BAB 5

Romance Completed 8124

“Kenapa ni mak? Tak pasal-pasal masuk bab cerai. Kalau sebab pasal latar belakang dia nanti Alif tanya dia sendiri. Mak tak payah risau.” Alif tidak suka dengan
cadangan ibunya itu.

“Yang kau nak pertahankan sangat perempuan tu kenapa? Syurga kau tetap letak dekat bawah tapak kaki aku.” Puan Sharina mendongkol geram.

“Sebagai seorang suami, saya mesti pertahankan isteri saya. Mak jangan risau, saya tetap dahulukan mak tapi bila mak sendiri yang suarakan suruh saya cerai dia belum
pun sampai seminggu kami bernikah, saya kenalah bertegas sedikit.” Dalam lembut suaranya terselit ketegasan. Sungguh dia tidak setuju langsung dengan rancangan Puan
Jamila.

“Suka hati kau lah, tapi kalau masa depan kau dengan anak-anak kau hancur, jangan sekali-kali kau tuduh aku tak tegur kau ke buat tindakan.” Seusai berkata, Puan
Jamila segera mengangkat kaki. Geram sungguh hatinya dengan sikap anaknya sekarang. Baru dapat isteri nak tunjuk pandai.

*********************************

Petang itu Laila pulang awal. Hatinya mula berkira-kira samada hendak balik dulu ataupun menunggu suaminya mengambilnya. Tetapi suaminya habis sejam lebih lambat.
Lebih baik dia balik dahulu.

Setiba di rumah, dia terkejut apabila ternampak kereta suaminya tersadai di halaman rumah. Suami aku tak pergi kerja ke? Tapi bukan tadi pagi tadi dia pergi dengan aku
kan, hatinya berdetik.

Salam diucapkan. Salamnya disambut oleh suaminya yang sedang duduk di ruang tamu. Pantas dia mendekati suaminya dan mencium dengan penuh kasih dan hormat tangan
suaminya.

“Abang balik awal hari ni?” Tegur Laila sambil memandang suaminya dengan pandangan lembut.

“Saya takde kerja dekat pejabat.”

Sambung Alif “awak, kita dah bincang pasal panggilan kita kan?”

Laila terpana, oh ya. Cara panggilan mereka. “Tapi kalau saya nak juga panggil awak abang?” Laila mula bermain tarik tali.

“Saya tak suka. Tak biasa dengan panggilan manja-manja ni. Geli. Nak muntah. Meluat.” Balas Alif geram.

“Tapi saya suka panggil abang.” Laila tersenyum simpul. ‘Hahaha kelakarnya riak abang sekarang ni,’ hatinya tertawa.

“Suka hati awaklah tapi mesti tak lama punya.” Gumam Alif namun dapat didengar Laila.

‘Apa maksud abang dengan tak lama?’ Hatinya terdetik. Dia teringat kata-kata yang sering menghantui fikirannya sejak kebelakangan ini. Kata-kata ibu mertuanya bahawa
dia akan menyuruh Alif menceraikan dia sebaik sahaja tamat pelajarannya di London. Wajah Laila yang ceria bertukar sayu. Apakah ibu mertuanya sudahpun memberitahu Alif
rancangannya?

“Maksud awak?” Laila tersenyum walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.

“Tak ada apa-apa. Saya cakap je. Yelah mana tahu satu hari nanti saya tiba-tiba kemalangan terus dijemput Ilahi atau nanti lepas tu awak dah jumpa ‘abang’ baru ke,”
kata-kata Alif terhenti apabila tubuhnya dipeluk kejap oleh Laila.

“Saya tak nak abang mati dulu. Saya tahu saya tak boleh lawan takdir. Tapi saya tak nak kehilangan abang. Saya sayang abang. Abang jangan cakap macam tu lagi. Abang
tolong janji jangan cakap macam tu lagi.” Laila mula tersedu-sedan. Baju yang dipakai Alif mulai basah dengn air mata Laila. Dia terkedu. Begitu dalamnya kasih Laila
terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience