Bab 4

Romance Series 7330

Bab 4

Akhirnya waktu yang dinanti telah tiba. Rombongan meminang akhirnya sampai juga. Balqis berdebar-debar menanti saat bergelar tunangan orang dan dalam masa 6 bulan saja lagi bergelar isteri orang pula.

Balqis resah menunggu di dalam bilik. Doanya agar segalanya berjalan dengan lancar.

” Wei,Balqis..Rilex la..Gelabah je aku tengok kau dari tadi”, Lia menegur Balqis. Sahabatnya itu kelihatan tidak tenang dari tadi.

” Aku takut la,Lia..”, luah Balqis.

” Insyaallah,semuanya baik-baik aje..Jangan risau..”, Lia menenangkan sahabatnya itu. Dia tersenyum memandang Balqis yang manis berbaju kurung Melayu moden dipadankan dengan kain jarang di bahagian luarnya dan tudung yang serona.

” Hah,Qis diorang dah nak datang sarung cincin ni. Duduk elok-elok sikit”, arah Lia. Balqis membetulkan duduknya.

” Assalamualaikum..”, kedengaran suara menyapa memberi salam. Sesaat kemudian,terjengul wajah bujur sirih milik akak Zulhairi membawa cincin kepada Balqis.

” Qis..”, tegurnya. Balqis menyambut tangan Kak Lin untuk bersalaman lalu mereka berpelukan erat. Sesungguhnya hanya mereka yang mengetahui perasaan masing-masing ketika itu. Gembira,sayu,bersyukur..Segalanya bercampur menjadi 1,INDAH..

Hati Balqis terdetik untuk menanyakan sesuatu.

” Kak Lin, Mak Cik mana?”, Balqis tercari-cari kelibat Mak Cik nya itu namun hampa. Puas juga dia menyuruh alongnya menjengah kalau-kalau ada kelibat wanita itu namun jawapannya masih hampa.

Kak Lin tampak serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Ingin diberitahu duduk perkara yang sebenar bimbang bakal adik iparnya itu berkecil hati. Ingin ditipu terasa kasihan.

” Mak Cik mintak tolong akak sarungkan cincin ni kat Balqis,mak tak sihat sikit,dik..”, pujuk Kak Lin. Tapi dia terlupa Balqis belum cukup bodoh untuk ditipu. Jauh di sudut hatinya tahu Mak Cik nya itu belum merestui hubungan mereka.

Balqis menarik semula jarinya yang baru saja ingin disarungkan dengan cincin.

” Kak..”, mata Balqis mula berkaca.

Kak Lin memandang sayu wajah itu. Balqis tidak bersalah sama sekali. Dia cuma mangsa kekerasan hati ibunya.

” Tolonglah,Kak Lin..Qis tahu Mak Cik datang hari ni. Qis mohon kak, biarlah Mak Cik yang sarungkan cincin ni tanda ada ruang di hati dia untuk Qis walaupun sikit..”, Balqis sudah separuh merayu. Kak Lin serba salah. Ibunya ada di dalam kereta,sengaja tak mahu keluar.

Kak Lin menganggukkan kepalanya.

” Kak Lin cuba, ya sayang..”, pujuknya lagi lalu menapak keluar dari bilik itu dan menemui ayahnya. Ayahnya menganggukkan kepalanya lalu keluar menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience