Bab 8

Romance Series 7330

Bab 8

Balqis beristigfar di dalam hati. Nasib baik dia boleh bersabar tadi. Kalau tidak,mau saja perempuan perasan Mat Saleh tu ditamparnya. Lalu dibiarkan saja kata-kata itu bersarang di hatinya.

Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan ke atas pasangan suami isteri itu. Ternyata kedua-duanya tidak mengalami sebarang masalah yang mengagalkan mereka untuk mendapatkan zuriat.

Betul kata doktor muda itu, rezeki belum menyebelahi mereka.

Pulang saja di rumah, Zulhairi memberitahu tentang berita itu kepada ayah dan ibunya.

“Alhamdulillah,Zul. Ayah tahu kamu berdua sihat. Insyaallah,tak lama lagi ada la tu..”, Pak Cik Johari cuba memujuk hatinya. Dia juga sudah lama teringin untuk menimang cucu. Tapi siapalah dia untuk menyangkal kehendak Allah.

Mak Cik Senah hanya mendengus kecil lalu berlalu pergi masuk ke biliknya.

Balqis,Zulhairi dan ayahnya hanya memandang sepi.

2 bulan berlalu…

” Tahniah Balqis, u pregnant,” Dr.Lia bersalaman dengan Balqis tanda mengucapkan tahniah. Balqis terpinga-pinga.

” Hello….Ur pregnant now my dear!”, Lia menyedarkannya dari blur. Balqis kembali ke dunia realiti.

” Is it right,Lia?”, soal Balqis seperti tidak percaya.

Lia menganggukkan kepalanya berkali-kali bagi meyakinkan sahabatnya itu. Lantas mereka berpelukan bersama linangan air mata.

” Congrate,my dear..At least,kesabaran kau dalam penantian ni tak sia-sia”, ucap Lia.

Mereka bersama-sama keluar dari bilik rawatan di mana Lia bekerja. Zulhairi yang menanti di luar sedari tadi bergegas mendapatkan isterinya dan Lia.

” Lia,macam mana my wife?She’s ok,right? Malam tadi teruk dia pening sampai muntah-muntah. I tak tahu nak..”, Lia tersenyum. Sayang benar Zulhairi kepada sahabatnya itu. Diam-diam dia memanjatkan kesyukuran.

” Releks la beb!U will be a father soon..”, Lia menyampaikan khabar gembira itu.

” Takda la,Lia. I Cuma risaukan dia je. Semalam Qis…..Eh,what do U say just now? I’ll be a father soon?”, soal Zulhairi kebingungan.

” Or dengan kata lain Balqis dah pregnant”, Lia menjelaskan lagi.

Zulhairi memandang isterinya memohon kepastian. Dan Balqis pula menganggukkan kepala tanda mengiyakan lagi kenyataan Lia.

” Alhamdulillah!”, Zul memeluk isterinya erat tanda syukur atas rezeki yang selama-lama ini dinanti. Mereka pulang membawa khabar gembira kepada kedua-dua orang tua.

” Tak sabarnya ayah rasa nak timang cucu,kan Senah?”, gembiranya hati Pak Cik Johari bukan kepalang. Mak Cik Senah hanya senyap seribu bahasa. Jauh di sudut hatinya juga berasa gembira dengan berita itu. Sengaja tidak mahu di tunjuk kerana egonya lebih tinggi berbanding rasa gembira yang sedang berbunga itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience