Bab 1

Romance Series 7330

MENANTIKAN KEAJAIBAN
MAMORU

Bab 1

‘’Abang dah fikir masak-masak ke? “, Balqis mengajukan soalan kepada kekasih hatinya itu. Hatinya gundah memikirkan tentang hubungan mereka. Entah apa lagi yang harus dilakukan. Sayangnya terhadap Zulhairi menggunung tinggi meskipun lelaki itu memegang status ‘duda muda’ dan merangkap sebagai abang saudaranya.

” Nape Qis tanya abang macam tu?Sepatutnya abang yang kena tanya Qis soalan tu. Balkis bersedia ke terima abang yang duda ni?”, Zulhairi pula menduga Balqis. Dia tahu Balqis memang sayang kepadanya sejak 2 tahun yang lalu namun mungkin ada penghalang dalam hubungan mereka.

” Abang tau kan perasaan Qis kat abang macam mana? Tapi bang, kita kena fikirkan orang sekeliling kita jugak. Qis tak nak pasal hal kita family Qis ngan family abang tak bertegur sapa”, balas Balqis lalu menghumbankan pandangannya ke tengah tasik.

Bingung dia memikirkan tentang hubungan mereka. Mak saudaranya yang merangkap mak kepada Zulhairi tidak merestui hubungan mereka kerana awal-awal lagi dia sudah berkenan dengan adik Balqis,Batrisya untuk dijodohkan dengan Zulhairi.

” Balqis,walau mak tak restu hubungan kita pun abang tetap akan pertahankan. Takda sebab untuk dia menolak Qis. Cuma abang harap sangat Balqis sokong abang. Abah tak halang hubungan kita tapi Qis kena faham mak abang tu..”, ucap Zulhairi pula lalu mengeluh kecil. Sesungguhnya hati ibunya itu memang sukat untuk dilembutkan.Kalau hitam katanya,jagan berani nak kaler lain..

” Insyaallah,bang. Hati Balqis tetap milik abang selamanya”,balas Balqis sambil tersenyum memandang Zulhairi.

” Mak tak setuju!!Sekali mak kata tak,tak la jugak!Titik!”, bentak Mak Cik Senah. Petang itu Zul menyuarakan lagi hasratnya untuk menyunting Balqis sebagai isteri kepada maknya. Entah keberapa kali pun tak tahulah. Tapi walau 1000 kali Zul berkeras, Mak Cik Senah tetap dengan keputusannya.

” Mak,apa salah Balqis sampai mak tak suka sangat dengan dia?”, soal Zulhairi,masih lagi berlembut.

” Memang dia tak salah apa-apa pun,tapi di mata mak ni tetap tak berkenan dengan dia. Apa salah Batrisya pulak sampai kau tak boleh tolak Balqis??”, tempelak Mak Cik Senah pula.

Pada matanya,Batrisya gadis yang sempurna. Cantik,lemah lembut,pandai mengambil hati orang tua cuma dia tidak berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi memandangkan minatnya untuk belajar juga entah ke mana. Tapi, Mak Cik Senah sendiri tidak sedar ciri-ciri itu juga ada pada Balqis. Barangkali Mak Cik Senah tidak suka kepada Balqis kerana dia berpelajaran tinggi.

Mungkin dia serik bermenantukan gadis seperti menantu lamanya itu.

” Tapi mak, Zul cintakan Balqis,bukan Batrisya”, Zul masih lagi mahu mempertahankan cintanya pada Balqis.

” Mak tetap tak setuju!”,bentak Mak Cik Senah lagi

” Sudah Senah!Apa masalah awak sebenarnya ni?Apa kurangnya budak Balqis tu, apa istimewanya Batrisya?”, ayah Zulhairi,Pak Cik Johari mula bersuara. Dia yang baru saja menuruni anak tangga terdengar perbalahan isteri dan anaknya itu. Dia sendiri tidak faham mengapa isterinya itu berkeras tidak mahu menerima Balqis sebagai menantunya.

Pada matanya pula, Balqis memang cukup sifat untuk dijadikan seorang isteri dan menantu. Kalaulah Zulhairi tidak berkahwin dengan Nadia dahulu,sudah lama dia pinangkan Balqis untuk anak lelakinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience