BAB 13

Romance Completed 8124

Pantas dia mengorak langkah mendekati pintu utama. Tangannya pantas sahaja hendak mengetuk pintu tersebut namun kuasa mana yang datang seakan menahan tangannya
daripada mengetuk. Tangannya diturunkan. Dia membalikkan tubuhnya lalu menyandarkan tubuhnya di balik pintu. Dan buat pertama kali dalam hidupnya dia menangis. Air
mata yang menuruni lekuk pipinya diusap dan dipandang lama tangannya yang basah dari air matanya.

‘Aku menangis’, detik hatinya sayu. Terus sahaja dia melepaskan tangisan itu sepuas-puasnya. Buat pertama kali dia menangis. Menangis kerana seorang wanita yang
bergelar isteri. Menangis kerana menyesali sikapnya terhadap wanita tersebut. Sikapnya yang hanya mementingkan ego. Sikapnya yang sering menyakitihati wanita itu.
Wanita yang kini baru dia sedar dia sebenarnya mencintainya.

Dan tanpa mereka sedari di saat air mata laju menurun, di balik pintu itu, kedua-dua mereka sedang menemani satu sama lain.

“Alif, jom dah nak berangkat dah kapal kita,” panggil kawannya.

Ya, hari ini,dia bakal meninggalkan tanah air.Namun hatinya bagaikan berat. Berat untuk meninggalkan ibu bapanya namun yang membuatkan hatinya lebih berat apabila dia
teringat kepada manusia yang tidak pernah dilupakan sejak dua hari lalusejak dia meninggalkan rumahnya.

Matanya meliar ke seluruh ruang lapangan terbang. Dia seperti mengharapkan perkara mustahil yang akan berlaku. Dia mengharapkan Laila akan datang menerpa ke arahnya
seperti mana Laila menerpanya ketika dia melukakan dirinya sendiri. Dia mahu Laila menahannya. Dia mahu Laila menangis tidak mahu dia meninggalkan isterinya. Namun dia
tahu adegan begitu hanya mimpi.

Pengumuman dibuat. Penerbangan akan berlepas dalam masa sepuluh minit. Mata Alif memandang ke kiri dan kanan lagi namun riak hampa pada wajahnya. Kakinya lemah
mengatur langkah. Dia segera pergi tanpa berpaling.

“Tunggu!”

Alif tersentak. Kakinya terhenti. Suara itu tidak pernah didengarinya namun adakah panggilan tersebut diajukan buat dirinya?

‘Ah, mungkin itu adik kawan aku.’ Desis hatinya. Kaki terus dilangkah.

“Muhamad Alif Fikri! Tunggu!” Sekali lagi Alif terkedu. Nama sebenarnya disebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience