BAB 11

Romance Completed 8124

Pada pagi itu, Alif bangun dengan penuh ceria sekali. Malam tadi apabila dia memeriksa peti surat, terdapat surat tawaran sambung belajarnya yang ditunggu-tunggu.

Laila yang perasan dengan perubahan Alif itu tersenyum, pasti ada sesuatu yang menggembirakan Alif sehingga dia begitu ceria sekali.

“Gembiranya abang hari ni?” Tegur Laila lembut.

Alif tersentak dengan teguran itu lantas menukar riak wajahnya kepada serius.

“Tak perlulah nak lagak serius sangat.” Usik Laila. Alif mendengus kuat. Dia kalah lagi akibat hatinya yang memang tidak terkawal kegembiraannya.

“Aku dah dapat surat dari London. Minggu hari lagi aku dah boleh fly.” Ujar alif penuh semangat.
Laila terkedu. Minggu depan fly? Bermakna Alif akan meninggalkannya dalam dua hari lagi? Entah kenapa dia terasa seperti hendak meraung. Dia tidak mahu Alif pergi.

“Baguslah tu, berapa lama awak study dekat sana?” Laila mengukir senyuman paksa.

“Hmmm, dia cakap dekat sini setahun setengah.” Balas Alif.

“Oh, maknanya cuti awak setengah tahun saja? Cukup ke?” Laila menyampuk.

“Insya Allah cukup. Kalau cuti banyak sangat pun nak pergi mana? Kalau balik pun bukannya ada sesiapa.” Seperti biasa, setiap patah perkataan yang keluar daripada
mulut Alif bisa meracuni hatinya. Laila hanya membisu.

Dia semakin penat melayan perasaannya seorang diri tanpa ada orang yang menjaga hatinya. Dia juga penat menangis setiap malam mengenangkan sifat Alif yang selalu
memakan hatinya.

“Awak ingat tak saya cakap hari tu, kalau suami isteri belajar sama-sama ke mana saja mesti sweetkan?” Laila pula berangan.

“Eee, menyemak je. Kalau muka kau lawa bolehlah aku tatap 24 jam.” Alif menggumam di hujung ayatnya tetapi telinga Laila lebih pantas menangkap kata-kata yang tidak
pernah dia ingin mendengar tetapi selalu dilempar ke arahnya.

Laila memaksa dirinya menggelak bagi mengurangkan kesakitan hatinya.

“Awak, awak ingat tak janji awak yang awak cakap awak nak ceraikan saya lepas habis belajar?” Entah kenapa topik itu juga yang dibangkitkan oleh Laila tetapi yang
pasti dia inginkan kepastian daripada suaminya.

Alif tergamam. Kenapa di saat-saat bahagianya Laila seringkali mengungkit topik yang tidak kena pada tempat? Namun ego yang melangit itu memaksanya mengeluarkan kata-
kata yang melukakan hati wanita yang dia mula sayangi dalam senyap.

“Oh pasal tu, aku dah bincang dengan mak. Dia memang betul-betul nak kita bercerai so nak buat apa? Kan aku dah cakap perkahwinan ni aku pun tak hadap. Setakat dengan
kau, mana-mana lelaki pun sanggup jadi pengantin lelaki. Bukan sebab kau lawa, kaya jauh sekali. Tapi kau ni terlalu lemah hingga orang senang ambil kesempatan. Jadi
tak mustahil bila aku dah ceraikan kau, kau akan dapat suami baru lepas tiga hari kita berpisah kot?” Alif tertawa kuat. Ketawa yang dibuat-buat.

Bukan dia tidak nampak air mata yang menitis dari kelopak mata Laila tetapi gadis itu pandai menyembunyikannya dengan menunduk. Gadis itu berpura-pura tersenyum
walaupun masih terdapat bekas air mata di kedua-dua belah pipinya. Bukan hatinya tidak tersentuh melihat kepura-puraan Laila. Bukan hatinya tidak sakit melihat air
mata Laila yang jatuh.

Entah dalam masa lima bulan ini berapa banyak kali dia telah melukakan hati isterinya dan membuat Laila menangis. Hatinya menangis setiap kali mendengar doa-doa yang
dipanjatkan Lailakepada Ilahi setiap malam. Alif tahu isterinya lain daripada yang lain namun entah mengapa syaitan mana yang merasuk fikirannya untuk tidak menerima
kehadiran wanita itu dalam hidupnya.

“Baguslah kalau awak betul maksudkan. Awak mungkin dah boleh berkemas barang-barang awak semua. Nanti saya tolong kemaskan ya," Laila sedaya-upaya mengukirkan senyuman
manis buat suaminya.

“Kau memang pandai berlakon kan?” Bisik Alif betul-betul sebelah telinga isterinya.

“Kalau kau tak sabar nak halau aku, katakan saja.Tak perlu cakap merepek tentang berkemas dan nak keluar negara ini semua. Aku paling benci perempuan hipokrit macam
kau.” Cemuh Alif sebelum berlalu pergi ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience