BAB 14

Romance Completed 8124

Pantas dia menghentikan langkah dan dihadapkan tubuhnya kepada suara tersebut. Dia terlihat seorang lelaki yang yang lebih muda sedang termengah-mengah di hadapannya.

“Kak Laila sekarang dekat hospital! Dia pengsan!” Tanpa disoal lelaki itu terus menerangkan tujuannya datang ke situ.
Alif merasa kakinya lemah. ‘Ya Allah, kuatkanlah imanku untuk menghadapi ujianMu.’ Doanya dalam hati.

“Macam mana boleh jadi dik?” Namun soalan Alif dijawab dengan gelengan.

Dari jauh, kawannya sudah melambai-lambaikan tangannya menyuruh dia segera memandangkan penerbangan akan berlepas dalam lima minit lagi. Ibu bapanya juga sudah
mendesak dia pergi dengan cepat. Namun itu semua tidak diendahkan.

Dia menggenggam erat lengan lelaki muda itu dan segera berlari. Ya, berlari demi selamatkan cinta hatinya yang selama ini dia sakiti, yang selama ini dia abaikan.

Manakala di hospital, Laila kelihatan lemah. Dua hari lalu selepas peninggalan suaminya dia kerap menangis. Tubuhnya lemah. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

‘Ya Allah, seandainya begini suratan hidupku yang telah Kau takdirkan, aku redha ya Allah,’ rintih Laila dalam hatinya. Dia tahu dia perlu kuat.
Mulai dari hari ini dia tidak akan putus asa memikat hati suaminya walaupun dari jauh. Laila pantas cuba bangkit tapi badannya yang terlalu lemah.

Dia terkejut melihat wayar yang berselirat pada lengannya dan bukan itu sahaja dia semakin terkejut bila melihat dirinya kini berada di hospital.
Tiada orang di sampingnya. Dia mula tertanya-tanya siapa yang membawanya ke sini? Dia memandang ke meja sebelah kanannya. Matanya tertancap pada sebuah bakul berisi
buah-buahan. Ini bermakna, seseorang telah pun menziarahinya. Kad yang masih terlekat pada bungkusan buah-buahan tersebut dicapai lantas dibaca.

Kak, aku nampak kau tak sedarkan diri dekat rumah. Tu yang aku bawak kau datang sini.

-Haziq-

Adiknya yang seorang ini sahaja yang sudi mengambil berat tentang dirinya. Biar pun jauh, tapi mereka seakan mampu menduga masing-masing dalam kesusahan mungkin keran
akasih sayang yang erat.

Laila kemudian melelapkan matanya semula. Terbayang-bayang wajah Alif pada saat terakhir mereka bertemu. Pantas dia membuka semula matanya.

‘Kau redhakanlah hatiku untuk menerima segalanya.’ Doa Laila di dalam hati.

Badannya terasa sangat lemah. Mungkin kesan daripada ubat yang disuntik ke dalam tubuhbya. Pantas matanya terkatup dengan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience