BAB 6

Romance Completed 8124

Begitu tulus dan ikhlasnya kata-katanya. Adakah dia juga begitu? Adakah kasihnya setulus dan sejujur Laila? Hatinya bergetar hebat.

Siapa kata dia boleh tutup mata sahaja kalau Laila meninggalkannya begitu sahaja suatu hari nanti? Siapa yang berani memisahkan mereka berdua? Dia tidak akan
membiarkannya. Dia akan memelihara hubungan mereka dengan baik.

“Saya pun takkan tinggalkan awak. Takkan biarkan awak keseorangan.” Ingin sahaja diutarakan kata-kata itu tetapi mulutnya seakan terkunci. Dia sekadar membalas pelukan
Laila dengan erat sambil tangannya mengusap-usap lembut kepala isterinya yang masih bertudung itu.

Seketika mereka berada dalam keadaan begitu baru Laila tersedar sesuatu.

“Abang, mana mak?” Memang dari tadi dia tidak nampak kasut dan kereta Puan Jamila di luar.

“Mak balik rumah,” balas Alif ringkas sambil kedua ibu jarinya mengelap air mata Laila yang bersisa di pipinya itu.

“Tapi bukan ini rumah mak ke?” Soal Laila dengan kehairanan.

“Taklah, ni rumah kita. Rumah mak di Melaka.” Jawab Alif perlahan.

“Oh, abang ada rumah dekat Melaka? Wah, bestnya!” Teriak Laila keriangan.

“Awak ni dah kenapa macam tu.”

“Kalau abang nak tahu, saya memang tak pernah pun jejak kaki ke situ.” Jawab Laila dengan jujur dan polos. Alif terperanjat. Takkan selama hidup ni Laila tidak pernah
ke sana?

“Awak biar betul?”

Laila sekadar mengangguk sambil berkata, “Kalau abang nak tahu, saya ni dulu orang susah. Umur 14 tahun berhenti sekolah. Terus kerja untuk tampung belanja diri saya
sendiri sebab mak bapak saya tak mampu?”

Alif mendengar dengan tekun.

“Lepas tu masa saya umur 19 tahun, ibu dengan ayah tinggalkan kami selamanya. Bayangkan Laila ada seorang adik yang masih lagi sekolah,” sekali lagi air mata Laila
deras turun sebelum dia menuturkan semula kata-kata, “sejak hari itu saya bertekad tak nak susahkan adik.Saya buat dua,tiga kerja dalam satu hari.

Tapi saya rasa bersyukur sebab hasil dari titik peluh saya sendiri membolehkan saya menyambung pelajaran adik saya walaupun saya masih takde pelajaran yang
sempurna...”

Laila menghabiskan kata-katanya dengan senyuman bersama penuh semangat. Alif yang sedari tadi mendengarnya rasa terharu. Wanita di hadapannya ini, sungguh tulus
hatinya. Alif menjalarkan tangannya ke tangan Laila sambil memegangnya kejap seperti memberikan semangat.

Laila bagaikan tersentak dengan tindakan Alif yang secara tiba-tiba itu. Namun dalam itu dia berasa sedikit lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience