapi mak,mak kena terima Qis seadanya sebab dah tertulis dia memang untuk Zul”,protes Zul lagi. Baginya,dia sudah menerima segala ketentuan yang ditentukan dalam hidupnya.

“Kena terima yang bini kau tu mandul?Tak boleh mengandung?Macam tu?”, ejek Mak Cik Senah.

Dia sudah lama ingin menimang cucu dari anak lelaki tunggalnya itu. Dulu,ketika perkahwinan Zulhairi yang pertama bersama Nadia,jodoh mereka tak panjang kerana ternyata Nadia bermain kayu tiga di belakang Zul. Kini,dia terpaksa pula berhadapan dengan Balqis yang tidak juga mengandung walaupun usia perkawinan mereka mencapai usia 3 tahun. Bukan kerana Balqis ataupun Zulhairi yang mandul tapi kerana rezeki belum menyebelahi mereka.

” Mak…”, belum sempat Zul menghabiskan ayatnya,Mak Cik Senah dah potong.

” Sudah!Mak tak nak dengar lagi alasan kau!Tak kira macam mana cara sekalipun,mak tetap nak Balqis mengandungkan cucu mak!Kalau tak boleh jugak,kau ceraikan Balqis. Mak pinangkan orang lain untuk kau,” Amboi…mudahnya Mak Cik Senah menuturkan kata-kata tanpa memikirkan perasaan Balqis yang secara tidak sengaja terdengar perbualan mereka anak-beranak di sebalik pintu.

Pedih hatinya mendengar kata-kata mak mentuanya itu. Bagai tiada nilainya dia dilahirkan sebagai seorang wanita.

Lantas dia berlari masuk ke dalam bilik dan termenung di jendela mengenangkan nasibnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience