Bab 14

Romance Series 7330

Bab 14

Selesai membeli donat tersebut, Balqis berjalan kaki menuju ke tempat letak keretanya. Nadia mula mengatur strategi. Tempat itu agak sunyi daripada perhatian orang ramai dan memudahkannya untuk melaksanakan tugas kejinya itu. Sebaik saja Balqis berada di pertengahan jalan,dia menekan pedal minyaknya dengan kuat menuju ke arah Balqis.

Balqis yang tidak sedar akan hal itu masih berada di pertengahan jalan sambil memegang perutnya.

” Abang!!!!!”, tubuh Balqis melayang dan kemudian terhempas ke tanah. Nadia kemudiannya memberhentikan keretanya dan tertawa keji di dalam kereta melihat tubuh Balqis yang tidak bergerak lagi.

” Mampus kau perempuan!”, lantas dia memecut laju sehingga di persimpangan jalan. Allah itu lebih mengetahui apa yang akan terjadi.

Sejurus sahaja Nadia memecut keluar daripada pintu pasaraya,sebuah treller yang datang dari arah bertentangan melanggarnya. Nadia cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

” Lia,macam mana dengan Balqis??”, soal Zulhairi cemas. Sebaik sahaja mendapat panggilan telefon daripada pihak hospital,dia segera ke sana. Seluruh ahli keluarganya turut berada di situ.

” Sabar, Zul. I sedang berusaha untuk menyelamatkan kedua-duanya. Tapi, I harap U dapat bersabar apa jua yang akan berlaku nanti. Kita serahkan semuanya pada kuasa Allah. Banyakkan berdoa.”, balas Lia lantas bergegas ke unit rawatan rapi.

Dia tidak dapat mengendalikan pembedahan ini kerana tidak sanggup melihat keadaan Balqis yang parah ketika itu. Lalu pembedahan itu dijalankan oleh sahabatnya dengan dipantau olehnya kerana selama ini Balqis berada di bawah penyeliaannya.

7 jam berlalu dengan begitu lambat dirasakan. Zulhairi langsung tidak mahu makan dan tidur sepanjang waktu itu. Dia hanya minta izin untuk menunaikan solat dan kemudian kembali ke situ semula untuk menanti isteri dan zuriatnya.

Ibu Balqis masih ditemani air mata sedari tadi. Patutlah dia merasakan lain benar sikap anaknya itu tadi. Hatinya juga tiba-tiba menjadi rindu pada Balqis. Suaminya setia disisi menenangkan hati isterinya kala itu.

Mak Cik Senah pula duduk bersandar sambil menitiskan air mata kesal kerana tidak pernah melayan dan menerima Balqis seadanya. Selama ini dia tidak pernah berlembut dan bermesra dengan Balqis.

Dia teringat pesanan Balqis ketika datang ke rumahnya siang tadi. Dia merasa sebak tiba-tiba. Apatah lagi apabila tadi dia juga mengetahui kandungan Balqis memang menghadapi masalah.

Namun Balqis tetap mahu mempertahankan kandungannya demi memulihkan kekecewaan di hati ibu mertuanya itu.

Lampu wad pembedahan dimatikan. Zulhairi bergegas mendapatkan Lia untuk bertanyakan berita. Hatinya berdebar yang amat sangat ketika itu.

” Lia,macam mana semuanya?”, Lia tersenyum dalam kehambaran. Dia menarik nafas sebelum memberitahu duduk perkara yang sebenar.

” Alhamdulillah,anak U selamat..”,ucapnya tenang walaupun hatinya tidak lagi tenang.

” Balqis?Balqis macam mana,Lia?Cakap cepat Lia!”, Zulhairi mula berasa tidak sedap hati. Dia menggoncangkan tubuh Lia. Lantas Lia mencengkam erat kedua bahu suami sahabatnya itu untuk menenangkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience