BAB 9

Romance Completed 8124

“Memang tak sakit tapi kalau satu hari nanti awak bertindak lebih jauh dan susahkan orang yang sayangkan awak? Saya cuma nasihatkan awak saja.” Ungkapan yang
dilemparkan dengan tenang oleh Laila membakar hati Alif.

“Eh, kau jangan nak lagak baik dekat sini. Kalau aku mati pun, aku tak susahkan kau. Oh, agaknya kau susah sebab takut kau dapat harta aku kan? Eh perempuan, sejak
hari perkahwinan kita, sumpah aku tak teringin nak tengok muka kau. Mulai hari ni aku nak kau tidur dekat bawah. Kau jangan sibuk nak tidur dekat dalam bilik atas
katil aku. Sedar sikit yang kau tu miskin, muka pun buruk. Kalau lawa sangat tak apalah.” Cemuh Alif tanpa memikirkan perasaan wanita di hadapannya yang pernah suatu
ketika dia berbual dengan mesra, yang pernah dia suka dalam diam.

Namun sekarang? Entahlah.. Biar Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan Laila pada ketika ini.

Air mata Laila mengalir laju sebaik sahaja Alif meninggalkannya di situ sendirian. Kedengaran deruman kereta keluar dari halaman rumah tersebut. Kakinya terasa lembik,
lututnya menggeletar. Dia tidak dapat menahan kaki dan perasaannya. Tubuhnya terasa longlai dan serentak dia terjatuh betul-betul di atas deraian kaca tersebut. Darah
mula keluar dari kedua belah lututnya.

Ya Allah, seumur hidupnya dia tidak pernah bayangkan lelaki dan suami yang disayangi akan menghinanya sebegitu rupa betul-betul di mukanya. Darah yang setia mengalir
tidak dihiraukan. Luka di hati siapa yang hendak merawatnya.

Selepas membersihkan serpihan kaca dan darah yang ada, dia segera bangun. Air matanya yang masih berbekas diseka.

********************************

Jam sudah menunjukkan ke angka dua pagi namun kelibat semuanya masih tidak terlihat di halaman rumah. Hati Laila mulai risau. Dia mahu meminta maaf kepada suaminya
walaupun dia tahu dia tidak membuat salah tetapi nasihat yang pernah didengarnya, kalau orang tak nak beralah, biar kita yang beralah dulu. Sekejap matanya tertutup,
sekejap kepalanya terlentok namun dia tetap menggagahkan dirinya. Dia harus membuat langkah dahulu kalau suaminya tidak mahu membuat.

Sekitar jam tiga pagi dia terkejut dari bangun bila terdengar deruman kereta masuk di halaman. Abang, bisik hatinya. Dia menunggu suaminya masuk ke dalam rumah. Tangan
suaminya diambil dan dicium seperti biasa namun tiada reaksi daripada Alif.

“Awak, saya minta maaf,” ucap Laila dengan nada ikhlas sambil matanya tepat memandang mata suaminya.

Tanpa membalas kata-kata Laila , Alif menonong jalan meninggalkan isterinya termangu di ruang tamu. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Alif menghempas pintu kuat. Dia
semakin benci dengan Laila . Entah kenapa nasihat Laila pada tadi membuat bencinya bertambah apatah lagi apabila isterinya itu merawat luka di tangannya.

Seusai mandi dan bersiap untuk tidur, Alif menutup lampu bila pintu biliknya diketuk. Apalagi lah dia ni nak, hatinya mendongkol geram.
Pintu dibuka terpacul wajah Laila.

“Awak, saya nak tidur dengan awak boleh? Saya tak biasa tidur sorang-sorang dalam bilik gelap. Saya takut.”

Laila meredupkan matanya. Ah, tak mungkin aku akan kalah lagi. Bentak hati Alif namun entah mengapa buat ke berapa kalinya dia gagal lagi. Pintu dibuka luas menjemput
Laila masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience