Bab 16

Romance Series 7330

Bab 16

Assalamualaikum,abang…

Buat abang yang Qis sayang dunia dan akhirat, sampainya surat ini ke tangan abang bermakna telah sampai juga seruan ILAHI itu kepada Balqis. Siapalah Balqis untuk menolak kehendak takdir yang telah ditentukan untuk kita..

Abang, Qis harap abang redha dengan pemergian Qis ni..Qis tak nak abang meratapi pemergian Qis. Qis nak mohon ampun dan maaf kerana merahsiakan masalah kandungan Qis daripada abang. Bukan niat Qis untuk membelakangkan abang tapi Qis juga tak nak kerana Balqis, hubungan abang dengan mak dah tak macam dulu. Mungkin,kali ini Balqis yang perlu mengundurkan diri. Walaupun mungkin Qis pergi bukan sebab kandungan ni, Qis harap abang dapat maafkan Qis. Qis redha semuanya yang terjadi kerana Qis percaya pada kehendak takdir.

Abang , Qis takkan pernah lupa detik pertama Qis jatuh cinta pada abang walaupun Qis tahu ketika itu abang sudah dimiliki oleh orang lain. Tapi Qis tetap menunggu dan terus menunggu hinggalah akhirnya doa Balqis dimakbulkan. Akhirnya abang menjadi milik Qis walaupun cuma seketika..Abanglah suami Qis dunia dan akhirat. Sepanjang Qis menjadi suri di hati dan hidup abang,Qis minta maaf andai ada perlakuan Qis melukakan hati abang. Qis bukanlah wanita sempurna dambaan lelaki tapi cukuplah Qis didamba seorang lelaki benama ZULHAIRI…

Abang, Qis harap abang dapat jaga diri abang dan anak kita baik-baik. Abang didiklah dia dengan apa yang abang rasakan betul untuk panduan hidup dia dunia dan akhirat. Qis tahu mak mesti suka dengan kehadiran cucu lelakinya ni sebab itulah yang diharapkan selama ni.

Semoga kehadiran anak kita dapat mengubat hati mak yang kecewa dengan Balqis. Sampaikan salam maaf buat mak dan abah sekiranya Balqis tak sempat berbuat sedemikian.

Buat mak dan abah Qis,doakan kesejahteraan Balqis di sana nanti. Mak dan abahlah ibu bapa Qis dunia dan akhirat. Mak,terima kasih kerana melahirkan Balqis ke dunia ni. Buat abah, terima kasih atas segala pengorbanan dalam membesarkan Balqis dan mohon ampun dan maaf kerana sampai bila-bila pun tak mungkin Balqis dapat membalasnya. Sekiranya Balqis membesar menjadi seorang anak yang baik,semua itu berkat didikan mak dan abah. Tapi,sekiranya Balqis membesar menjadi seorang anak yang mengecewakan mak dan abah,janganlah mak dan abah kecewa kerana semua itu bukan salah didikan mak dan abah tapi sebaliknya salah Balqis sendiri.

Buat mak dan abah mertuaku,mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap Qis sepanjang bergelar menantu kepada keluarga ini. Qis bukanlah menantu seperti yang diharapkan tapi Qis nak mak dan abah tahu yang Qis tidak pernah menyesal menjadi sebahagaian daripada keluarga ini. Halalkan segalanya untuk Qis dan jagalah cucu mak dan abah ini sebaik-baiknya. Qis tak pernah minta apa-apa pada mak dan abah cuma Qis minta mak dan abah merestui Qis sepanjang menjadi menantu mak dan abah dan meredhai pemergian Qis ini.

Buat abang,meskipun mungkin Qis bukanlah takdir terindah dalam kamus hidup abang..Tapi Qis nak abang tahu abanglah takdir terindah sepanjang hayat insan bernama NUR BALQIS…

Salam terakhir buat abang yang Qis sayang dunia dan akhirat…

Wassalam..

‘Nur Balqis’

Bercucuran air matanya setelah membaca warkah terakhir itu. Seakan terbayang wajah tenang Balqis yang tersenyum manis memandangnya. Mak Cik Senah masuk ke bilik Zulhairi kerana tidak menemuinya di ruang tamu. Dia melihat Zuklhairi menangis sambil memegang sepucuk surat. Lantas dia mengambil surat itu dari tangan Zulhairi lalu membacanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience